Bab 3

Romance Series 93289

Terasa ada tangan menjalar di wajah. Aku membuka mata.

Aku masih di dalam biliknya.

Ezairy merenung aku tajam.

"Tuan."

Tekak aku terasa kering.

"Saya nak air boleh?"

Dia menghulurkan segelas air. Aku meneguk dengan rakus.

"Terima kasih."

Aku senyum nipis.

"Elin, kaki kau berdarah teruk."

Aku memandang ibu jari kanan yang berbalut.

"Kalau kau nak cuti, aku bagi izin kau balik rumah."

"Saya kena susun semula fail Tuan."

Dengan kaki yang terjengket, aku kembali menyambung susun. Aku taknak nampak lemah di depan mata dia.

Ezairy hanya memerhatikan perlakuan aku.

"Rose!"

Terkedek-kedek Rose datang.

"Mulai hari ini, bawa masuk meja Elin ke dalam bilik saya. Dia kena duduk menghadap saya sepanjang office hour."

Ezairy benar-benar kawal hidup aku.

"Baik, Tuan."

Aku memohon simpati daripada Kak Rose. Mengharap Kak Rose pertahankan aku. Tapi, arahan Ezairy tidak boleh diingkari.

"Elin... Lepasni, kau takkan ke mana-mana. Kau akan sentiasa di depan aku. Selama lapan jam."

Aku seperti sedang dijatuhkan hukuman. Ezairy, kenapa kau macam ni?

Mak... Elin cuba dengar kata Mak. Cuba hadap dia.

Aku terpaksa akur.

Aku menyeret kaki ke perhentian bas. Kereta masih di bengkel. Terpaksa menaiki teksi ke tempat kerja sementara kereta dibaiki.

Hari makin senja. Aku memegang hujung kain baju kurung bercorak bunga Sakura. Hari-hari aku memilih untuk memakai baju bermotifkan flora. Baru rasa bersemangat nak pergi kerja.

Lambatnya bas. Hari dah nak malam. Naik grab jela.

Belum sempat aku menempah grab, sebuah kereta berhenti di depan aku.

Ezairy keluar dari kereta.

"Elin! Jom, aku hantar balik."

"Takpela. Saya balik sendiri."

Aku rasa segan nak berduaan dengan dia.

"Elin..."

Dia datang menghampiri. Suaranya dikendurkan.

"Jom."

Arahan Ezairy masih seperti dahulu. Dia menghulurkan tangan.

Aku tidak sesekali menyambutnya. Dia membukakan pintu kereta.

Aku duduk di sebelahnya. Sama seperti kejadian lima tahun lalu. Wanginya kereta dia. Bau bunga sakura.

"Rumah Elin kat mana?"

"Subang Jaya."

Dia memandu dengan tenang.

"Mak sihat?"

Aku menoleh ke arahnya.

"Sihat."

"Saya nak jumpa mak awak."

Aku memandang wajahnya lama.

"Kenapa?"

Pelik. Untuk apa?

"Saya dah buat awak tercedera hari ini. Saya minta maaf."

Lembut saja suara dia. Aku suka dia berlembut begini.

"Salah saya. Saya patut terima hukuman."

Dia hanya diam. Dan kami mula membisu sepanjang perjalanan.

Ezairy menghantar aku sehingga di depan rumah. Siap bukakan pintu kereta untuk aku.

Pelik. Kadang-kadang aku kurang faham dengan sikap Ezairy. Ada masa jadi baik hati. Ada masa jadi bengis.

"Saya nak jumpa mak awak."

Nada suara dia pun dikendurkan. Takde pulak tengking aku macam dalam ofis.

"Assalamualaikum. Mak..."

Aku mengerling dia.

"Elin..."

Mak muncul di muka pintu. Aku menyalami tangan mak.

Mak memandang kami berdua.

"Mak, dia la bos Elin. Tadi Elin jatuh. Tuan Ezairy tolong hantarkan balik."

Aku sempat berbohong. Aku taknak mak salahkan dia.

"Makcik apa khabar?"

Mak senyum melebar.

"Alhamdulillah. Sihat."

"Saya dah buat Elin tercedera hari ini. Maafkan saya makcik."

Reti pulak minta maaf. Selalu tahu nak sakitkan hati aku je.

"Makcik, boleh tak saya nak berbual dengan makcik berdua sahaja?"

Aku menjeling dia. Dah kenapa pulak?

Mak memandang aku. Aku beri isyarat jangan.

Wajah Ezairy seperti mengharap.

"Okay. Jom masuk ke dalam rumah makcik dulu."

Mak siap jemput dia masuk.

Eeiii, bencinya. Dia senyum ceria.

"Elin, buatkan air untuk Ezairy."

Penatlah. Kat ofis kena buat untuk dia, kat rumah aku pun kena buat.

Elok letak racun tikus je.

"Elin!"

Suara Mak seakan semacam. Mak memang hormatkan tetamu.

"Hmm yela."

Aku berlalu ke dapur.

"Takpe, makcik. Saya datang nak berbual kejap je."

Aku cuba mencuri dengar apa yang mereka sembangkan. Namun, makin tak dengar isi perbualan mereka.

Kenapa bercakap suara kena slow?

Aku menatang secawan kopi panas untuk dia.

"Nah, Tuan Ezairy. Minumlah."

Sengaja aku tekankan perkataan Tuan di depan Mak. Dia ni bukan teman lelaki aku lagi.

Terseksa jiwa raga aku ketika berhubungan dengannya.

"Saya harap makcik faham apa yang kita bincangkan tadi."

Bincang apa?

Aku mengerling wajah Mak. Mak cuma tersenyum.

Dia menyisip air kopi yang aku buat.

"Okaylah. Saya gerak dulu. Assalamualaikum, Makcik."

Amboi. Bukan main bersopan santun di depan Mak aku.

Fake.

"Hati-hati balik tu, Zairy."

Aku menghantar dia dengan pandangan ekor mata.

"Kita jumpa esok, Elin."

Aku tidak membalas kata-kata dia.

Mak masih tidak berhenti senyum.

"Dia bincang apa tadi?"

"Ada la."

Mak jawab ringkas.

Eh, kenapa nak berahsia pulak? Curiga aku jadinya.

Ezairy ni bukan boleh percaya sangat. Entah apa yang dia cakapkan sampai Mak tak berhenti senyum.

Apapun yang jadi, aku takkan letakkan dia dalam hati aku lagi. Serik.

I hate you, Ezairy Akiyoshi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience