Bab 22

Romance Series 93289

Aku ralit memandang dia yang sedang tenang memandu.

Bibir. Mata. Hidung. Cerah. Japanese look. Semuanya tampak sempurna. Kecuali hati dia.

Wajah yang aku rindukan dalam mimpi.

Masa telah mendewasakan kita. Dulu, kita bergelar pelajar. Sekarang awak sudah berjaya mencapai impian awak.

Tidak semena bibir dia membentuk senyuman.

"Hensem sangat ke saya ni?"

Alamak. Malunya.

Dia sedar dirinya diperhatikan. Aku melirik bebola mata ke luar tingkap.

Tidak menjawab soalan dia.

"Nak tatap lama-lama pun saya okay je."

Dia tergelak kecil. Aku berdehem.

"Awak... Kita nak pergi mana ni?"

Mengubah topik perbualan.

Pelik. Entah ke mana dia mahu membawa aku. Sudah dua jam perjalanan, masih juga kami tidak tiba di destinasi.

"My family house."

Hah? Untuk apa aku ke sana?

Aku memandang jalan raya yang lengang. Kami melalui kawasan yang terpencil.

Di kiri kanan kereta, kami melalui suatu taman bunga yang amat luas.

Aku jadi terpegun. Cantiknya.

Berbagai tanaman bunga yang berwarna warni. Senyuman aku makin melebar.

"Apa nama tempat ni? Cantiknya..."

Ezairy mengerling aku.

"Suka?"

Aku mengangguk laju.

Cantik tak terkata.

"Hitachi Seaside Park."

Dia memberhentikan keretanya di tepi jalan.

"Jom."

Aku ni sejenis yang gilakan bunga. Suasananya menyegarkan. Aku mendepakan tangan. Cuba merasai angin.

"Cute."

Aku memandangnya.

"Hah?"

Dia menyeluk kocek. Mengeluarkan telefon bimbit.

"Jom kita selfie."

Aku cuba mengelak. Tapi dia pantas memaut bahu aku kemas.

Klik!

Ala, aku tak sempat nak senyum.

"Lagi sekali."

Aku mengetip bibir. Tanda tak puas hati.

"Laaa... Ni pun dah okay la sayang."

Okay apanya. Muka aku sedang tutup mata. Dek kerana silauan cahaya panas terik.

"Hmm okay."

Suara aku separa merajuk.

"Okay, once again. Shall we?"

Bermula dengan satu gambar, dua gambar sehingga macam-macam posing.

Sungguh. Aku rasa happy. Tak pernah aku rasakan begini sekali.

Dia membelek lama gambar kami.

"Sepanjang kita kenal dan berhubungan, saya tak pernah ada gambar berdua dengan awak."

Aku pula rasa sebak bila dia menuturkan begitu. Yela, aku ni siapa dalam hidup dia.

Aku memetik bunga dandelion.

"Awak nak tahu satu benda tak?"

Dia menjongket kening.

"Bunga dandelion ni seperti awak."

Aku meniup dandelion di tangan. Dan bebunga tadi bertebaran jauh.

"Saya andaikan awak seperti dandelion, sekali saya tiup awak hilang macam tu je, Ezairy."

Dia memang begitu.

"Meaning?"

"Awak selalu muncul bila awak perlukan saya. Setelah itu, awak menghilang semula. Don't you remember?"

"Saya taknak ingat diri saya yang dulu, Elin."

You must remember. Sebab awak kejam.

"Saya ni Sakura yang telah gugur dan layu."

Aku menunduk. Air jernih mula bertakung di pelupuk mata.

"Ezairy yang pentingkan diri dah lama mati, Elin. Sejak hari awak tinggalkan saya di bawah pokok Sakura."

Dia mencuit dagu aku.

"You are my Elina. Hey, don't cry."

Aku menggeleng.

"Saya taknak bersedih lagi."

Mata kami bertatapan.

"Jom. Kita sambung perjalanan."

Ke mana sebenarnya dia mahu bawa aku?

Kami beriringan ke kereta. Porche kembali membelah jalan raya yang dikelilingi bunga-bunga.

Aku kenal Ezairy ketika kami mendaftar subjek yang sama, Principles of Economics. Masa tu aku suka tengok dia dari jauh. Dia suka termenung. Sampaikan dia tak sedar aku duduk bersebelahan dengan dia.

Tapi aku tak berani tegur dia. Sehinggakan suatu hari, aku pernah terlanggar bahu dia masa aku tengah berlari sambil menangis.

Mak nak jodohkan aku dengan Abang Irham. Mak terima pinangan tu. Aku cuma anggap Abang Irham macam Abang kandung.

Kami kenal dari kecil. Aku tak sangka Abang Irham ada hati dengan aku.

Abang Firhad pula yang lebih. Hasut Mak terima Abang Irham. Abang sepupu aku tu suka sakitkan hati aku. Dia ingat aku ni budak kecik ke nak kawal hidup aku.

Entah macam mana, lepas dapat panggilan telefon aku berlari laju dan terlanggar bahu Ezairy sampai kami berdua sama-sama jatuh.

Yang paling teruk, dari situ aku dah mula sukakan dia. Ada rasa yang menjalar. Sedangkan sebelum ni, mana pernah hati aku memiliki sesiapa.

"Kau okay ke?"

Mata aku merah dengan linangan air mata.

"Miss..."

Terus aku bangun. Malu. Aku menindih tubuhnya.

"Sorry. Aku tak nampak tadi."

Ezairy pandang aku. Tidak semena-mena, dia mengesat air mata aku.

"Are you really okay?"

Aku mengangguk laju. Malu. Dia kesat air mata aku tanpa rasa. Laju macam tu je.

"Takpe, nasib baik kau langgar aku, kalau terlanggar Yakuza, confirm kau dah kena jual."

Aku terkebil-kebil dengan kata-kata dia yang rasanya tiada terselit lawak.

Ezairy senyum.

"Lain kali, hati-hati..."

Sejak dari situ, aku cuba menyapa dia tiap kali kami terserempak. Tapi dia tak pernah tanya nama aku. Dan, riak wajahnya sentiasa kosong.

"Elin..."

Ada satu suara berbisik di telinga kanan. Bulu roma aku meremang.

Ada jari menjalar di pipi.

Aku kaget. Terus tersedar dari lamunan. Ezairy masih menjalarkan tangan di pipi aku.

"Apa ni? Ambil kesempatan."

Seraya aku mencubit tangannya.

"Ouch..."

Padan muka.

"Mengelamun lagi?"

Aku memandang dia. Hilang terus kenangan lama.

"Saya teringin nak masuk dalam lamunan awak."

Dia senyum nipis. Jari dia menghubungi seseorang. Dia bercakap bahasa Jepun. Ada ayat yang aku masih faham. Dan kurang mengerti.

"Kita dah sampai."

Aku memandang luar tingkap. Kawasan lereng bukit. Seperti... Ladang teh.

"Let's go."

Aku keluar dari kereta. Di depan mata, tersergam villa yang indah.

Dua orang pembantu rumah menyambut kedatangan aku.

"Korewa Elinadesu. Watashi no shorai no tsuma."

Hah?

Bulat mata aku mendengar bait-bait bicara Ezairy.

Senang-senang je claim aku ni bakal isteri dia!

"Konnichiwa madam Elina."

"Konnichiwa."

Aku membalas.

"Jom, saya bawa awak bersiar-siar di dalam rumah ni."

Aku hanya membuntuti langkah dia.

"Tu dua orang pembantu rumah Mama."

"Oh."

"Satu hari nanti rumah ni jadi milik awak, Elin."

Hah?

Terkejut aku dengan kata-katanya.

"Rumah ni kosong walaupun besar. Tapi tiada penghuni di dalamnya. Saya dah takde Papa. Papa dah lama tinggalkan Mama saya. Adik perempuan saya pula study dekat Australia. Nama dia, Erika. Dia dah lama tak pulang. Saya nak dia fokus study di sana."

Aku tak faham. Kenapa Ezairy beritahu aku semuanya?

"Saya sunyi."

Sunyi. Perkataan yang aku benci nak dengar.

Ezairy memang serius nak jadikan aku suri hidupnya ke? Sebab tu berani beritahu aku semua ni?

"Elin..."

Entah mengapa perut aku terasa senak. Sakit yang mencengkam.

Aku cuba mengekori langkah Ezairy, tapi entah bagaimana aku jatuh terjelepuk.

"Zairy..."

Lemah suara aku memanggil nama dia.

Tak pernah rasa sakit perut yang begini sekali. Dunia aku terus berputar.

Suara Ezairy juga makin tidak kedengaran di corong telinga.

Langkah aku jadi longlai. Dan akhirnya rebah tidak sedarkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience