Bab 16

Romance Series 93289

Kami pulang ke hotel. Esok aku janji akan melawati ibunya lagi.

Aku takde mood nak bercakap dengan dia. Lepas keluar je dari bilik wad, aku lancarkan perang dingin dengan dia.

Banyak benda dia tipu. Apapun alasannya, dia tetap menipu.

"Elin... I'm sorry. Saya ada reason sendiri."

Dia menegur aku ketika kami mahu ke bilik masing-masing.

Dan aku... Tiada sepatah kata yang mampu berikan.

"Thanks sebab berlakon yang kita ni masih lagi sepasang kekasih."

Berlakon?

Aku ikhlas cintakan dia. Tapi, di matanya segalanya cuma lakonan.

Cukuplah, Ezairy. Jangan sakitkan hati saya lagi. Dah terluka teruk dah ni.

Kad akses dileretkan ke tombol pintu. Aku tak jadi nak melangkah masuk.

"Apa yang pernah terjadi ni pada awak semuanya lakonan ke? Adakah saya ni Elina yang berpura mencintai awak selama ini? Jangan kusutkan keadaan, Ezairy. Saya cuba faham situasi kita tapi... Awak rosakkan semuanya."

Limit kesabaran aku hanya sampai di sini. Ikutkan hati nak je balik Malaysia esok pagi.

Ezairy menunduk.

Itu jela yang dia mampu buat. Diam. Tunduk. Maaf.

"Satu je saya nak tanya, kenapa awak tipu ibu awak? Kita kan dah takde apa-apa."

Aku menuntut penjelasan. Tapi, waktunya tak sesuai.

Nafas dihela perlahan.

"Takpelah. Esok je kita cakap. Saya penat la, awak. Nak kena siapkan slide PowerPoint lagi. Goodnight, Zairy."

Aku malas nak fikir apa-apa buat masa sekarang.

"Elin..."

Belum sempat aku menutup pintu bilik, tangannya menahan. Sikit lagi nak terkepit.

"If possible, temankan saya pergi meeting esok pagi?"

Alahai. Aku baru nak rest lama sikit.

"Awak takde cakap pun kena temankan?"

Dahi aku berkerut seribu. Mengada la. Itu ini. Itu ini. Lama-lama aku pengsan.

"Kena jugak ke?"

Dia mengangguk laju.

"Hmm. Yela. Yela."

Kusutnya kepala menghadap dia. Tak mampu nak hilangkan debaran.

Mungkin aku masih mencintai dia.

Terus aku menutup pintu bilik. Dia masih berdiri kaku di depan pintu bilik aku.

Aku merebahkan diri ke atas tilam yang empuk. Mata menghala ke siling ruang bilik.

Kenapa saya ikut awak ke sini?

Berlakon? Tadi tu aku tak berlakon. Memang aku sayangkan dia.

Tapi dia yang buat aku jadi begini.

Luka dan kenangan tak mampu diasingkan. Saya ingatkan saya dah bebas sepenuhnya dari hidup awak. Rupanya, saya masih dirantai dengan memori lama.

Cuma sekali... Tak boleh ke saya rasa bahagia? Cukuplah tu menyeksa hati saya, Ezairy.

Telefon bimbit aku berdering.

Terpapar nama Mak di talian.

"Hello. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam. Elin... Dah sampai sana?"

Aku mengesat air jernih di pelupuk mata.

"Dah. Lewat petang tadi."

Aku cuba mengawal suara. Elin nak balik, Mak.

"Zairy ada call Mak tadi. Dia kata Elin nampak penat."

Iya. Aku penat. Penat dengan semua ini.

"Elin... Kenapa ni, nak?"

Mak terdengar hembusan hingus aku.

"Sini sejuk sikit. Macam nak demam ni."

"Rehat. Tidur awal. Makan ubat. Nanti apa-apa bagitahu Mak. Zairy boleh jaga Elin dengan baik. Mak percayakan dia."

Jangan terlalu percayakan dia. Dah berkali dia buat hati Elin hancur berderai.

"Okaylah. Elin nak bersihkan diri kejap. Pastu ada kerja sikit. Goodnight. Esok kita sembang lagi. Bye. Assalamualaikum."

Setelah berbalas salam, aku mematikan talian.

Aku kena banyak bersabar. Lusa nak balik dah.

Mata dipejamkan seketika. Nanti kejap lagi aku sambung buat kerja yang diberikan.

Pagi ni aku bangun awal. Tersedar jam 3 pagi. Terus aku lakukan solat Tahajud. Setelah berjaya menyiapkan semua task, aku ke balkoni.

Memandang langit yang gelap membukat. Aku terpandangkan bilik Ezairy yang terang benderang.

Dia tak tidur ke?

Aku mendengar sayup-sayup suara alunan seseorang sedang mengaji.

Aku menyandarkan diri di tepi dinding.

Suara Ezairy. Merdu. Pertama kali mendengar dia mengalunkan bacaan suci Al-Quran.

Hati aku jadi sayu.

Kejamkah aku melayannya begini? Kejamkah aku meninggalkan dia dulu?

Hati saya luka. Tapi saya harap hati saya akan sembuh. Hanya awak je yang boleh menyembuhkan.

Aku melangkah masuk semula. Duduk di birai katil.

Hati aku mula rasa sesuatu. Rasa rindu.

Aku mahu bertemu seseorang. Dia yang sangat rapat. Sahabat baik aku. Laila.

Telefon bimbit dicapai. Lantas, menghantar pesanan ringkas kepadanya.

+ I'm back. Wanna see you soon. - Elin

Laila... Aku perlukan kau di saat ini.

Sudah lama tidak bertemu Laila. Dia sudah mendirikan rumahtangga. Sudah mempunyai 2 orang cahaya mata.

Tak sabar ingin bertemu dengan Laila.

Mungkin aku perlu jauhkan diri daripada Ezairy seketika.

Beberapa minit kemudian... Laila membalas.

- Hi Elin. Aku rindukan kau. Kau balik Jepun? - Laila

Yes, Laila. Aku pulang ke lembah kenangan. Kenangan yang menghantui.

+ See you this morning. Kat tepi sungai yang kita biasa lepak. Miss you, Laila...

- Oraite, Elin. :)

Tuala dicapai. Melangkah ke bilik mandi. Mahu menunaikan solat dan bersiap.

Kot labuh berwarna Beige dipadankan dengan seluar slack hitam. Penampilan aku agak simple hari ini. Lagipun, yang nak menghadap meeting adalah Ezairy. Bukan aku.

Bibir menguntum senyuman.

Aku tahu arah tuju nak ke mana hari ini. Tempat kesukaan. Rindu untuk meluahkan rasa. Sakura yang dulunya hangat kini makin dingin. Seperti hati aku yang rasa kehampaan.

Rambut ku sisir rapi. Lurus seperti di dalam iklan Pantene.

Telefon bimbit berbunyi. Pasti Ezairy yang menganggu angan aku.

"Hello."

"Elin dah bersiap?"

Suaranya agak manis di pendengaran telinga.

"Yes."

"Jumpa saya dekat lobi within 3 minutes."

Tengok... Selamba badak je mengarah aku itu ini.

Biji mata dijulingkan biarpun dia tidak nampak.

"Yes."

Malas nak membantah.

Beg tangan aku capai. Menutup pintu bilik dan bergegas turun ke lobi.

Apa jadi kalau aku lambat turun? Lif ni lembap la pulak.

Setiba aku di lobi, dia kulihat sedang duduk tenang di sofa sambil menyilangkan kaki. Aura Ezairy masih bersisa. Cuma sekarang semakin menyerlah auranya.

Itu penyebab aku jatuh cinta padanya.

"Ehem..."

Aku berdehem sedikit. Menganggu lamunannya.

Wajah dia masih tenang.

"Late. 5 minutes."

Dia mengetuk jam di tangannya.

"Sorry la, Tuan. Lif lambat tadi."

Bukan aku sorang yang menghuni hotel ini.

"Alasan."

Dia dah mula dah.

"Jom temankan saya breakfast dekat coffee house."

Ala... Tak syok la makan kat cafe sini. Aku nak pergi tempat lain.

"Tuan pergilah. Saya breakfast nanti je."

Aku melabuhkan punggung.

"Elina Nurin!"

"Come."

Aku menggeleng.

"Nanti lepas hantar tuan ke company tu, baru saya pergi breakfast."

Sebolehnya aku mahu mengelak dari berduaan dengannya.

"Planning nak makan mana?

Aku garu kepala. Ish sibuk jela.

"Ada la."

"Kalau taknak temankan saya makan, saya pun malas nak makan la."

Ya ampun. Ngok ngek je dia ni. Mengada.

"Okay. Silakan berbuat begitu."

Kisah pulak aku dengan kau.

"But, I'm hungry."

Dia mengurut sedikit perutnya.

"Saya meeting tiga jam. Nanti mesti lapar."

"Masa meeting kan dihidangkan makanan."

Aku membalas acuh tak acuh.

Nak makan pergi jela. Dah kenapa aku kena temankan.

Dia membuat wajah menagih simpati.

"Elin..."

Haish. Bencinya. Bencinya. Asyik kena ikut cakap dia je.

"Yela. Yela. Jom. Saya temankan je."

Dia kembali berdiri. Sebelah matanya dikenyitkan.

"Yeay. Thank you."

Aku membuntuti langkahnya dengan separuh hati. Hati terasa sebal.

Aku menurunkan dia di main entrance syarikat Hotazumi.

"Ni thumb drive yang di dalamnya ada video background company kita dan juga PowerPoint as your wish. Nanti dah selesai meeting, saya jemput."

Aku menghulurkan padanya.

Dia hanya mengangguk. Pintu kereta ditolak.

"Tuan Ezairy..."

Dia menoleh.

Kami bertatapan seketika.

"Good luck. Saya doakan kita dapat yakinkan pihak mereka untuk melabur dalam company kita."

Aku cuba memberi semangat padanya.

Dah kenapa mood aku hari ini jadi baik? Secerah awan di langit.

"Ganbatte."

Dia senyum. Senyuman yang sukar aku tafsir.

"Thank you, sayang."

Tiga patah perkataan je tapi pipi aku mulai merah.

"I want more."

Kening ku jongket. Kurang faham.

"Kiss good luck."

Hmm. Ni yang aku malas nak layan ni.

"Dah lambat. Go."

"Okay. Balik nanti saya tuntut."

Gila.

Gila.

Dan gila.

Hati aku mulai tersenyum riang. Kembang seperti Sakura yang makin memekar.

Dia keluar dari kereta.

Sekali lagi aku tahan debaran. Elina, Jangan dikutip semula Sakura yang gugur. Kawal hati tu, Elina.

Berkali-kali aku cuba mengingatkan diri sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience