bab 16

Romance Series 8384

Andai cinta bukan milikku, Kenapa perlu mengusik hati,
Andai dia bukan jodohku, Kenapa perlu bertemu..

Rania memejamkan matanya. Perasaannya kacau bilau. Sikap Raykal terhadap dirinya semakin dingin.

Raykal mengeluh. Dia tak tahu tindakannya betul atau tak.Dia sedar Rania terasa hati. Pada masa yang sama, dia takut dia jatuh cinta dengan Rania. Sebab itulah, dia sengaja menjauhkan dirinya. Dia memberi alasan pada Rania agar Rania menumpukan perhatian pada pengajiannya.

"Kal, boleh kita berbincang?"Tanya Rania. Raykal terkejut. Dia hanya mengangguk.

"Siapa sebenarnya saya di dalam hati awak?",tanya Rania pantas. Pertanyaan Rania membuatkan hati Raykal sakit. Raykal ketawa.

"Awak tanya siapa awak dalam hati saya? Awak nak jawapan?U're nothing for me...!?"Balas Raykal menahan marah. Dia masih teringatkan perbualan Rania dengan Aizal.

Rania terpempan. Hatinya sakit, lebih sakit berbanding dia dilukai Aizal. Dia berusaha tenang.

"Jadi, selama ini awak sentuh saya..."
"Itukan tanggungjawab sebagai suami dan tanggungjawab isteri melayan suami",pintas Raykal dengan ego.
Air mata Rania hampir menitis. Selama ini, dia sangkakan Raykal reda dengan perkahwinan mereka.

"Awak masih cintakan Nadeena?",Tanya Rania. Raykal pelik Rania mengenali nama isterinya. Namun, apabila perasaan marah menguasai dirinya, dia mengiakan.

"Ya, aku cintakan dia. Dia satu-satunya wanita yang aku cintai.",Kata Raykal penuh yakin. Rania tersenyum pahit. Jadi benarlah kata Nadeena, aku menjadi penghalang mereka untuk bersatu semula, desis hatinya. Nadeena telah berjumpa dengannya dan menyuruh dia melepaskan Raykal.

"Apa yang perlu aku pertahankan, kalau dia pun tak mahukan aku",bisiknya dalam hati. Raykal yang melihat isterinya diam, lantas melangkah pergi. Rania memandang langkah suaminya.

"Salahkah aku mencintai suami aku sendiri, meski kami baru bertemu dan berkongsi hidup?Qeena, apa mama harus buat, sayang. Ibu kandung kamu lebih layak untuk kamu",kata Rania.

Tanpa disedari mereka berdua, Qeena sudah mendengar segala-galanya. Walaupun dia masih kecil, dia sudah faham perbicaraan ibu tirinya dan ayahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience