Bab 17

Romance Series 8384

Di balkoni rumah, Rania menangis. Dia memandang langit.

"Adakah aku tak layak hidup bahagia?Dulu Aizal, sekarang suami aku sendiri.",Rintih Rania. Tiba-tiba guruh berdentum dan terpancar kilat. Rania tergelak kecil.

"Hujan pun memahami aku. Air mata yang menitis seperti hujan yang turun dengan lebat",kata Rania.

Qeena yang melihat keadaan Rania turut sedih. Selama ini Rania selalu menyayanginya.

"Mama sama papa gaduh ye?",tanya Qeena sambil memeluk Rania. Rania terkejut.

"Qeena..."

"Qeena dah dengar semuanya, ma.",Kata Qeena sambil menangis.

"Lihat sini sayang. Jangan menangis",pujuk Rania.

"Bila mama pergi, sayang masih ada ibu kandung.",Tambah Rania.

"Tapi Qeena sayangkan mama. Qeena tak mahu ibu. Sejak kecil, dia tak pernah muncul. Kenapa sekarang bila Qeena ada mama, dia muncul?",bicara Qeena mengalahkan orang dewasa. Rania terkedu.

"Qeena dengar sini sayang. Qeena tak boleh marah ibu Qeena. Mama janji mama takkan pernah lupakan Qeena. Mama juga kecewa. Tengoklah hujan pun kasihankan mama.",Gurau Rania. Qeena tergelak.

"Qeena sayangkan mama",ucap Qeena.

"Mama pun sayangkan Qeena. Mama harap, andai mama pergi, Qeena tak boleh sedih...."

"Qeena risau, mama sendirian..."

"Mama tak sendirian, adik akan menemani mama. Tapi Qeena janji tau, ni rahsia antara kita",kata Rania. Ada baiknya dia merahsiakan kehamilannya. Qeena teruja. Dia melekapkan telinganya pada perut Rania.

"Kakak janji. Ni rahsia kita. Adik, jangan nakal, kesian mama", kata Qeena.

"Qeena, kalau Qeena rindukan mama nanti, Qeena pandanglah langit dan cari bintang yang bersinar terang, percayalah mama juga rindukan Qeena.Meskipun mama tak ada di samping Qeena, Qeena akan selalu dalam hati mama", kata Rania. Qeena hanya menganggukkan kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience