Bab 15

Romance Series 93289

Aku memandang wajah di cermin. Kenapa aku rasa berdebar tidak menentu?

Dari tadi nak keluar dari bilik air, tapi kaki seakan terikat. Terpaku.

"Elin..."

Bunyi ketukan di pintu bilik air.

"Iya..."

"Dah siap ke tu? Lamanya. Berak batu eh?"

Sengal.

Tahu tak aku tengah cover debaran yang makin mengencang.

Haish, Ezairy ni pun kan. Eeii geramnya. Sukati je paksa aku ikut dia ke mana saja.

Pintu bilik air ku buka.

"Awak ni memang tak reti nak bersabar kan?"

Muncung sedepa aku tayang.

"Jom. Nanti kita terlambat pulak."

Dia membuat wajah selamba.

"Jom."

Melihat aku tidak berganjak, sekali lagi dia mengajak aku mempercepatkan langkah.

"Pergi mana? Awak dah janji kan, sampai je kita kat Jepun, kita bawa haluan masing-masing."

Aku memeluk tubuh.

"You're still my secretary."

"Not in Japan, Ezairy."

"Elin, please... Come to see my mom. She wants to meet you."

What for?

Aku bukan siapa-siapa dalam hidup dia.

"Please..."

Suaranya dikendurkan untuk menagih simpati aku.

"Sekejap je. Saya ada banyak tempat nak pergi kat area sini. I miss the old me."

Dia senyum.

"Okay. I promise. Saya bawa awak ke mana saja yang awak nak pergi asalkan sudi jenguk my mom."

Aku menahan nafas. Tahan sabar, Elin.

Malas-malas aku masuk ke dalam keretanya. Kereta bergerak. Aku melirik sedikit ke arahnya. Melihat dia memandu dengan tenang.

"Mesti awak rindukan tempat ni. Rindukan Sakura ataupun saya?"

Apa dia merepek ni?

Bunga Sakura yang layu takkanlah aku nak kutip semula.

"Saya cuma rindukan diri saya yang dulu."

"Sakura saya kini jadi beku. Dingin."

Itu yang seeloknya, Ezairy.

"Awak masih marahkan saya, Elina?"

Aku memandang ke luar tingkap. Tidak perlu menjawab pertanyaannya. Tidak perlu mengingatkan tentang perasaan aku yang semakin membeku.

"Diam tandanya betul."

Aku tidak mengiyakan. Tidak juga menidakkan.

Kata-kata dia sangat menjelikkan.

"Mana kita nak pergi?"

"Hospital."

Hah?

Siapa yang sakit?

Aku hanya memandangnya tanpa mengeluarkan suara.

Kejamkah aku melayannya beku begini?

Setibanya kami di destinasi yang dituju, Ezairy mencapai jari jemari aku.

Aku tergamam.

"Boleh tak Elin jadi girlfriend saya di depan my mom?"

Hah?

"Tapi..."

Belum sempat aku membalas, dia membuka pintu kereta. Pegangan turut terlerai.

"Do me a favor."

Kenapa beria sangat nak aku menyamar jadi girlfriend kesayangan dia?

Dia masih menanti reaksi aku.

Suka ataupun tidak, aku memang dipaksa lakukan apa saja.

"Okay."

Wajah yang penuh berharap kembali ceria.

"Thanks, Elin."

Tak susah pun acah-acah jadi girlfriend dia memandangkan aku pernah ada hubungan dengan dia.

Hubungan yang tiada nama. Hmm. Dahlah. Malas nak kenang semua tu lagi. Buat sakit hati je.

Datang sini nak happykan diri.

Kami jalan beriringan menuju ke wad hospital.

Langkah kami terhenti di depan bilik. Ezairy membuat isyarat supaya aku senyum di depan ibunya.

Baiklah. Hamba menurut perintah.

Kaki kami melangkah ke katil. Seorang wanita berusia kelihatan tidur dengan nyenyak.

Ezairy mencapai tangan ibunya. Lalu membisikkan sesuatu di telinga wanita itu.

"Okasan, koko ni iru."

Aku duduk di kerusi yang berdekatan. Memerhatikan dia yang mencium tangan ibunya. Kasih anak terhadap seorang ibu. Ezairy lelaki yang penyayang. Alangkah indahnya jika kasih sayang itu diberi kepada aku satu ketika dahulu.

"Mama..."

Mata ibunya tercelik. Terus saja senyum melihat wajah anak bujangnya di depan mata.

"Airy..."

Airy? Comelnya nama.

"Mama... How are you?"

Aku hanya membiarkan mereka berdua melepaskan rindu. Rasa rindu pulak dekat Mak di Malaysia.

"She's here. Elin..."

Dua mata itu memandang aku.

"Auntie..."

Aku menghampiri ibunya.

"Elina Nurin?"

Aku mengangguk.

Ibunya tersenyum manis memandang wajah aku. Dan dia berbual dengan Ezairy dalam bahasa yang aku kurang faham.

Japanese language aku makin merosot.

"Mama kata Elin cantik sangat. Sama macam bunga Sakura."

Mula la tu nak memuji. Aku mengerling Ezairy yang tersengih kerang.

"Thank you, Auntie."

"Elin masih lagi girlfriend Ezairy kan?"

Tak sangka wanita Jepun ini fasih berbahasa Melayu.

Part ni aku terkedu.

Bermakna dia menipu ibunya selama ni. Aku memandang wajah Ezairy yang seakan serba salah.

Dia berhutang penjelasan dengan aku.

Nak taknak aku hanya mampu mengangguk.

"Iya."

Wajah ibunya ceria.

"Terima kasih jaga anak Auntie dengan baik."

Air jernih keluar dari kelopak mata ibunya.

"Mama, please don't cry. Airy okay je ni. Elin pun jaga Airy dengan baik. Sebab dia masih sayangkan Airy."

Dada aku berombak dengan kencang.

Pertama, aku memerlukan penjelasan atas alasan dia menjadikan aku teman wanita bayangan.

Kedua, aku rasa sedih sebab aku berpisah lama dengan dia. Lima tahun. Tiba-tiba, dia masih claim aku girlfriend dia.

What the hell he's doing right now? I need an explanation, Ezairy.

Aku memandang wajah dia lama. Namun, dia tidak mengendahkan renungan aku yang tajam.

"Akhirnya Auntie dapat bertemu empat mata dengan Elin... I'm so happy."

Jari jemari aku dipaut mesra.

"Mama berbual la dengan Elin. Airy nak pergi cafe kejap."

Aku tidak sempat berkata apa-apa. Hanya melihat dia berlalu.

"Auntie sakit apa?"

Aku perlu tahu. Aku mahu tahu semuanya. Tentang Ezairy juga.

"Brain cancer. Stage 4."

Aku menekup mulut. Ya Allah.

Patutlah aku sempat curi pandang wajah Ezairy yang mendung ketika dia sedang memandu tadi.

"Sorry. Elin tak patut tanya soalan macam tu."

Aku yang rasa nak menangis teruk sekarang.

"Auntie okay. As long as dapat tengok Airy happy. Auntie patut berterima kasih kat Elin sebab jaga dia dengan baik."

Aku tak pernah jaga dia dengan baik. Ezairy struggle and survive seorang diri. Without me.

"Elin... Auntie ada satu permintaan..."

Aku memandang raut wajah ibunya yang masih anggun walaupun sudah berusia. Patutlah Ezairy ada rupa, ibunya sangat cantik.

"Apa dia? Insyaallah Elin tunaikan."

Pandangan kami bertaut lama.

"Kahwin dengan anak Auntie. Sebelum Auntie pergi."

Sekali lagi aku terkedu.

Beratnya permintaan. Macam mana aku nak tunaikan?

"Boleh kan? Elin sayangkan dia kan?"

Tu dulu. Sekarang tak.

Aku menunduk. Tidak tahu mahu menjawab apa.

"Elin... Kenapa ni?"

Aku jadi serba salah.

"Auntie sebenarnya... Elin ni bukan lagi..."

Pintu bilik terkuak. Muncul wajah Ezairy menatang plastik berisi makanan.

Aku tidak jadi menyambung kata. Mata dipejamkan sebelum menuturkan bicara.

"Sebenarnya apa?"

"Iya. Elin sayangkan Ezairy sangat-sangat."

Laju aku menutur bicara. Tidak berani mengangkat wajah.

"Dengar tu, Airy? Elin dah setuju. Cepat-cepatlah hantar rombongan meminang."

Gulp. Matilah aku.

Apa yang aku buat ni? Declaration yang sangat berani mati.

"Thank you, Elina."

Dia senyum. Beserta air mata.

Ezairy menangis kerana aku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience