Bab 11

Romance Series 93289

Aku malas nak melayan angin Ezairy. Lantak dialah. Kalau dia sudi hantar aku pulang, silakan.

Sedang kami berjalan beriringan mahu keluar dari ruang pejabat, lampu tiba-tiba terpadam.

"Eh pakcik guard ni, awal sangat tutup lampu." Ezairy merungut kecil.

Aku dah mula tidak sedap hati. Aku takut gelap. Dahlah berdua macam ni. Nanti timbul fitnah. Aku tak suka. Tak pasal je kena kahwin free nanti.

Ezairy ni bukannya suka aku pun. Sengaja je nak mainkan aku. Nak buat aku macam skandal. Apa-apa yang dia cakap sekarang, aku dah tak percaya lagi.

Dia membuka torchlight dari telefon bimbitnya. Seram melihat ruang pejabat yang tiada orang. Aku mula membayangkan movie thriller dikejar psiko. Ah, damn. Masa ni pulak nak membayangkan bukan-bukan.

Tapi betul la, manusia lagi menakutkan dari syaitan.

Aku menekan butang lif. Lambatnya lif ni. Aku dah kecut perut ni. Ezairy ni dari tadi memerhatikan aku dari ekor mata.

Pintu lif terbuka. Kami masuk beriringan. Dari tingkat 15 hingga ke tingkat P2, aku rasa lama waktu berputar.

"Elin..."

Tiba-tiba je dia bersuara. Memandang aku.

Dah kenapa? Aduh, seramlah.

"Aku nampak sesuatu."

Aku mula meneguk air liur kasar.

Ala... Janganlah. Apa yang dia nampak?

"Kau... Sini sikit. Dekat dengan aku."

Mak...

Aku rasa lutut kaki mula bergetar.

"Ad... Ada... Ap... Apa?"

Aku mula tergagap.

Ezairy memejamkan mata. Ada apa di belakang aku?

Aku taknak balik malam lagi. Sumpah serik.

"Baik kau datang dekat dengan aku."

Macam mana aku nak bergerak ke arahnya kalau kaki aku seperti terikat?

Dia menarik tangan aku. Kepala aku betul-betul mencecah bahunya. Bahu kami berlaga.

Dia membisikkan sesuatu.

"Kau nak tahu sesuatu tak? Lif ni kan pernah ada kes orang bunuh diri."

Mata aku sudah membuntang.

"Tadi tu aku nampak... Dia..."

Ezairy menggantungkan kata. Cepatlah sampai ke P2.

"Kau nak tahu sesuatu tak?"

Aku menggeleng sambil memejamkan mata. Aku rasa selamat pulak tiba-tiba dia ada di sebelah. Rasa macam akan dilindungi. Tapi kalau dia pun penakut, siapa nak lindung aku?

"Kau jangan takut sangat. Benda tu suka kacau orang yang terlalu takut. Rilleks, sayang. Aku ada."

Sayang?

Ezairy dah buang tebiat ke? Barangkali panggilan itu untuk menenangkan hati aku.

"Elin... Buka mata... Aku main-main jela. Mana ada hantu dalam pejabat aku. Aku dah pagar."

Aik?

Baru saja aku membuka mata, lampu lif terpadam. Kami terperangkap.

Double damn.

"Awak..."

Ruang lif gelap. Dan aku, rasa seperti sesak nafas.

Wajah Ezairy pucat. Dia menekan butang lif berkali-kali.

Tu lah, mulut jahat lagi.

"Lif ni selalu problem."

Aku diam. Aku terduduk sandar. Aku tak nampak dia.

Gelap.

"Elin..."

Aku mendengar suaranya memanggil nama aku.

"Sayang..."

Dia membuka cahaya lampu dari telefon bimbit.

"Elin! Ya Allah..."

Dia menghampiri.

"Kenapa ni?"

Aku memegang dada. Terasa sesak nafas.

"Okay. Cuba relaks. I'm here."

"Saya takut gelap. Saya tak boleh kalau takde cahaya."

Aku menghidap anxiety bila tiada cahaya yang menerombosi ruang bilik.

Dia memantulkan cahaya telefon bimbit ke arah dinding lif.

"Okay. Buka mata."

Perlahan-lahan aku membuka mata. Dia memaut jari jemari aku.

"Look at me."

Wajahnya tampak kerisauan.

"I'll call security. Hold on, please."

Aku mengangguk.

Dia menghubungi seseorang. Setelah selesai menyatakan kami terperangkap di dalam lif, dia kembali menghadap aku.

"Lagi 5 minit. Diorang akan sampai untuk rescue kita. Bertahan okay."

Dia menyandarkan tubuh di dinding lif. Sama seperti aku.

"Elin..."

Wajahnya murung.

"Aku menyesal..."

Apa yang dia mahu katakan sebenarnya?

"Aku rindukan kelopak bunga sakura. Aku rindukan 'kita'."

Perkataan 'kita' tak pernah wujud dalam kamus hidup saya, Ezairy. Saya dah buang awak jauh dari ingatan.

"Elin..."

Aku masih mendiamkan diri.

"Aku nak kembali semula kepada situasi kita yang dulu."

Jangan harap. Cinta saya dah berlalu. Awak tak pernah hargai.

"Saya penat. Dengan perasaan sendiri. Cukuplah tu."

Aku menunduk.

Kami sama-sama terdiam. Mencipta kedinginan suasana.

Rambut aku seperti diusap lembut.

"Don't. Touch. Me."

Aku memberi amaran padanya.

"Aku janji... Aku akan berubah."

Tahi kucing. Perangai kau sama je seperti dulu.

Dia menyentuh lembut bibir aku.

"Ezairy, I told you before..."

Aku memandang anak matanya. Dia memintas kata-kata aku.

"Please don't hate me anymore."

Dia memegang dagu aku. Wajahnya semakin mendekat.

Cepatlah lif terbuka. Aku makin tak selesa.

"Tuan..."

Terdengar suara dari luar lif.

Lampu lif kembali menyala seperti sediakala.

Kami berdua tersentak. Dia cepat-cepat bangun. Bahaya betul berdua macam ni.

Aku hampir jatuh dalam renungan redup dia.

Lif kembali bergerak.

Sampai di tingkat G, dua pekerja memerhatikan kami.

"Tuan okay?"

Ezairy mengangguk laju.

"Kenapa lama sangat? Tahu tak my PA hampir mati tadi?"

Tajam suara Ezairy di gegendang telinga aku.

"Sorry, Tuan. Lepasni, kami akan menyelenggara lif ni."

"Saya taknak perkara macam ni berlaku lagi! Faham?"

Wajah Ezairy teramat serius. Gerun aku.

"Baik, Tuan."

"Okay. Saya nak pergi parking. Goodnight."

Dia menutup kembali pintu lif. Menekan butang P2.

Aku melihatnya dari ekor mata. Kami sama-sama membisu.

Dia berjalan agak laju dan aku terpaksa mengejarnya dari belakang.

"I heard that in your conversation with Mum, today is her birthday, right?"

Aku mengangguk laju. Dia memegang stereng, kereta bergerak laju.

"Later, we will celebrate together with your mum."

Rahang aku tersekat. Betul ke apa yang aku dengar ni? Kata-katanya bagaikan satu arahan yang perlu aku patuhi.

"I'm sorry."

Sekali lagi dia meminta maaf. Untuk apa kata maaf itu, Ezairy?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience