Bab 7

Romance Series 8384

Puan Sri Aina sangat gembira menerima kunjungan bakal besannya. Raina kagum dengan kemewahan rumah Puan Sri Aina. Rafkal menjeling sekilas tetamu mummynya. Dia ingin tahu juga yang mana satu bakal kakak iparnya.

“Nek”,tiba-tiba Qeena memanggil neneknya.

“Ya, sayang kenapa?”,tanya Puan Sr i Aina.
“Qeena bosanlah. Boleh Qeena main dengan aunt”,Qeena terus menarik tangan Raina. Puan Sri Aina serba salah. Muka Raina sudah tak keruan. Raihanna tahan ketawa. Rafkal sudah tersengih-sengih.

“Habislah awak dikerjakan Qeena”,Katanya dalam hati.

“Biarlah mereka. Mari kita berbincang majlis anak-anak kita”,ajak Datin Khaleeda. Dua jam barulah selesai perbincangan mereka. Raihanna lega sebab Raina tak ikut serta dalam perbincangan mereka. Raina datang dengan muka yang menahan marah. Dia terpaksa memaniskan mukanya di depan Puan Sri Aina. Qeena memang memang menguji kesabarannya. Qeena suruh dia memasak. Dia tak nak, lepas tu boleh pula Qeena mengejeknya yang dia tak tahu memasak. Bila dia mahu bawa bermain dengan Qeena, Qeena pula banyak tanya.

“Maaflah kalau Qeena membuli kamu tadi”,Puan Sri Aina meminta maaf.

“Biasalah budak-budak”,kata Raina. Raina mengurut lega apabila mummynya meminta diri. Tak sanggup dia mahu melayan Qeena lagi.

“Kesian kau Rania. Sudahlah dapat duda, ada anak tiri yang kuat membuli lagi”,desis hatinya.

Rafkal ketawa terbahak-bahak mendengar cerita Qeena.

“Qeena tak sukalah dia, uncle”,Qeena mengharapkan simpati unclenya.
“Uncle pun tak dapat tolong. Qeena sabarlah”,pujuk Rafkal. Walaupun Qeena baru berumur 5 tahun tapi dia merupakan kanak-kanak bijak. Memandang perempuan tadi yang jelas tak sabar melayan Qeena membuatkan dia bimbang dengan nasib abangnya dan Qeena.

“Siapa yang Qeena tak suka?”,Raykal menyergah dari belakang.

“Papa”,Qeena segera memeluk papanya.

“Bakal isteri papa”,Qeena memberitahu Raykal. Raykal memandang adiknya. Adiknya hanya menjungkit bahu.

“Jom kita keluar nak?”,pujuk Raykal. Qeena bersorak kegembiraan. Rafkal hanya tersenyum.

“Raf ikut sekali. Nanti abang perlu jumpa Dato Mokthar.”,Arah Raykal.

“Okey. Qeena nak ke kedai kek yang kita pergi dulu”,pinta Qeena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience