Bab 26

Romance Series 8384

Rania memandang di sekelilingnya. Dia menarik nafas. Rindu pada suaminya dan Qeena tidak tertahan. Dia mengusap perutnya yang mulai membesar.

"Maafkan mama, nak. Mama tahu, kamu pun inginkan papa dan kakak kan",bisik hati Rania. Saban hari, Rania bertambah kuat menghadapi masalahnya. Perkenalannya dengan Fiesya banyak merubah hidupnya.

"Masih teringatkan mereka ke",sergah seseorang dari belakang. Rania menoleh dan tersenyum kecil pada insan yang menyergahnya.

"Aku rindukan mereka."Jawab Rania jujur. Fiesya tersenyum.

"Jadi kenapa tak balik?"Duga Fiesya.
"Hmm, aku sebenarnya keliru. Aku takut Raykal tambah membenciku. Dan aku takut masih ada sisa benci dan dendam dalam hati ini",keluh Rania.

"Hidup ini sementera. Kita tak tahu bila ajal akan menjemput kita. Sebaik-baiknya kita tak membawa perasaan dan dendam kita hingga masa kita pergi tiba. Apatah lagi kamu mempunyai suami."nasihat Fiesya.
Rania tersentap.

"Tapi dia yang halau aku... "

"Masa itu dia dalam keadaan marah kan. Seeloknya berbincang dengan dia. Lagipun kau cakap hari itu dia meminta maaf." Pujuk Fiesya.

"Terima kasih, Fiesya. Aku terhutang budi pada kau. Meskipun masalah yang kau hadapi lagi besar dari aku tapi kau masih tenang.",Kata Rania. Rania kagum dengan ketabahan Fiesya. Fiesya telah diceraikan suami sebab Fiesya belum mengandung bila usia perkahwinan mereka mencapai 2 tahun.

"Bohonglah jika aku tak pernah putus asa. Keluarga aku , bekas mentua dan bekas suami aku membenci aku sebabkan aku tak mengandung. Selepas diceraikan, aku berusaha bangun sendiri, aku hampir ingin bunuh diri. Tapi Allah Maha Kuasa, dia anugerahkan aku anak. "Luah Fiesya.

"Kau tak nak bekas suami kau tahu ke kau mengandung?",tanya Rania.

"Kami dah bercerai Nia. Dia dah beri amaran agar aku tak menemuinya lagi. Aku pegang kata-katanya.Lagipun, dia dah kahwin dengan wanita pilihan keluarganya."Jawab Fiesya sambil merenung wajah anaknya yang tidur lena di pangkuannya. Anaknya sudah berumur 5 tahun, tapi dia belum menemukannya pada keluarganya. Dia memilih membina hidup baru tanpa keluarganya.

"Jangan nanti kau yang menyesal. Kau masih ada peluang untuk memperbaiki hubungan kau dengan suami. Jangan sampai dia betul-betul memilih wanita lain",Fiesya cuba menakutkan Rania. Rania terkelu. Dia sebenarnya tak mahu kehilangan Raykal. Mungkin ada baiknya dia berbincang dengan Raykal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience