Bab 12

Romance Series 93289

2013. Hitotsubashi University Business School, Jepun.

"Ezairy. Ezairy."

Aku melaung namanya dari belakang. Penat mengejarnya dari jauh.

Dia berhenti. Memandang aku pelik.

"What do you want?"

Aku senyum memandang dia. Comelnya.

"Saya nak pulangkan buku nota awak masa dalam kelas Corporate Strategy tadi."

Aku menghulurkan buku nota miliknya.

"Hmmm."

Nak cakap ke tak cakap eh? Aku masih teragak mahu berkata sesuatu padanya atau tidak.

"Apa lagi?"

Dia ni... Jarang senyum. Beruntung siapa dapat tengok senyuman dia 24 jam.

"Err..."

"Wei, Zairy!"

Datang pula kawannya menghampiri.

Kacau daun jela. Dahlah susah aku nak menghadap muka mamat ni.

"Hai..."

Kawannya tadi menyapa aku.

"Elina, right?"

Aku cuma mengangguk.

"So cute."

Bukan pujian itu yang aku nak dengar. Lainlah kalau Ezairy yang memuji. Barulah hati aku berbunga bunga seperti Sakura yang lebat.

"By the way, you sama batch dengan kitorang kan?"

Aku menggeleng.

"Eh, takla. Saya ambil a few subject yang sama je."

"Oh, I see. Patutlah jarang nampak muka you."

Hmmm. Aku nak berborak dengan Ezairy. Bukan kawan dia.

"Apa yang kau nak cakap tadi?"

Ezairy bersuara. Memandang aku tajam. Aku meneguk air liur. Garangnya.

"Hmm takde papela. Nanti jela. Bye, Ezairy. Bye, awak."

Aku mengundurkan diri mahu berlalu pergi.

Sejurus aku melangkah, aku cuba mencuri dengar perbualan mereka.

"Is that Elina Nurin?"

Kawannya mula bertanya macam-macam?

"Aah."

Sepatah saja Ezairy menjawab.

"Aku tak sangka dia ayu, comel macam tu. Dengan baju kurung bunga-bunga. Macam baru bertemu dengan angel."

"Angel apanya kau ni? She's not my taste."

Aku tahu. Dia takkan pandang aku. Tadi pun tengok aku dari ekor mata. Memandang aku dengan beku sekali.

"Kau ni... Rugi la. Ada orang kejar. Kau buat derk."

"I'm not interested."

"Sekarang bolehlah kau cakap. Nanti suatu hari kau jatuh cinta dekat dia, baru padan muka kau, bro. Masa tu mungkin hati dia bukan milik kau."

"Dahlah kau tak payah cakap pasal hati. Pasal cinta boleh tak? Rimas la."

Ezairy membetulkan beg sandangnya.

Aku melangkah perlahan. Mahu mendengar lagi butir bicaranya yang makin kejauhan.

"Aku nampak dia macam sukakan kau je. Hati-hati. Jangan sampai dia terluka."

"Dia yang datang dari ceruk mana. Hati aku masih pada Aisyah."

"Kau ni loser. Aisyah sendiri tak hairan kau lagi. Lupakan Aisyah. Kenangan manis kau dengan Aisyah patut berlalu. Tapi, kalau kau sendiri tak bagi hati kau peluang dan ruang, kau memang loser."

"Just say whatever you want. Aku takkan berpaling dari Aisyah."

Aisyah? Siapa Aisyah?

Patutlah... Ezairy takkan pandang aku sampai bila-bila.

Aku memandang pokok Sakura di sekeliling laluan pejalan kaki.

Sakura ini, walaupun berbunga lebat. Suatu hari, dia akan gugur dan layu.

Takpela, Ezairy. Saya tetap cintakan awak. Dari hari pertama mata kita bertentang, saya tahu awak takkan jadi kepunyaan saya.

Dan aku melangkah dengan hati yang sarat jauh meninggalkan mereka.

"Elin... Elin..."

Suara seseorang mematikan lamunan aku.

Rose melambai tangannya di depan wajah aku.

"Akak tengok Elin ni asyik termenung je. Ada masalah ke?"

Masalah? Ada kak. Masalah Elin adalah dia. Dia dah transferkan kemurungan dia pada Elin. Dulu, aku selalu lihat dia termenung. Sekarang, penyakit termenung dia dah berjangkit pada aku.

"Takde apa. Elin okay."

Aku mengacau air kopi di dalam mug. Kopi kesukaan dia.

"Tuan Ezairy ada cakap apa-apa tak dekat Elin?"

Cakap apa? Dia mana nak bagitahu aku apa-apa.

Aku menggeleng laju.

Rose mengeluh.

"Tuan tu kadang-kadang tunjuk berani je depan Elin. Banyak sangat dia pendamkan."

Apa maksud Kak Rose?

"Elin tahu tak... Dia masih tak kahwin kerana seseorang."

Tak perlu bagitahu aku. Aku sudah tahu jawapannya. Kerana Aisyah. Ezairy amat mencintai Aisyah.

"Oh..."

Hanya itu yang aku mampu jawab.

"Dan... Orang itu adalah..."

"Ehem."

Seseorang berdehem. Ezairy menyandar di balik tiang pintu.

"Rose, dah siapkan dokumen yang saya minta?"

Rose menunduk.

"Sorry, Tuan. Saya pergi siapkan sekarang."

Ezairy memandang beku wajah Kak Rose yang meminta diri berlalu.

Dia memandang aku. Aku memandang dia.

Krik krik.

"Tuan nak air?"

Aku menghulurkan mug. Dia menggeleng.

"Bawak masuk ke dalam bilik saya."

Macam tu la perangai dia. Kejap saya. Kejap aku. Sungguh tak paham angin dia ni.

"Okay."

Jawabku hanya sepatah.

Aku mengekori langkahnya.

"Esok petang ikut saya pergi kursus tiga hari."

Aku yang baru meletakkan mug ke atas mejanya terus terkedu.

"Pergi mana?"

Dia senyum nakal.

"Ada la."

Mana boleh rahsia. Aku berhak tahu. Nanti dia bawak aku lari macam mana? Bukan boleh percaya dia ni. Dendam dia pada aku masih belum terlunas.

"Taknaklah. Saya dah janji dengan Mak. Esok Jumaat. Saya nak celebrate birthday Mak."

Dia memutar pen sambil merengus tajam.

"Kita sambut birthday Mak harini."

Eh. Tu Mak aku. Bukan Mak kau.

"Soal hidup saya takde kaitan dengan Tuan Ezairy."

Aku menjawab tegas.

"Ada."

Haih. Susah la bercakap dengan orang terlebih bijak ni. Suka sangat manipulasi semua ayat aku.

"Tengoklah macam mana. Kalau saya rajin nak ikut."

Aku kembali ke tempat duduk.

Mengingati perkara lalu sama saja seperti membangkitkan luka yang sepatutnya sudah pulih.

Aku menekan tetikus laju. Menghilangkan debaran di hati.

Pergi kursus dengan dia? Taknaklah.

Aku bertahan menghadap dia pun sebab kena berlagak jadi professional. Sedangkan pada hakikatnya... Tuhan saja yang tahu.

Aku mengerling dia. Dia masih merenung aku.

Apa yang ada dalam fikiran awak sebenarnya, Ezairy? Kenapa baru sekarang mahu kembalikan Sakura dalam hati saya?

Dan aku... Kenapa masih pertikaikan takdir?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience