Bab 30

Romance Series 93289

2013. Hitotsubashi University Business School, Jepun.

Jari jemari menekan jalur putih dan hitam piano. Bunyi yang dihasilkan sumbang.

Aku mengeluh buat kesekian kalinya.

"Tak sedap langsung. Kau ni memang takde bakat."

Ezairy muncul tiba-tiba di belakang aku.

"Sakit telinga aku dengar."

Dia mencelah dengan penuh sinis.

Aku cuma tunduk dari tadi.

"Mari sini aku ajarkan cara bermain piano dengan betul."

Dia merapatkan diri di sebelah aku.

"Pertama sekali, kau kena tajamkan pendengaran. Cuba dengar satu persatu bunyi yang dihasilkan. Do Re Mi Fa Sol La Si Do..."

Jarinya lembut menekan satu persatu jalur putih.

"Kedua, kau kena fahamkan nada. C D E F G A B. Tujuh nada natural ni kau kena hafal."

Aku pandang wajah dia. Tenang.

"Ketiga apa dia?"

Dia menangkap pandangan aku.

Tekak tersekat. Terasa susah nak bersuara.

"Betulkan posisi duduk."

"Brilliant. Nasib baik dapat jawab betul. Tak kisahlah kau nak duduk posisi macam mana sekalipun tapi mestilah selesa."

Aku menegakkan badan.

"Keempat, betulkan posisi tangan dan lengan. Jangan terlalu rapat okay. Perhatikan tangan aku."

Aku perhatikan tangan dia.

"Kelima, baca not tu elok2. Seimbangkan nada dan melodi. Dan, terakhir... Mahirkan lagu kesukaan kau."

Dia memandang not di kertas.

"Kau suka lagu ni? Patutlah..."

Dia senyum sedikit.

"Aku pun suka semua lagu Yiruma. Takpe, aku boleh ajar kau."

Lidah aku terkelu. Tak tahu mahu berkata apa. Aku terus jadi kejung di depan dia.

"Oh hmm by the way, nah ni ada dua tiket. Aku bagi free of charge. As we deal yesterday, weekend ni temankan aku. Kau nak ajak kawan kau pun takpe."

Aku terus menyambut laju. Mata kembali bersinar. Yiruma. Angan aku jadi nyata.

Alunan muzik Kiss The Rain berkumandang sekali lagi.

I often close my eyes
And I can see you smile
You reach out for my hand
And I'm woken from my dream
Although your heart is mine
It's hollow inside
I never had your love
And I never will

And every night
I lay awake
Thinking maybe you love me
Like I've always loved you
Buut how can you love me
Like I loved you
When you can't even look me straight in my eyes

I've never felt this way
To be so in love
To have someone there
Yet feel so alone
Aren't you supposed to be
The one to wipe my tears
The one to say that you would never leave

The waters calm and still
My reflection is there
I see you holding me
But then you disappear
All that is left of you
Is a memory
One that only exist in my dreams

And every night
I lay awake
Thinking maybe you love me
Like I've always loved you
But how can you love me
Like I loved you
When you can't even look me straight in my eyes

I don't know what hurts you
but i can feel it too
and it just hurts so much
to know that i can't do a thing
and deep down in my heart
somehow i just know
that no matter what
I'll always love you

I often close my eyes
and I can see you smile
you reach out for my hand
and I'm woken from my dream
although your heart is mine
it's hollow inside
i never had your love
and I never will

So why am i still here in the rain?

Usai lagu berkumandang, jantung aku berdegup laju memandang dia.

I think I fall in love... with him...

Langit gelap membukat. Hujan masih turun dengan rintik.

Aku memeluk tubuh. Sejuk mencengkam diri.

Mata aku masih leka memandang rintik hujan yang jatuh.

"Elin..."

Dia menepuk perlahan lengan aku.

Aku tersedar.

"Termenung lagi?"

Dia mengerutkan dahi. Pelik dengan sikap aku yang asyik mengelamun.

"Teringat dekat siapa pulak?"

Aku menggeleng laju. Lantas mengelus kedua belah pipinya. Spontan, aku mencubit pipi kanannya.

Dia menyeringai.

"Ouchh!"

Aku sengih. Benar. Aku tidak bermimpi.

"Kenapa?"

Wajahnya masih tanda tanya.

"Takde pape..."

Aku tahan senyum.

"Elina Nurin..."

Marah la tu.

"Nothing. Saja je buat macam tu."

"Hmm..."

Bibirnya dimuncungkan.

Dia tetap sama di mata aku. Sweet dan annoying.

Dia mendongak ke langit. Tangannya menyeluk ke dalam kocek.

"Hujan ni taknak berhenti pulak. Nasib baik tadi lepas makan kita sempat lari. Kalau tak, memang confirm basah kuyup."

Aku senyum.

"Awak kena hantar saya balik office. Nak ambil kereta."

Kalau aku bawa kereta aku sendiri tadi kan senang. Boleh terus balik je.

"Tak payahlah. Saya terus hantar awak balik. Dah lewat malam ni. Nanti makcik risau."

"Habis tu, esok saya nak pergi kerja macam mana?"

"I'll fetch you."

Aku menjungkitkan bibir.

Ezairy ni, ada masanya terlebih caring. Mungkin itu cara dia menunjukkan perasaannya pada aku.

"Mr. Ezairy, ni makanan yang ditapau."

Pelayan restoran menghulurkan plastik yang berisi makanan.

"Okay. Thanks."

"Awak nak sambung makan lagi ke?"

Perut apa la dia ni? Takkan nak sumbat lagi makanan?

"Nope. This is for Makcik."

"Awak, mak saya tu mungkin dah masuk tidur."

Mak mana la reti telan makanan Jepun macam ni.

"Takpe, anak dia yang kurus keding tapi pipi comel ni boleh tolong habiskan makan."

Ezairy mencubit pipi kanan aku.

Ouch.

"Sakitlah. Eeii, awak ni. Saja je kan."

Aku merungut tanda tidak puas hati. Dia sengaja menyerang tindakan aku tadi.

"Yes, dear. Hmm. Kenapa la kita tak kahwin sekarang je, kalau tak boleh culik bawak balik rumah."

"Teruknya kepala otak awak ni. Kasi cuci sikit minda awak yang kotor tu. Saya belum sah jadi milik awak."

Dia tergelak.

"Jom balik."

Dia memaut jari jemari aku.

Kami bergerak menuju ke kereta yang terparkir di depan lobi.

"We're here."

Aku menguap. Dari tadi tahan rasa mengantuk. Tak berani aku nak tidur dalam kereta dia. Takut Ezairy melencong ke rumah dia pula. Bukan boleh percaya sangat dia ni.

Pintu kereta dibuka.

"Dahlah. Stop berangan. Dah lewat malam. Pergi rest. Esok nak masuk kerja awal pagi."

Aku mengangguk.

"Awak..."

Aku tak jadi keluar dari kereta. Lupa nak ucapkan sesuatu.

"Terima kasih untuk malam yang indah ini. Terima kasih sebab ikhlas nak memperisterikan saya. Take care. Jumpa esok."

Hujan masih renyai. Aku tak sabar nak rest. Hari ini sangat panjang buat aku.

"Bye, sayang."

Aku tak jadi menutup pintu kereta kerana dia memanggil.

"Esok bangun awal. Saya datang jemput."

"Okay. Goodnight, Airy. Sweet dreams."

Aku senyum manis biar dia membawa wajah aku ke dalam mimpi.

Sejurus dia pergi, aku melangkah malas masuk ke dalam kawasan rumah. Pintu pagar rumah tidak bertutup. Ada kasut lelaki di luar pintu. Siapa pula yang datang malam-malam buta ni?

Mata aku membulat melihat seseorang yang sedang rancak bersembang dengan Mak.

Abang Irham. Apa mamat poyo ni buat kat sini?

Aku melangkah masuk ke dalam rumah. Jam di dinding menunjukkan tepat 11 malam.

"Elin, ingat lagi tak dekat Irham?"

Mak menyapa aku. Mata kami bertatapan. Abang Irham senyum.

"Yeah. Baru je terserempak dengan Abang Irham dekat airport kelmarin."

Eeii, naik loya aku tengok muka dia.

"Irham datang jenguk Mak. Dia kirim kain sutera ni. Cantik. Untuk Elin pun ada."

Aku mengerling.

Nak ambil hati aku atau hati Mak?

"Saya rasa warna tu sesuai dengan Elin. Buat baju kebaya. Manis je."

Aku masih berdiri tegak. Malas nak menjawab apa-apa.

Apa la mamat poyo ni nak lagi? Tak boleh tengok aku happy sikit ke?

"Lambat Elin balik?"

Dia bertanya lagi. Mata dia masih mencuri pandang wajah aku.

"Ada candle light dinner tadi."

Sepatah dia tanya, sepatah aku menjawab.

"Mak, Zairy tapau makanan Jepun untuk Mak. Elin simpan dalam fridge ya."

Cepat-cepat aku masuk ke dalam dapur.

Terus berubah riak wajah Abang Irham.

"Takpela, Makcik. Elin pun dah selamat pulang. Hari dah lewat malam, saya beransur pulang la ya."

Sengaja aku duduk berteleku lama-lama di meja makan dan tak menunjukkan muka.

Dia pun sudah nampak kedinginan aku. Entahlah. Bila aku teringat hal lama, hati aku jadi sakit. Bukannya Abang Irham jahat cuma dia agak nakal lagi-lagi bila dia syok dengan aku.

Tiada siapa yang tahu akan hal itu. Aku tak pernah cerita dekat Mak. Mungkin sebab tu hati aku kurang selesa bila dia mendekati aku.

Aku harap sangat, Abang Irham takde niat apa-apa datang ke sini malam ni selain melawat Mak.

Aku takut. Kalau-kalau dia rosakkan hubungan aku dengan Ezairy. Simpang malaikat empat puluh empat. Jauhkanlah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience