Bab 2

Romance Series 8384

Raihanna mengeluh. Suaminya, Ariff memandangnya.

“Kenapa?”.

“Minggu depan kan majlis perkahwinan Raina.”Luah Raihanna.

“Jadi?”,Ariff kehairanan.

“Raina paksa Rania pulang ke rumah masa tu. Lagipun, peperiksaan dia dah habis.”Kata Raihana. Dia berharap agar Rania mendapat keputusan yang cemerlang agar Dato Mokthar tak berterusan memarahi Rania. Giliran Ariff pula yang mengeluh. Bukan dia tak tahu layanan keluarga mentuanya pada Rania.

"Pujuklah Raina. Bukan senang melepaskan orang yang kita cinta. Kalau terlepas dengan orang lain, okeylah. Ni adik beradik sendiri. Silap-silap dia bawa diri. Abang nampak dia macam dah tawar hati.”, Kata Ariff. Raihanna tersentak.

“Maksud abang?”.
“Abang terjumpa dengan Sarah. Sarah tak tahu pun itu adik sayang. Dia beritahu juga, Rania sengaja membuatkan keputusan peperiksaan teruk.”, beritahu Ariff.
Raihanna terdiam. Dia kenal Sarah. Sarah merupakan sepupu suaminya dan belajar di universiti yang sama dengan Rania.

“Raihanna tahu. Tapi tengoklah Rania. Dia hanya bercakap bila perlu saja.”, Omel Raihanna. Ariff menggelengkan kepala.

“Jadi, sayang dah beritahu Rania?”, Tanya Ariff.

“Itu yang membuatkan Raihanna geram. Aku call dia, dia tak angkat.Mesej pun tak dibalas”,Kata Raihanna geram.

“Besok, kita cari dia di kampus”,ujar Raihanna. Ada kebimbangan nada suaranya. Ariff hanya mengiakan.

“Abang dan kakak tak tahu ke?Dia dah habis peperiksaannya”,beritahu Sarah kehairanan. Ariff dan Raihanna terkejut.

“Biar betul?”,Raihanna meminta kepastian.

“Ya, minggu lalu dia dah habis exam. Sarah ada juga terjumpa dengan dia. Dia dah bertambah kurus. Ada yang kata, dia jadi begitu sebab break”,kata Sarah sengaja.

“Tapi, dia tak pulang pun”,kata Raihanna.

“Kalau aku di tempat dia, aku pun tak pulang”,Giliran Ariff pula memerli isterinya.

“Ain!”,panggil Sarah. Ain menoleh dan menghampiri Sarah. Di wajahnya jelas menunjukkan perasaan tak senang melihat wajah Raihanna dan suaminya.

“Ni kakak Rania. Dia hendak jumpa Rania.”, Kata Sarah.

“Ermm kakak tak payahlah risaukan Rania. Kami boleh jaga dia. Kalau berkenaan dengan majlis perkahwinan Raina, Rania akan datang. Aku minta diri dulu”, Beritahu Ain sambil berlalu pergi. Raihanna merasa terpukul dengan kata-kata Ain.

“Kakak jangan ambil hati dengan Ain. Dia sayang sangat kat Rania”, pujuk Sarah. Di hatinya, merasa puas Ain memerli Raihanna. Ariff hanya diam. Sarah tahu serba sedikit mengenai Rania melalui Zara. Lagipun, dia selesa berkawan denga ketiga-tiga mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience