Bab 19

Romance Series 93289

Dia memakirkan kereta di suatu tempat yang aku tidak ketahui.

Aku pandang ke luar tingkap. Tanpa melihat wajahnya.

Dia membawa aku ke kawasan gelap dan sunyi?

Ezairy diam tidak berkutik.

"Awak... Kenapa kita kat sini? Saya... Saya nak balik hotel."

Aku takut. Takut Ezairy mengapa-apakan aku. Bukan boleh percaya otaknya yang sedikit mereng tu.

"Just follow me."

Dia mencabut seatbelt aku.

"Saya nak balik. Balik."

Dia sentuh tangan aku.

"Give me a chance. Just for tonight."

"Apa maksud awak? Awak jangan nak macam-macam!"

"Come."

Dia keluar dari kereta. Aku masih terkaku di tempat duduk.

Pintu kereta di sebelah aku dibuka oleh dia.

"Let's go, Elin."

Tangan aku ditarik lembut. Nak taknak aku terpaksa ikutkan.

"Zairy, awak dah janji dengan mak saya nak jaga saya baik-baik."

Aku cuba mengingatkannya sekali lagi. Dia hanya membuat wajah selamba.

Mata kami sekali lagi bertentang. Renungan yang cukup lembut. Sama seperti dulu. Kadang-kadang aku rasa Ezairy sukakan aku. Tapi aku cuma syok sendiri je.

Dia memaksa aku mengikuti langkahnya. Langkah yang tiada arah tuju pada aku.

Kami berjalan sehingga menghampiri sebuah sueprbike.

Red Ducati.

Aku kurang faham. Okay, superbike. Apa nak buat tengah-tengah malam kegelapan yang semakin membukat?

Dia menghulurkan helmet.

"Nah. Pakai."

Aku tidak menyambut.

Dia sudah menyarungkan helmet ke kepalaku tanpa sempat aku menolak.

Kini, dia pula yang menyarungkan ke kepalanya sendiri.

Tanpa mempedulikan aku yang semakin tertanya, dia terus menghidupkan enjin motor.

Aku kena naik motor besar ni? Dengan dia?

Oh tidak. Aku taknak ulang kenangan lama. Taknak, Ezairy.

"Come. Let's go."

"Nak pergi mana? Saya nak balik hotel. Awak tak faham bahasa ke?"

Suara aku mula meninggi.

Aku tahan air mata sebenarnya. Kenapa dari dulu dia tidak pernah berubah? Suka memaksa.

"Shh. Okay. Sorry. Jom, Elin. Zairy nak bawa Elin ke suatu tempat yang Elin nak sangat pergi."

"Ke mana?"

Dari tadi aku tanya mahu ke mana. Tapi, dia tidak mengendahkan pertanyaan aku.

"I'll let you know. Later."

Aku menghela nafas.

"Come."

Aku naik juga ke atas superbike yang besar tu. My favorite superbike. Red Ducati.

Aku tak sangka Ezairy masih simpan superbike ni lagi.

Aku fikir dia sudah menjualnya. Aku suka tengok dia menunggang superbike ni. Terasa aura dia yang sangat macho.

Aku sudah selamat mendarat duduk di atas Red Ducati dia.

Rindunya masa dulu-dulu.

"Dah?"

Aku diam.

"Hug me tightly."

"Taknak."

Aku rela pegang peha aku sendiri.

"Sombongnya. Kejap lagi saya bawak laju. Bike ni akan jadi motor terbang."

Ish, main-main je dia ni.

"Okay. Taknak sudah. Let's go, my dear. Three. Two. One. Go."

Kecut perut aku jadinya bila mendengar dia menyebut Go.

Argh.

Aku terasa jasad aku terawang macam angin. Laju dia bawak.

"Makkkkk!"

"Peluk saya kuat-kuat!"

Setan.

Ambil kesempatan dalam kesempitan. Eh, rasanya aku yang sedang ambil kesempatan ke atas dirinya.

Tangan aku terus melingkar laju ke pinggangnya.

"Slow la sikit!"

Aku menjerit kuat.

Gila. Superbike, Elin. Confirm la kena bawak laju. Mana ada orang bawak slow nak mati.

Terdengar dia gelak.

Lama-kelamaan baru aku rasa stabil, tenang, dan happy.

Happy?

Iya. Happy dengan Ezairy. Macam dulu-dulu.

Past is past, Elin. Kenapa harus ungkit lagi?

Merasa angin malam dengan kegelapan yang membukat membuatkan aku rasa bahagia. Aku masih tidak percaya aku akan ke sini lagi bersama dia.

Kelopak bunga Sakura yang gugur, bagaimana jika aku telah menguisnya jauh, Zairy?

Bandar Metropolitan Tokyo.

Suasana malam masih terang dengan kerdipan lampu yang menyinar di sepanjang jalan.

Lima tahun lalu...

"Zairy... Tadi masa lepas habis class saya lepak dekat tangga depan foyer. Saya nampak awak tunggang superbike. Siapa punya?"

Dia sedang mengunyah creampuff.

"Aah."

Punya panjang lebar aku tanya. Dia balas 'Aah' je?

"Zairy... Awak dengar tak apa saya tanya tadi?"

Matanya masih tertumpu pada buku yang ralit dibaca dari tadi.

Aku menarik muka masam.

Macam tak suka je aku kat sini. Dah tu buat apa ajak aku lepak bersama?

"Pekak."

Selamba aku menutur perkataan pekak.

Tocang rambut aku ditarik perlahan.

"Auw... Sakitlah."

Dia senyum.

"Sorry. Tengah fokus baca. Awak ganggu concentration saya."

Dia ajak aku lepak bersama. Dekat bawah pokok Sakura. Lepastu, dia nak aku tenung dia je ke?

Boring tahu tak?

Aku berpeluk tubuh.

"Nak balik la macam ni."

Aku merengus kasar. Mencapai beg galas. Layan orang sejuk beku ni serupa bercakap dengan dinding kosong.

"Kejap."

Tangan aku diraih.

"Lepaslah."

"Duduk kejap."

Aku terduduk kembali.

Dia menutup buku di tangan. Creampuff disuap ke mulut aku.

Terpaksa aku mengunyah.

"Nak ambik hati ke?"

Aku ucap perlahan tapi didengari oleh dia.

"Kenapa berhangin semacam je ni?"

Aku geleng. Bukan aku ni cepat berhangin. Tapi, apa guna aku menemankan dia ke mana-mana kalau dia sedikitpun tak hargai masa yang ada?

Dia cuit dagu aku.

"Elin... Sorry. Saya kurang jelas apa awak tanya tadi."

Kan. Memang dia pekak.

"Saya tanya, superbike awak tunggang pagi tadi tu siapa punya?"

"Saya beli."

"Ducati merah tu awak punya?"

Dia angguk. Mata aku membulat. Girang.

"Bak kunci. Nak pinjam."

Selamba badak je aku nak pinjam superbike dia.

"Biar betul. Boleh ke tunggang motor besar?"

Wajah dia seakan tak percaya.

"Bolehlah. Saya ada lesen motor. Nak pinjam. Teringin nak tunggang Ducati tu. My favorite color."

Aku menayang wajah comel.

"Kalau nak ke mana-mana, saya boleh bawakan. Nak tunggang sendiri motor saya, hell no."

What? Hell no?

Kedekut taik hidung masin.

"Taknak bagi sudahlah. Kedekut."

Aku buat-buat merajuk. Terus aku bangun dan tinggalkan dia yang masih terpinga.

"Elin... Tunggu la."

"Elin..."

Satu suara lembut menjengah di gegendang telinga.

Dia mengembalikan aku ke alam nyata.

"Kita dah sampai. Jom turun."

Aku tersedar.

"Mengelamun?"

"Taklah. Mana ada."

Cepat-cepat aku menafikan. Taknak dia tahu yang aku masih teringatkan hal lama.

Kaki sudah berpijak ke tanah.

Helmet aku ditanggalkan.

Hembusan angin menampar kasar ke arah pakaian aku yang tersalut nipis. Pagi tadi masa aku keluar dengan Laila aku sarung jaket tebal. Lepastu aku tanggal dan tinggalkan dalam kereta dia.

Masa tu tengah panas hati.

Ngok ngek la kau ni, Elin.

Aku berpeluk tubuh. Sejuk mencengkam hingga ke tulang.

"Sejuk?"

Aku tidak membalas.

Dia menanggalkan jaket berwarna coklat lalu menyarungkan ke tubuh aku.

Hmm. Jadi gentleman pulak dah. Tak payah nak lagak caring la.

"Do you remember this place?"

Suaranya jadi kendur.

Aku memandang sekeliling.

Ini kan... Tempat...

Tempat terakhir kami. Tempat aku minta putus. Tempat semuanya berakhir antara aku dan dia.

Tanpa sempat ditahan, air mata aku jatuh tidak semena.

Aku memandang dia. Dia menunduk. Seperti menahan rasa.

Kenapa bawa saya ke sini sekali lagi? Awak kejam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience