Bab 21

Romance Series 93289

Pagi itu aku melawat Mama dia di hospital. Auntie Hana memandang aku dengan senyuman yang sukar ditafsirkan.

"Macam mana progress, Airy?"

Dia bertanya pada Ezairy.

Aku sedang memotong buah pear. Gegendang telinga dibesarkan seluasnya untuk mencuri dengar.

"So far, so good."

Mamanya tersenyum lebar.

"Elin, Auntie harap Elin jadi berkahwin dengan Airy."

Alamak.

Sekali lagi bab kahwin dipersoalkan.

Aku senyum senget. Rasa tawar hati ni.

"Auntie... Elin nak fokus dekat kerjaya dulu. Taknak fikir soal kahwin."

Ezairy memandang aku lama. Semacam je.

"Nanti lepas kahwin, Ezairy boleh tanggung Elin. Takpe. Terima je dia."

Kenapa aku asyik dipaksa kahwin dengan dia?

Hidup aku. Suka aku la nak atur macam mana. Menyibuk je.

Aku cuma diam. Tidak membalas. Karang jawab lebih nampak macam biadap pulak.

"Mama... Nanti Airy pujuk Elin. Don't worry."

Anak beranak ni asyik nak push aku je.

Auntie Hana senyum pandang aku.

"Airy balik hari ni ke?"

"Tak. Maybe esok pagi. Airy nak spend time dengan Elin kat sini la, Ma."

Terus aku memandang wajah dia.

"Kerja kat ofis macam mana?"

Mamanya memandang dia pelik.

"It's okay. Delay balik satu hari je. Kerja tetap akan bertambah."

Aku menjeling dia.

Tak bagitahu aku pun nak tambah satu hari lagi kat sini. Ish. Suka hati dia je. Tahu la kau tu bos.

"Elin, okay? Zairy nak stay lagi satu hari."

Auntie Hana menagih jawapan.

"Apa-apa Elin kena tanyakan dekat Mak Elin, takut dia risau."

Jauh di sudut hati aku masih mahu berlama di Jepun.

"Airy, kalau Elin tak suka jangan paksa. Kesian dia."

Ezairy memandang aku dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

"Saya dah bagitahu dekat Mak awak pagi tadi."

Erk? Lajunya dia bertindak.

Auntie Hana senyum.

"Auntie suka tengok Elin dengan Airy. Sepadan."

Aku menundukkan wajah yang mula memerah.

Auntie, dia cakap dia cuma sukakan saya. Dia tak cintakan saya pun. Mungkin dia masih keliru dengan perasaan dia.

"Nanti bawalah Elin jalan-jalan dekat rumah kita ye, Airy. But remember, don't force her."

Ezairy tersenyum nipis.

"Okay. I will, Ma."

Aku sempat mencuri dengar perbualan dua beranak itu berbisik sesama mereka. Senang hati melihat Ezairy bergelak ketawa dengan Mamanya.

"Sedapnya bubur nasi ni."

Auntie Hana makan dengan penuh berselera.

"Kafe di sini makanannya memang sedap, Auntie."

"Kalau Elin masak maybe lagi sedap."

Aku tergelak kecil.

"Kalau Auntie datang Malaysia, insyaAllah saya masakkan makanan yang sedap-sedap untuk Auntie."

Aku dah mula sayang pada Auntie Hana. Seperti ibu kandung sendiri.

"Auntie ni tak boleh keluar hospital, Elin."

"Transfer ke hospital Malaysia? Di sana pun ada hospital pakar yang hebat, Auntie."

Dia mengeluh perlahan.

"Airy pernah cadang nak bawa Auntie ke sana. Dia boleh uruskan semua. Tapi, Auntie taknak. Biarlah Auntie di sini sahaja."

"Auntie... Kita sebagai manusia memang boleh merancang selagi kita terdaya. Tiada penyakit yang tiada penawar. Elin percaya yang Auntie ni wanita yang kuat."

Aku mengenggam jari jemari Auntie Hana.

"Auntie tiada harapan lagi untuk sembuh. Everything is useless, Elin."

Aku sudah kehilangan kata. Rasa sebak mendengar kata-kata Mamanya.

"Jangan pernah berhenti berharap. There's a miracle if we believe it. Auntie kena kuat tau. Airy perlukan Auntie."

"Elin..."

Mamanya menatap wajah aku lama.

"Yes, Auntie."

"Auntie ada dua permintaan. Harap sangat Elin boleh lakukan. Auntie mintak tolong sangat-sangat."

Wajah Auntie Hana dalam kesedihan.

Aku mengangguk.

"Pertama, jangan panggil Auntie lagi. Call me Mama."

Aku terkedu.

"Kedua, walau apapun yang jadi, jangan tinggalkan Airy. Auntie minta sangat Elin dapat jaga dia baik-baik..."

Rahang aku tak mampu bergerak mengeluarkan kata. Speechless.

Permintaan kedua itu sangat berat. Masakan aku bisa menuruti.

"Mama... Elin... Tak pasti Elin mampu tunaikan permintaan Mama yang kedua itu."

Wajah Auntie Hana berseri mendengar aku memanggilnya Mama. Namun, kembali redup saat aku katakan yang aku tidak pasti dapat menjaga Ezairy.

"Tapi kenapa? Elin dan dia saling mencintai kan?"

Tak tahu. Elin sendiri tak faham dengan Ezairy. Tak tahu perasaan sebenar dia. Dan... Untuk hati Elin, mungkin tiada rasa lagi. Mungkin cuma terkenangkan masa lalu kami.

Tiada jawapan yang aku mampu berikan. Aku cuma tersenyum.

Riak wajah Auntie Hana tampak kerisauan. Aku taknak dia berharap atau bersedih.

"Mama jangan risau... Kalau ada jodoh kami, Elin terima je semuanya."

Aku cuba menceriakan suasana. Namun, Auntie Hana hanya tersenyum pahit.

Elin tak berani janji Mama, Elin takut hati Elin akan kecewa sekali lagi.

Sesekali aku membetulkan rambut yang ditiup angin. Sejuk yang mencengkam.

Saja mahu mengambil angin di tepi jambatan ini lagi.

Tempat lepak aku satu ketika dulu. Rasa tenang di sini.

Sejurus pulang dari hospital, aku terus singgah ke mari. Ezairy meminta aku menemankan Mamanya seketika. Dia terpaksa berjumpa dengan client. Ada meeting segera katanya.

"Walau apapun yang jadi, jangan tinggalkan Airy. Auntie minta sangat Elin dapat jaga dia baik-baik..."

Masih bergema kata-kata itu dalam kotak fikiran aku. Terasa berat permintaan Mamanya untuk ditunaikan.

Aku memegang dada. Berdebar tiba-tiba.

Aku takut sesuatu yang buruk bakal jadi. Bagaimana hidup Ezairy tanpa Mamanya kelak?

Allah...

Aku menolak rasa gusar jauh pergi.

Bauan aroma coffee mencucuk rongga hidung aku. Bau tu datang dari mana...

Belum sempat aku menoleh ke kanan, seseorang melabuhkan punggung di sisi aku.

Coffee yang berasap panas dihulurkan.

Aku memandang dia. Wajahnya dihalakan ke depan. Tanpa memandang aku.

"Thanks. Macam mana awak tahu saya di sini?"

Dia memeluk tubuhnya. Jaket yang membaluti tubuhnya dibetulkan.

"Guna Waze."

Hidung aku mula kembang kempis. Aku tahu dia cuba berlawak. Tapi rasa macam tiada selit lawak.

Riak wajahnya masih tenang seperti tadi.

Aku menggigit bibir. Terasa kekok.

"Rasa tenang di sini. Patutlah awak suka ke mari kan?"

Dia tahu ini tempat lepak aku?

"Kalau tak tahu pape, janganlah berlagak macam tahu semua benda."

Nada aku mula mendatar.

Aku menghirup kopi yang dihulurkan tadi.

Hangat.

"Maaf, saya tak pernah nak fahami hati awak selama ni."

Aku tidak berani memandang wajah dia. Takut tersalah tafsiran.

"Saya yang bersalah selama ni..."

Aku masih lagi diam.

"Awak buang gelang berukir Sakura yang saya hadiahkan tu dekat sungai sini kan?"

Macam mana Ezairy boleh tahu? Dari Laila?

Aku tergamam.

"Saya tahu dari mana bukan persoalannya."

Dia senyum senget.

"Untuk satu hari yang berbaki ni..."

Dia memegang kedua belah bahu aku. Memaksa aku memalingkan badan ke arahnya.

"Saya nak spend time dengan awak, my Sakura."

Mata aku terkebil-kebil memandang bebola mata dia. Redup. Penuh keasyikan.

"Boleh tak?"

Aku masih lagi mendiamkan diri tanpa kata.

Hujung bibir diketap.

Dia ni... Tak pernah buat aku berhenti berdebar.

"Entah."

Eh? Bukan itu jawapan aku yang sepatutnya.

Dia senyum nipis. Jambang halus mula meliar di wajahnya. Hensem.

"I take it as a yes."

Aku menjulingkan biji mata. Menyembunyikan senyum.

Sesekali aku memejamkan mata. Merasai kedinginan angin bersama Ezairy.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience