Bab 25

Romance Series 93289

Kami tiba di KLIA lewat petang. Dari tadi aku curi pandang wajah Ezairy. Dia kelihatan ceria.

Comel.

"Penat. Jet lag."

Dia merungut. Aku tahu dia dah biasa fly. Aku ni jarang ke sana ke mari.

"Takpela. Saya boleh balik sendiri naik grab. Awak balik jela rumah terus."

Tidak semena-mena dia berhenti jalan di celah orang ramai.

"I'm your boss. Saya kena make sure pekerja saya selamat sampai ke rumah."

Aku menelan air liur. Pulak dah. Tiba di Malaysia je terus berubah sikap menjadi tegas.

"Takdela. Saya cuma taknak susahkan awak. Kesian dekat awak penat nak hantar saya balik."

Dia diam. Tidak membalas kata-kata aku.

"Tuan, saya nak singgah ke Watson dulu. Nak beli barang sikit."

Sengaja aku menekankan perkataan Tuan. Tahulah aku ni cuma pekerja dia je. Makan gaji buta.

Tanpa menunggu keizinan daripada dia, aku terus menuju ke farmasi yang berhampiran.

Haih. Berhangin pulak mamat ni tetiba.

Sedang aku mengutuk dia dalam hati, bahu aku dilanggar seseorang yang sasa. Baru saja kaki hampir melangkah ke dalam Watsons.

Terus terpusing tubuh aku yang kecil comel ni.

Ewah. Manusia di depan mata ni cuma jalan berlenggang. Macam takde orang lain pulak yang patut dia langgar.

"Ouch."

Manusia depan aku ni jalan tak pakai mata agaknya. Jalan punya luas, aku juga yang menjadi mangsa perlanggaran tidak bersalah.

"Miss, sorry. Saya rushing tadi."

Kot ye pun nak rushing, berhati-hati la ketika berjalan.

"Elina..."

Terus saja dia membuka kaca mata hitamnya.

Pantas aku mendongak.

"Abang Irham?"

Dia melebarkan senyuman.

"Hey, long time no see. Sihat?"

Aku senyum terpaksa.

Guess what? Dia... Manusia yang aku paling nak elak di atas muka bumi.

Sebab aku pernah tolak pinangan dia sebanyak dua kali. Aku pernah ugut dia, kalau mahu hantar rombongan juga untuk kali ketiga, aku takkan pulang lagi ke Malaysia untuk selama-lamanya.

Abang Irham. Seorang yang tampan. Baik hati.

Aku mencuri pandang ke arah dia yang memakai sut berwarna baby blue. Cukup pakej. Tetap juga hati aku tidak berkenan. Tiada love alarm.

Hati mana boleh dipaksa kan?

No hard feelings. No attachment. Pedih kan nak dengar ayat yang kejam menusuk ke jantung hati?

Aku anggap Abang Irham seperti abang kandung sendiri. Noktah.

"Saya sihat. Abang?"

Dia mengangguk. Aku jadi kekok berdepan dengan dia.

"Dengan siapa ni? Sorang ke?"

Baru saja aku mahu membuka mulut, penyelamat sudah sampai.

"Sayang..."

Ezairy terus menarik lengan aku.

Riak wajah Abang Irham terus berubah.

"Kata nak beli barang?"

Mood Ezairy berubah jadi seorang yang caring.

"Boyfriend Elin ke?"

Pinggang aku dipeluk mesra. Ezairy ni sengaja tayang kemesraan dah kenapa?

"Yes. I'm Ezairy. And you are?"

Ezairy menghulurkan tangan.

"Irham."

Ezairy pandang aku tajam menikam. Dia kurang suka melihat aku didampingi lelaki.

"I ni kenal Elin dah lama. Lelaki yang sudah putus asa setelah ditolak pinangan sebanyak dua kali."

Haish. Kenapa perlu mention depan Ezairy? Kurang asam betul Abang Irham ni.

"Ohh, kesian kat you."

Dua lelaki ni buat aku bengang.

"So, finally Elina dah bertemu dengan cinta sejati. I'm glad to see both of you."

Abang Irham terus memakai kaca mata hitam dan meninggalkan kami begitu sahaja.

Macam tu je? Patutlah hati aku tak pernah terdetik nak suka dekat dia. Biadap.

Barangkali dia bengang dengan kata-kata Ezairy yang seakan mengejek. Padan muka.

"Siapa dia tu? Berlagaknya."

Ezairy bercekak pinggang.

"None of your business."

Malas aku nak layan Ezairy. Hati masih bengkak dengan kata-kata Abang Irham.

Aku terus menuju ke bahagian wanita. Dan mengambil beberapa botol pil vitamin C sempat aku capai. Syampu dan keperluan lain.

Tak sampai lima minit, aku keluar menghampiri dia yang masih menunggu penjelasan.

"Apa?"

"You owe me an answer."

"Siapa dia tak penting la. Hantar Elin balik, please."

Mood aku jatuh merudum.

Aku teringat cara Abang Irham pandang Ezairy. Muka tak puas hati. Seolah akan ada benda buruk jadi lepasni. Abang Irham tu sejenis yang kurang mengalah.

"Okay, sayang."

Ezairy akur. Kami berjalan laju menuju ke parking kereta.

"Thanks. Hantar Elin balik."

Aku membuka pintu kereta tetapi sempat ditahan.

"Awak tak okay ni kan?"

Dia mula mengesyaki sesuatu.

"Awak bahasakan diri awak Elin."

"Okay je. Tersasul cakap."

Aku senyum. Terpaksa.

"Jujur dengan saya."

Aku mengeluh.

"Okay fine. Saya takut."

"Kenapa? Sebab Irham?"

Aku tunduk.

"Saya dah banyak sakitkan hati dia. Tolak dia. Confirm dia berdendam dengan saya."

"Takkanlah dia tak faham cinta tak boleh nak dipaksa."

Macam mana nak terangkan pada Ezairy ye?

"Itu awak yang kata. Dia tak rasa macam tu."

Aku kenal Abang Irham. Dia takkan biarkan hidup aku tenang.

"Saya ada. Saya boleh protect awak."

Aku menjulingkan biji mata.

"Takpela. Kita lupakan pasal dia. Saya penat la. Bagi saya cuti esok boleh tak?"

Aku menayang muka sedih.

"Tak boleh. Kalau Elin cuti, siapa yang nak jadi secretary?"

"Ala, Kak Rose ada."

"Tak mahu."

"Bolehlah..."

Aku memujuk.

"Tak nak."

Dia memalingkan wajah ke luar tingkap. Eei, mengada. Tak sudi nak tengok wajah aku ke?

"Hmm, yela. Kalau saya pengsan, pandai-pandai la awak."

"Airy..."

Sengaja aku mencuba lagi. Nak test, dia boleh tahan godaan ke tidak.

"Ye sayang."

"Hahaha. Gatal betul. Okay, esok saya pergi kerja."

"Saya jemput."

"No, saya drive sendiri."

"Tak sudi takpela."

Dia kembali memasamkan wajah.

"Kirim salam dekat Mak tau."

Aku mengangguk.

"Bye, Airy. Goodnight."

"Elin..."

Dia menahan lagi.

"Thank you sebab tolong pujukkan Mama untuk pulang ke Malaysia."

Wajah dia jadi malu-malu.

"You're welcome."

Aku ketawa kecil sebelum keluar dari kereta.

Tak sabar nak masuk rumah. Nak peluk Mak ketat-ketat. Dan, nak rehat puas-puas.

Harini hari yang agak panjang untuk aku. Yang pasti, aku mula merindukan Sakura.

Kerana Sakura mengingatkan aku pada sinar cintanya.

"Assalamuaikum, Mak..."

Dan, berlalulah pergi malam yang sepi. Seperti hati aku yang menemukan cinta sejati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience