Bab 27

Romance Series 93289

Terkebil-kebil mata aku memandang sejambak bunga Mawar merah yang sedang terletak elok bertenggek di atas meja.

Aku baru je tinggalkan meja dalam masa 6 minit sebab nak photocopy minit mesyuarat yang lalu dan prepare beberapa modul untuk meeting esok.

Tup-tup ada sejambak bunga Mawar di atas meja.

"Untuk Elin."

"Apa ni, kak?"

Aku membelek. Tiada sebarang nota pun.

"It's a beautiful flower. Just like you."

Kak Rose sudah tersenyum simpul.

"Mana akak tahu untuk saya? Jangan-jangan untuk orang lain tak."

"Confirm untuk Elin. Sebab runner bunga tu sendiri sebut nama Elin."

Pelik.

Kak Rose senyum meleret.

"Ambik jela. Memang untuk Elin pun. Tu la kan akak da cakap, harini Elin gorgeous sangat. Untunglah dapat bunga."

Mawar merah. Lambang cinta sejati.

Takkanlah Ezairy yang bagi?

"Tapi... Saya taknak la."

Jangan-jangan Abang Irham yang bagi tak, tapi bukannya dia tahu aku kerja di mana.

"Ish, Elin ni. Orang dah bagi, suka tolak tuah."

Alah. Setakat bunga sejambak, nak ambik hati aku konon. Hmm.

"Yela. Saya ambik."

Aku malas nak argue.

"Okay. Akak nak siapkan task yang melambak tu."

Aku mengangguk.

Meja kosong di depan mata aku pandang. Ezairy tiada di pejabat. Keluar jumpa client.

Ingatan aku terarah kepada perkara penting yang aku kena setelkan. Janji aku dengan Mama Hana.

Macam mana aku nak bagitahu Ezairy, tentang lamaran tu?

Sekuntum mawar merah aku keluarkan dan hidu. Wangi.

Elina dan bunga tak dapat dipisahkan.

"Cik Elina..."

Ezairy melintasi meja aku.

Mata kami bertatapan.

"Malam ni saya nak ajak awak dinner sama."

Aku berfikir sejenak.

Kenapa ye aku jadi malu-malu kucing bila pandang dia? Selama kitorang kat Jepun, aku berani je.

"Err... Saya macam tak boleh la."

Apa aku nak bagi alasan ye?

Dia mengecilkan anak mata. Pelik melihat aku gelabah semacam.

"Ada hal ke?"

Pertanyaannya tidak dapat aku jawab.

"Elin..."

Aku garu kepala.

"Awak ni okay ke tak?"

Dia melekapkan tangan ke dahi aku.

"Tak panas pun."

Mata dia terpaku ke arah sejambak bunga.

"Cantik bunga. Ada peminat misteri ke?"

Aku menjongket bahu.

"So, macam mana?"

"Okay kot."

Aku tak tahu la apa yang aku fikir sebenarnya. Berkecamuk.

"Where flowers bloom, so does hope."

Dia senyum sambil menghulurkan sekuntum mawar merah tadi kepada aku.

"I hope you like it."

"Awak ke yang kirim bunga ni?"

Spontan aku bertanya. Dari cara macam dia pemilik bunga sebenar.

Dia diam tapi senyum meleret.

"Awak cantik hari ni, Elin. Orang yang cantik dan manis macam awak patut senyum macam bunga ni."

Bunga senyum? Tak pernah aku dengar.

"Tuan ni kuat berilusi. Mana ada bunga senyum."

Aku senyum sambil mengangkat kening.

Dia memeluk tubuh.

"Ada."

"Orang depan saya ni sedang tersenyum manis. Maka bunga turut tersenyum sama."

Nasib baik sekarang kami dalam pejabat, kalau tak siaplah dia aku cubit.

"Elin... Malam ni tau. Jangan lupa. Jangan menonong balik. Tunggu saya sampai habis meeting."

Aku angguk.

"Saya bawa Rose temankan saya. Kalau ada orang cari saya, coverkan tempat Rose."

Aku angguk lagi.

Minggu ni dia agak busy sikit. Ada dua projek masuk dan meeting sana sini.

Ezairy sangat komited dengan kerja. Yela, Ezairy Holdings hasil titik peluh dia.

"Take care. Jangan nakal-nakal tau."

Dia sempat mengenyit mata dan berlalu pergi tinggalkan aku keseorangan sekali lagi.

Aku mengetuk jari jemari di atas meja. Jarum jam sudah menginjak ke angka 7.20.

Mana Zairy ni? Jadi ke tak nak keluar? Kalau tak jadi sekalipun, at least reply la WhatsApp aku.

Ramai dah pulang. Tinggal aku sorang je. Dahlah aku ni penakut. Di luar pula hujan lebat.

Aku bangun. Menghampiri meja Ezairy. Tak tahu nak buat apa dah. Semua fail aku dah semak. Meja dia pun aku dah kemaskan.

Aku merebahkan punggung di kerusi putar milik dia. Selamba saja duduk tanpa kebenaran.

Kalau dia nampak aku berlenggang kangkung macam ni, agaknya dia marah tak?

Aku tenung frame di atas meja. Wajah Mama Hana tersenyum manis.

Aku mencapai tetikus di meja. Niat di hati mahu shut down PC dia.

Mode sleep terus off. Skrin kembali terang. Gambar di screensaver di PC buat aku tergamam.

Jadi, betul la apa yang aku rasakan selama ni?

Bukan gambar Mama Hana. Bukan gambar aku. Tapi gambar Aisyah dan dia. Berdua.

Aku memang tak pernah sentuh PC dia selama ni. Sebab dia tak izinkan. Tak sangka yang dia tak letak password.

Ezairy game hati aku.

Dia tak pernah berhenti cintakan Aisyah. Jadi, apa makna bunga tu semua? Jepun?

Aku memejamkan mata. Tahan perasaan.

"Elin!"

Suara dia buatkan aku tersedar. Dia berada di muka pintu.

"Sorry. Saya lambat balik sebab meeting habis lambat. Lepastu, jalan jammed teruk. Tak sempat nak reply WhatsApp awak."

Dia menantikan jawapan daripada aku.

"What are you doing there?"

Dia masih tercegat di tepi meja aku. Matanya dikecilkan.

Aku terus bangun dari tempat duduk. Mula gelabah bila dia menghampiri.

Aku takut dia marah sebab duduk kat kerusi dia.

"So... Sorry. Saya kemas meja ni tadi."

Dia memandang aku pelik.

Baru saja aku mahu melangkah ke meja aku. Tangan aku ditarik.

"Tu apa?"

"Hah?"

Dia mengesat air mata aku.

"Ada apa dengan air mata tu?"

Air mata? Aku sendiri tak sedar aku menitiskan air mata.

Cepat-cepat aku menggeleng.

"Meja awak banyak habuk."

Kelopak mata aku gosok.

Dia menarik bahu aku supaya memandang wajahnya dengan tepat.

"Jangan tipu."

"Tipu apanya."

Aku buat macam tiada apa yang berlaku.

Dia memandang ke arah PC nya. Matanya menangkap sesuatu. Seketika, terdengar keluhan dia yang agak perlahan.

"You saw it, right?"

Aku tunduk.

"Hey, I'm talking to you."

Dia memegang dagu aku.

"Elin, it's not what you think."

What I am thinking? He can't forget Aisyah.

Kalau betul dia dah mula sayangkan aku, pasti gambar aku yang menghiasi skrin PC dia.

"Takpe. Saya faham."

Aku tahan suara kecewa.

"Saya nak pergi surau wanita kejap. Nak maghrib dulu. Jadi tak kita nak pergi dinner malam ni?"

Dia menggapai tangan aku. Lalu dia cium perlahan.

"Saya harap awak tak fikir bukan-bukan, Elin. Saya dah plan dinner kita malam ni."

Dia cuba pujuk hati aku supaya terus percayakan dia ke?

"Okay."

Aku cuba memaniskan wajah.

"Saya tunggu awak kat lobi ye lepas solat."

Laju kaki aku ke meja, dan mencapai beg tangan. Tak sabar nak tinggalkan bilik. Aku taknak beremosi di depan dia.

"Elin, kita pergi surau sama-sama. Kejap."

Aku masih membelakangi dia.

"Jom."

Tangan aku ditarik dan digenggam. Hanya mengikuti tanpa bersuara apa-apa. Terasa kesejukan di tangan dia.

Kami melangkah keluar dari perkarangan pejabat dan menuju ke surau di tingkat 8. Aku tidak mahu terlewat menunaikan solat maghrib.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience