Bab 33

Romance Series 93289

Aku memejamkan mata. Cuba mengusir jauh memori lama.

Malam itu... Abang Irham menjemput aku dari airport. Cuti semester bermula. Jadi aku pulang ke Malaysia untuk menemankan Mak yang keseorangan di rumah.

Hubungan aku dengan Abang Irham sangat rapat. Tapi aku tak pernah anggap dia lebih dari seorang Abang.

"Baby... Nah, for you."

Abang Irham menghulurkan coffee Starbucks untuk aku.

Semerbak aroma coffee mencucuk hidung. Aku tak sukakan kafein.

"Told you right, I don't like caffeine."

Dia tersengih. Lantas menggaru kepala.

"Laa... Abang lupa la. Sorry."

Baru setahun aku tinggalkan rumah. Macam tu je dia boleh lupa. Pelik aku dengan tingkah laku dia.

"Abang kenal Elin dah bertahun. Takkan benda kecil macam ni senang nak lupa?"

Sengaja menyindir dia.

Dia diam. Tidak membalas kata-kata aku.

"Abang nak cakap something."

"Cakap la."

Dia termenung. Seperti berat mahu mengucapkan kata.

"Not now. Kita cakap kat tempat lain."

Aku melihat jam di dashboard. Pukul 10.30 malam.

Terasa jauh pulak menghitung jarak untuk tiba di rumah.

"Pergi mana? Penting sangat ke? Elin dah tak sabar nak balik rumah."

Rindu pada Mak. Tak sabar nak peluk cium Mak.

Dia diam lagi.

Enjin kereta dihidupkan. Kereta meluncur pergi ke arah destinasi yang aku sendiri tidak ketahui.

Entah di mana dia membawa aku. Kiri kanan gelap gelita. Suasana sunyi sepi.

"Jom keluar."

Aku jadi seram berduaan dengan dia di dalam kereta begini. Tapi di luar juga sunyi. Creepy.

"Elin malas la nak keluar. Kita cakap dalam kereta jela. Lepastu kita balik. Apa yang Abang nak cakapkan sangat tu?"

Dia memandang ke hadapan.

"I just want to say that..."

Kata-katanya tergantung. Bicaranya mati.

Nada suara dia semacam.

"Elina, I love you. Abang sayangkan Elin. Abang cintakan Elin."

Aku tergamam. Tak tahu nak tayang reaksi bagaimana. I never expect he loves me more than that.

Tangan aku diraih.

"Elin..."

Seraya aku menarik tangan.

"Kenapa cakap macam ni?"

"I'm sorry. Abang tak sanggup nak peram semuanya lagi."

"Abang dah salah faham. Elin layan Abang tak lebih dari itu."

"Habistu, Elin nak Abang buat apa untuk yakinkan Elin tentang perasaan Abang?"

"Tak perlu buat apa-apa. Cuma jadi Abang Elin untuk selamanya."

"Kita bukan adik beradik. Kita boleh kahwin, Elin."

Woah. Part ni aku tak suka. Gelojoh.

"Elin muda lagi. Nak fokus study. By hook or by crook, Elin takkan boleh cintakan Abang."

Dia menghadap aku. Senyumannya menghilang.

"Elin, Abang tak kira. Elin kena cintakan Abang samaada Elin suka ataupun tak."

Dia memegang bahu aku. Tangannya menjalar ke bahagian tubuh aku yang lain.

Tak. Ni bukan cinta yang dia maksudkan.

"Abang Irham! Jangan melampau. Kita bukan muhrim!"

"I don't care. Mungkin ini je cara untuk paksa Elin cintakan Abang."

Patutlah dari Jepun aku dah rasa tak sedap hati. Rupanya itu petunjuk.

"Get your hands off."

Dia tidak mengendahkan amaran aku. Makin lama dia mendekati aku dan menghimpit tubuh aku.

"Abang Irham!!!"

Suara aku bergema seisi kereta.

"Kalau Abang tak dapat Elin, orang lain pun takkan dapat Elin. Jangan berangan. Elin milik Abang."

Aku menolak tubuhnya kuat bila bibirnya mengenai tepat di pipi kanan aku.

"Elin taknak. Tolong, lepaskan Elin. Semua ni salah."

Dia menyepitkan helaian rambut yang berjuntaian jatuh di cuping telinga.

"Tak. Ni yang betul, sayang. Abang dah geram sangat tengok Elin. Abang taknak Elin sukakan lelaki lain. Abang nak kita hidup berdua."

Sebelah tangan kiri aku cuba membuka tombol pintu kereta. Berkunci.

Ya Allah. Selamatkan aku.

Abang Irham seperti kerasukan. Lenyap semua sifatnya yang suka menolong aku ketika aku memerlukan bantuan dia.

"Elin... please say that you love me."

Cinta mana boleh dipaksa.

Dia masih mengharap yang aku akan cintakan dia.

"I... I hate you, Abang!"

Pang.

Pipi aku ditampar. Hanya kerana aku menolak perasaan dia.

Aku meraba pipi. Sakit.

Tidak pernah aku menyangka Abang Irham akan melayan aku teruk sebegini.

"Abang beri Elin masa untuk fikirkan dulu. Lepas tempoh tu berakhir, rombongan meminang akan sampai. Either you like it or not, you'll be mine."

Dia lepaskan aku dari pelukan.

Aku masih menunduk dari tadi. Tidak berani menentang matanya.

Dia mengelus paha aku lembut.

"Abang minta maaf. Abang dah cross the line. Tak boleh nak kawal diri lagi."

Mudahnya dia berkata.

Tak, Elina. Dia tak boleh perlakukan kau macam ni.

Aku diam. Memalingkan wajah ke luar tingkap.

Dan, dia menghantar aku pulang ke rumah seperti biasa. Seperti tiada apa yang jadi.

Sejak kejadian malam itu, hubungan kami jadi renggang. Aku pula duduk bertahun di Jepun. Melupakan kejadian hitam yang menyakitkan hati.

Ezairy melabuhkan punggung di hadapan aku.

"Are you okay?"

Aku memandang dia. Tanpa menjawab.

"Elina..."

Aku mengangguk. Kemudian menggeleng kepala.

Dia menjongketkan kening. Pelik dengan tingkah aku.

"Mana satu ni?"

"Saya nak minta tolong daripada awak."

Memandang dia dengan berharap Ezairy sudi membantu aku meleraikan segala kekusutan di kepala.

"Apa dia, sayang?"

"Pinjamkan saya duit. Saya nak bayar semula wang Irham yang dipinjamkan kepada Mak. Nanti saya try bayar awak ansur-ansur."

Aku menunduk. Rasa sangat terdesak ketika ini. Hanya pada Ezairy aku mohon pertolongan.

"Sure. Berapa Makcik hutang dekat dia?"

"Dalam 30 ribu."

Aku menghela nafas. Aku tak tahu selama ini duit belanja bulanan aku selama di Jepun, Abang Irham yang tolong sara. Aku ini dikira tidak mengenang budi ke?

Mak baru bercerita. Patutlah Abang Irham datang tuntut janji.

"Saya boleh tolong. Sayang jangan risau. Tak payah bayar balik."

"Saya malu dengan awak. Saya taknak susahkan awak. Tapi saya taknak kahwin dengan Irham. Saya taknak."

Ezairy memaut jari jemari aku.

"Sayang, selagi saya ada. Dia kena langkah mayat saya dulu. Saya takkan biarkan dia apa-apakan Elin."

Ezairy buat aku rasa selamat. Tenang.

"Dah, jangan muncung. Makan Mee Tarik tu. Nanti kalau sejuk dah tak sedap."

Aku mencapai chopstick. Perut berkeriuk. Baru terasa ada selera untuk makan.

"Lagi satu, temankan saya jumpa dia."

"Biar saya bersemuka dengan dia, nak?"

"No. Saya kena setelkan sendiri semua perkara ni dengan Irham secepat mungkin."

"Bahaya la jumpa dia. Macam-macam dia boleh buat dekat Elin."

"Sebab tu saya mintak awak temankan saya. Lindungi saya dari jauh."

"Okay. Boleh."

Ezairy melarikan anak mata. Macam terasa hati dengan aku je.

Aku melangkah masuk ke dalam restoran Menara Kuala Lumpur. Abang Irham menetapkan temu janji kami di sini.

Dia sedang duduk menatap menu makanan di tangan. Wajahnya sentiasa tenang. Berkarisma. Entah kenapa aku tidak terasa mahu jatuh hati padanya.

"Assalamualaikum. Sorry, lambat."

Mata kami bertatapan. Dia senyum.

"Waalaikumsalam. Takpe. Abang pun baru sampai. Duduklah."

Kerusi ditarik. Sudah lama tidak makan berhadapan dengannya begini.

"Elin cantik malam ni."

Sempat pula memuji. Aku tidak terkesan dengan kata-katanya.

"Nak makan apa? Order je. Abang belanja."

"Elin datang bukan nak makan. Elin ada hal nak bincang dengan Abang."

Aku menekankan suara.

"Kenapa dingin sangat dengan Abang?"

"Elin memang macam ni dari dulu lagi."

Dia memandang aku tajam. Bengkak dengan jawapan aku.

"Tak. Dulu Elin boleh lagi nak senyum dekat Abang. Bila cakap pun suara manja. Sekarang tak macam tu. Elin dah banyak berubah."

"Dulu dan sekarang takde bezanya pun!"

"Ada. Banyak bezanya!"

Dia meninggikan suara.

"Elin tak boleh nak berlama dekat sini."

Aku mengerling seseorang yang duduk tidak jauh dari kami.

"Okay. Abang faham. But at least, dinner sekali dengan Abang. Dah lama kita tak makan berdua. Lama sangat. Abang rindu."

"Tapi..."

"Order."

Dia memotong kata-kata aku dan memanggil waiter datang ke meja kami.

"Nak makan apa?"

Matanya meneliti menu.

Aku harap Ezairy tak salah faham. Aku datang sini bukan nak makan.

"For beverage give us ice lemonade and watermelon juice. And... two Spaghetti Oglio. No add on. Thank you."

Pandai-pandai je orderkan untuk aku sekali. Pelayan tadi mencatat dan berlalu pergi.

Aku menjeling marah.

"Spaghetti Oglio dekat sini sedap tau. Banyak kali Abang makan dekat sini."

"Oh yeke. Elin taknak minat dah makan spaghetti. Tekak Elin lebih suka makan makanan Jepun."

Sengaja mahu menyakitkan hati dia.

"Elin... I'm sorry. Abang dah minta maaf pasal kejadian malam tu. Kenapa hukum Abang sampai macam ni sekali?"

"Elin tak faham apa yang Abang cakapkan ni."

Sengaja aku berdalih.

"Elin dah lupa ke?"

Tak. Aku tak pernah lupa. Dia buat aku hilang kepercayaan dan hormat pada dia.

Aku cuma diam.

Makanan dihidangkan ke atas meja. Dan aku mengacau straw watermelon juice laju. Cuba untuk kawal emosi.

"Abang tahu Elin masih marahkan Abang."

"Benda dah jadi. Telan jela."

Aku mengunyah Spaghetti Oglio. Sedap.

"Elin datang jumpa Abang bukan nak ungkit hal lama."

Aku mengeluarkan sampul surat. Aku tolak ke arah pinggannya.

"Elin pulangkan semula hak Abang. Maaf, Elin tak tahu selama ini Abang sara perbelanjaan Elin di sana."

Mak yang tak pernah berterus terang pada aku. Bila aku tanya Mak pasal duit banyak tu, Mak cakap saudara mara yang pinjamkan. Bulat-bulat aku percaya.

Wajah Abang Irham tampak sedih bila dia melihat sejumlah wang yang banyak di dalam sampul surat.

"Abang tak pernah minta Elin bayar balik semua ni."

Aku tergelak.

Bukankah itu memang niat dia berjumpa dengan Mak? Kerana budi yang pernah ditaburkan, dia mahukan aku.

"Abang mahu ataupun tidak, Elin tetap nak bayar."

"Elin... Kenapa buat Abang macam ni?"

"Abang tu yang kenapa buat Elin macam ni? Kenapa beritahu Mak apa yang pernah jadi? Sengaja nak malukan Elin depan Ezairy? Nak rosakkan hubungan kami, kan?"

Aku tidak dapat menahan sabar.

"Dari dulu lagi Abang cintakan Elin. Kenapa Elin kejar mamat Jepun tu jugak? Abang ni bukan tunggul kayu."

Nada suara dia makin sayu. Mahu aku simpati pada dia agaknya.

"Elin tak cintakan Abang. Terima la hakikat."

"Sebab Elin taknak cuba. Taknak sayangkan Abang."

Ya Allah.

Cinta tak boleh dipaksa. Aku nak kena buat apa lagi untuk yakinkan Abang Irham yang aku takde sekelumit langsung perasaan padanya?

"He's different. That's what make me love him."

"Dia bukannya cintakan Elin. Dia dah kena tinggal baru dia pilih Elin."

Kata-kata Abang Irham. Menyakitkan pendengaran aku.

Shit you. Such annoying.

"None of your business."

Hilang selera mahu meneruskan suapan.

Abang Irham tak pernah berubah. Masih lagi memaksa aku.

"Dahlah. I got to go. Elin harap, ini kali terakhir Elin nampak bayang Abang."

Aku bangun. Mahu segera mendapatkan Ezairy di hujung meja sana.

Abang Irham nampaknya masih tidak puas hati. Dia menahan aku dengan mencengkam lengan aku.

"Abang takkan izinkan Elin kahwin dengan dia."

"Lepaslah! Sakit."

"Hati Abang lagi sakit."

"Please, Abang. Jangan rumitkan keadaan."

Aku meminta dia melepaskan aku dengan cara baik. Takut jika Ezairy mengamuk melihat Abang Irham perlakukan aku begini.

"Hoi... Lepaskan tangan dia."

Ezairy menghampiri meja kami.

"Kalau aku taknak, kau nak buat apa?"

Dush.

Tanpa berlengah, sebijik penumbuk dilayangkan tepat mengenai wajah Abang Irham.

Serta merta aku menjerit.

Abang Irham masih tidak mahu melepaskan tangan aku. Dia menyerang Ezairy dengan penumbuk tetapi entah bagaimana penumbuk tu terkena pada wajah aku.

Adoi. Sakitnya. Kurang ajar punya Irham.

Aku meraba pipi kanan.

"Elin... Ya Allah. Apa kau dah buat ni, Irham?"

Abang Irham terkaku. Ezairy menarik aku rapat dengannya.

"Kau memang jantan tak guna, Irham!"

Ezairy memandang Irham dengan hati yang sebal.

Beg tangan aku dicapai. Ezairy membawa aku pergi jauh meninggalkan restoran yang membawa malapetaka kepada aku malam ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience