Bab 9

Romance Series 8384

Rania balik ke rumah bersama Ain dan Zara sehari sebelum perkahwinannya. Kalau boleh dia nak balik masa perkahwinannya tapi dia kasihankan abang iparnya.

“Balik pun tuan puteri”,perli Raina. Yang lain hanya diam. Rania yang malas bertengkar mengajak rakan-rakannya ke biliknya.
Saat masuk ke biliknya, Rania terpaku. Biliknya dihias simple tapi cantik. Memang itu yang dia nakkan.

“Suka?”,Ariff menyergah dari belakang mereka yang terpaku di depan pintu bilik Rania.

“Suka. Abang yang hiaskan?”,Rania meminta kepastian. Ariff ketawa.

“Manalah abang berani hiaskan bilik anak dara. Raihanna yang hiaskan.”,Ariff berterus terang. Dia pada mulanya tak menyangka isterinya tahu cita rasa Rania. Rania terkejut. Hatinya sedikit tersentuh. Dia tahu, Raihannalah yang selalu mengemaskan biliknya. Sebab kakaknya tahu, dia tak suka orang menyentuh barang-barangnya. Kalau pembantu rumah yang mengemaskan, Raina mengambil peluang menyelongkar biliknya. Mungkin sebab itu, Raihanna mengarahkan tiada siapa yang boleh masuk bilik Rania tanpa kebenaran sekiranya Rania tiada. Pembantu rumah mereka yang menceritakan pada Rania dulu. Cuma Rania sedikit kesal kakaknya itu asyik menyindirnya.

“Ermm,nanti abang cakap dengan Kak Raihanna, Nia suka sangat dan terima kasih”, kata Rania.

“Nanti abang beritahu. Kamu berehatlah awal. Besok mesti kamu semua penat”,kata Ariff. Zara dan Ain ketawa.
“Kami berdua taklah penat tapi...”Zara menjeling Rania. Muka Rania merah padam. Serentak mereka ketawa.

Ariff kemudiannya meminta diri. Dia memberitahu isterinya yang Rania berterima kasih kepadanya. Raihanna tersenyum gembira. Hanya ada seorang saja yang menyukai hasil kerja tangannya selain suaminya iaitu Rania. Kalau dengan Raina, bukan pujian yang akan diterimanya tapi perlian. Selama ini, dia mengabaikan perasaan Rania atas hormatnya dia pada ibu bapa mereka.

“Abang berdebar tak?”,usikRafkal.
“Kalau iya? Kau nak gantikan aku ke?Aku tak kisah”, Raykal tak memgalah dengan usikan adiknya. Rafkal melongo. Dia yang hendak kenakan abangnya tapi dia yang terkena.

“Tak naklah. Lagipun Qeena pun mahukan mama dan adik”, Raykal membaling bantal Qeena yang elok terletak di atas sofa. Kalau Qeena tahu, pasti muncung mulut anaknya itu. Rafkal terkekeh ketawa.

“Uncle!”,jerit Qeena melihat bantal kecilnya di lantai. Rafkal terkejut. Dia cepat-cepat mengambil bantal Qeena sebelum Qeena merajuk. Raykal tersengih. Rafkal menjeling geram abangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience