Bab 31

Romance Series 93289

Pagi ini... Wajah aku kurang bermaya. Serabut fikirkan Abang Irham. Hati aku kurang enak.

"Apa yang Abang Irham nak?"

Aku menyoal mak yang sedang mengelap permukaan tabletop. Tangan aku menyuap bihun goreng ke dalam mulut.

"Takde apa. Dia datang melawat Mak. Kirim kain pasang. Tanya pasal Elin. Itu je."

Aku mengecilkan mata. Mak ni macam berahsia pulak dengan aku.

"Apa yang dia tanya?"

"Tanya pasal kamu la. Bila nak kahwin, ada boyfriend ke belum."

Jerk.

Kan dia dah tahu aku dengan Ezairy. Kenapa datang sini masih lagi nak tanya perkara yang sama?

"Mak tak payah layan la Abang Irham tu. Sebelum ni takde pun nak datang sini, lepas terserempak haritu baru nak tunjuk muka. Nak ambil hati siapa sebenarnya?"

Menyampah. Meluat.

"Dah dia datang tanya khabar, takkanlah Mak nak halau."

Mak mengeluh.

Hah itulah Mak. Suka sangat layan tetamu.

"Lepasni kalau dia datang, Mak jangan jemput dia masuk ke dalam rumah. Dia tu pelik la, Mak. Lepas Elin tolak pinangan dia, mana ada dia nak muncul depan kita. Tup-tup terjengul tiba-tiba. Ada udang di sebalik mee."

Aku membebel geram.

"Ya Allah, Elin. Janganlah fikir yang bukan-bukan. Dia takde niat buruk pun."

Mak masih menangkan dia. Menantu pilihan yang tak jadi.

"Elin tak suka."

Aku sudah selesai makan. Pinggan aku bawa ke singki untuk cuci.

"Dan apa saja pemberian dia, Elin taknak."

Aku menghadap Mak.

"Elin ada benda nak bincang dengan Mak. Tapi rasanya macam tak sempat nak cakap sekarang. Tunggu Elin balik baru kita bincang."

Bunyi hon kereta di luar rumah.

"Zairy dah sampai. Elin pergi kerja dulu ye."

Aku menyalami tangan Mak seperti biasa. Wajah tua Mak tak seceria seperti sebelum ni.

Hati aku berat mengatakan yang Abang Irham sudah meracuni fikiran Mak.

Mak hanya memerhati langkah aku menghilang.

Aku masuk ke dalam kereta dengan wajah yang masam.

Ezairy senyum.

"Morning, sayang."

"Morning."

Aku memandangnya sekilas.

"Kenapa ni? Masam je muka tu."

Huh. Pasal Abang Irham la siapa lagi. Mak tu pun pandang aku semacam je. Macam aku buat kesalahan besar.

"Nothing."

"Bad mood eh? Period?"

Aku menjeling kasar.

Dia sengih. Lantas, mengambil sesuatu di kerusi belakang.

"For you, sweetie."

Sekuntum mawar merah dihulurkan. Ezairy pandai ambil hati aku.

Aku mencuit dagu dia. Nakal.

"Bestnye jadi Elina Nurin, hari-hari dapat bunga."

Sengaja aku memerli diri sendiri.

"Nanti lepas kita kahwin, hari-hari kita boleh tanam bunga."

Eleh. Setakat cakap buat apa, buktikanlah.

"Mood dah okay?"

Aku mengangguk.

"Jom. Let's go to work."

Laju kereta meluncur pergi menuju ke destinasi.

Aku jalan beriringan dengan Ezairy ke dalam pejabat. Sunyi. Tiada sesiapa lagi di dalamnya. Mungkin mereka masih berkumpul di pantri atau belum tiba lagi.

"Hari ni temankan saya meeting luar. Sebelum lunch kita gerak."

Aku hanya mengangguk tanpa bersoal jawab.

Seperti biasa, aku menyemak fail-fail di atas meja dia. Usai melakukan rutin pagi, aku menuju ke pantri. Mahu membancuh coffee untuk orang kesayangan.

Terdapat beberapa orang di dalamnya. Baru saja aku mahu menyertai mereka, terdengar suara-suara sumbang mengata aku dan Ezairy.

"Wei, korang nak tahu tak, tadi aku nampak Elina datang bersama-sama dengan Tuan Ezairy. Aku syak diorang ni ada hubungan sulit la. Skandal agaknya."

Sally membawang pasal aku dan membuat cerita bukan-bukan.

"Seriuslah. Patut aku tengok diorang ni semacam je. Kau rasa dia tidur rumah Tuan Ezairy ke?"

Zapp. Tuduhan paling berat.

"Entahlah. Diorang ni ada something kot. Kita kan tak pernah tengok Tuan Ezairy jadi angau sebab sorang perempuan. Setahu aku, dulu dia memang cintakan sorang perempuan tu. Siapa namanya eh aku lupa. Aisyah kot."

Aku terus mencuri dengar apa yang diperkatakan mereka.

"Aisyah tu masa silam la. Sekarang ni depan mata dia, Elina. Ala, Elina tu pun cantik. So, tak hairanlah kalau Tuan tu terpikat."

Aku masih menahan sabar. Celaka juga mulut diorang ni kan. Menyakitkan hati betul.

Tanpa berlengah, derap tapak kaki aku masuk selamba ke dalam pantri.

Mereka yang berbisik terus memandang aku. Terkejut. Empunya badan berdiri di depan mereka.

"Ehem."

Aku tidak mempedulikan mereka. Lalu, mengambil mug dan membancuh coffee seperti biasa.

"Hai, Elin. Awal sampai?"

Aku buat-buat tidak dengar.

"Ada makaroni goreng. Come join us, Elin."

Aku senyum mengambil mug yang dibancuh dan duduk bersama mereka.

"I kenyang. Dah breakfast dari rumah."

"Oh. Dengan Tuan Ezairy la tu."

Alisya memandang aku sinis.

"Nope. Mak I masak. Rancak korang sembang. Anyam ketupat ke?"

Aku senyum senget.

"Err... Gosip pagi-pagi buta."

Casey membalas takut-takut.

Eh, tadi seronok mengata aku. Sekarang tergagap pulak.

"Lain kali sembang la pasal daun kari ke, daun kunyit ke. Korang sembang pasal I tak dapat apa pun. Buat tambah dosa je."

Ketiga-tiga mereka terus senyap.

"Dari buat fitnah bukan-bukan, I cuma nak remind Tuan tak suka dirinya diperkatakan. Kalau you guys nak terus kerja di sini, janganlah jatuhkan air muka orang."

Aku bertentang mata Alisya. Dia paling kuat membawang tadi.

"Fyi, kalau nak tahu sangat, Tuan Ezairy tu pernah jadi boyfriend I waktu kami study di Jepun. Dan sekarang, you guys boleh tafsirkan sendiri sedalam mana cinta kami berdua. Assalamuaikum."

Aku bangun dan meninggalkan mereka terpinga-pinga. Sudah lama aku menahan sabar. Disebabkan hari ini aku bad mood, semua yang aku pendam, aku muntahkan.

Aku bengang. Nasib baik aku yang dengar. Kalau Ezairy dengar, terus kena buang agaknya. Buat apa nak simpan orang toxic macam tu.

"Nah."

Aku meletakkan mug di depan dia. Dan terus menuju meja kerja aku.

Ezairy masih memandang aku.

"Lamanya kat pantri."

"Saja dengar gosip liar."

Mata aku memandang skrin PC yang masih belum dihidupkan.

"Siapa yang sebar gosip?"

"Awak bos. Confirm awak boleh agak siapa."

"Ignore je. Tak penting pun."

Hati aku sebal. Diorang tuduh aku tidur dengan Ezairy.

Dia bangun.

"Sayang, janganlah marah."

"Saya nak berhenti kalau macam ni. Tak sanggup nak dengar fitnah."

Aku tidak memandang wajahnya.

"Diorang cakap apa?"

Aku diam.

"Elina... Answer me."

Mata kami bertatapan.

"Diorang cakap saya dengan awak... Tidur satu rumah."

Ezairy meraup wajah. Makin teruk gosip liar tersebar.

"Siapa?"

Aku geleng. Takkanlah aku nak beritahu siapa.

"Tak perlu la tahu siapa makcik bawang tu. Saya taknak awak ambil apa-apa tindakan. Biarkan jela."

Nanti aku dituduh kuat mengadu. Tapi aku dah tak tahan. Hanya disebabkan Ezairy layan aku teruk, diorang kata aku tarik perhatian. Bila Ezairy layan aku seperti sekarang, diorang mengata aku ni menggoda dia. Semua salah di mata diorang.

"Diorang dah melampau. Diorang tak respect Mrs. Ezairy."

Aku terkedu.

Mrs.

Belum kahwin, sudah digelar Mrs.

"Sayang, saya janji hati awak takkan sakit lagi."

Dia memegang kedua tangan aku.

"Awak nak buat apa?"

Dia senyum.

"Adela."

Dia mencuit hidung aku. Saja nak buat hati aku berbunga lagi.

Selesai menemankan Ezairy meeting, aku mengambil angin di balkoni restoran. Dia sedang bersalaman dengan company investor sebelum masing-masing pulang.

Cuaca hari ini agak baik. Cerah.

"Hai, Elina. Tak sangka kita berjumpa di sini."

Aku memandang orang di sebelah aku.

"Masih marahkan Abang?"

Macam mana pulak dia ada kat sini?

"Abang gembira dapat bertemu dengan Elin semula."

Aku memandang Ezairy dari kejauhan. Tak habis lagi ke bersembang tu. Tadi client dia macam dah nak balik.

"Abang nak apa?"

Abang Irham memandang aku tajam menikam.

"Abang nak Elin."

"Dahlah. Move on la."

Aku tak pernah layan Abang Irham lebih.

"No. Kenapa Ezairy boleh? Kenapa Abang tak boleh?"

"Kenapa Abang rasa Abang boleh?"

Soalan berbalas soalan.

"Elin, tak boleh ke terima Abang?"

Sampai sekarang Abang Irham taknak mengalah. Masih mahukan aku.

"Elin tak pernah sukakan Abang. Tolonglah faham. Lagipun, lepas Elin tolak pinangan Abang, takde pun Abang cari Elin."

Aku menyindir dia.

Berubah air muka dia.

"Sampai hati Elin. Kita kenal dah lama kan?"

"Iya. Dari Elin kecil lagi. Tapi Abang tak pernah hormat Elin. Sejak tu, Elin takkan hormatkan Abang."

"Abang minta maaf. Abang takde niat nak buat macam tu. Kalau tu punca Elin reject Abang, memang salah Abang."

Sedar pun.

"Tapi Abang nak tebus salah Abang. Makcik dah tahu hal sebenar."

Wajah aku memerah.

Hal sebenar? Mak dah tahu?

"Tergamak Abang nak malukan Elin depan Mak. Eh apa pun yang jadi, Elin tetap pilih Ezairy. Bukan Abang!"

Suara aku makin meninggi hingga menyentap pandangan Ezairy.

Aku mahu meluru ke arah Ezairy. Abang Irham menarik lengan aku.

"Zairy."

Aku tersepit. Keadaan makin tegang.

Ezairy memeluk pinggang aku.

"Lepaskan. She's mine."

Mereka saling bertatapan tajam.

Sekuat hati aku merentap pegangan Abang Irham.

"Kami dah nak kahwin. Harap Abang Irham tak ganggu kami berdua."

Aku terus menarik lengan Ezairy dan berlalu pergi.

Ah, Irham. Kau memang lelaki paling keji. Aku benci kau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience