Bab 7

Romance Series 93289

Mata masih meneliti bait-bait perkataan yang tertera di atas sekeping kertas.

Ezairy duduk dengan gaya berkarisma di atas kerusi.

Mata aku terbeliak.

Wei, seriuslah. Aku menekup mulut kerana terlalu terkejut.

"Apa semua ni?"

"It's all yours. As you wish."

"Mahu beli jiwa saya dengan duit?"

Murahnya harga diri aku.

"Elina Nurin, terima saja. Saya belikan rumah banglo atas nama awak. Kereta Ferari yang awak idamkan. As I mentioned previously, I can give you everything."

Gila. Dia benar-benar gila.

"Saya tak perlukan semua ni la."

Aku bukan inginkan sangat harta dia. Aku sengaja memberi alasan mahu itu ini. Tapi, aku tak sangka la yang dia akan beri aku semuanya dalam masa yang singkat!

"Habistu apa yang tak cukup lagi?"

Aku taknak semua ni la. Bongok. Kan dah keluar perkataan tak sepatutnya.

Aku memandang dia tak puas hati.

Kertas di tangan aku koyak.

"Saya taknak semua. Dan saya taknak awak. Saya berhenti mulai hari ini, Tuan Ezairy."

Aku meletakkan surat berhenti ke atas mejanya.

Dia ingat dia boleh beli aku dengan duit? Dia silap.

"Koyaklah banyak mana. Masih ada lagi surat original kat tangan saya. Saya boleh copy banyak-banyak."

"Dan surat perletakan jawatan awak, saya takkan terima Elina Nurin."

Dia mendekatkan wajahnya hampir dengan aku.

"You can't run away from me."

Apa yang dah berlalu tu cukuplah. Aku pernah beri dia peluang.

Masa aku minta putus, aku masih mengharap yang dia akan datang cari aku. Pujuk aku.

Tapi, semua tu dia tak pernah buat. Dia biarkan aku pergi tanpa mahu menghalang.

Itukah cinta? Apa yang awak nak tunjuk sebenarnya, Ezairy?

Ego?
Kuasa?

"Saya minta maaf. Saya kena pergi. Terima kasih, Tuan Ezairy. Selamat tinggal. Mulai esok, Tuan cari la pengganti saya. Ada orang boleh jadi setiausaha dan isteri kontrak, Tuan."

Aku keluar macam tu je dari bilik dia.

"Elin!"

"I swear. Awak akan menyesal sebab buat saya macam ni."

Suara Ezairy bergema satu pejabat. Semua mata memandang aku.

Kau yang patut menyesal dari dulu.

Sekali kelopak bunga sakura gugur, ianya akan layu di tanah. Dan aku telah menguisnya jauh.

"Elin..."

Rose menerpa ke arah aku.

"I quit. Sorry kak."

Aku terus berlalu tanpa riak wajah. Tiada penyesalan untuk aku.

Dia tak pernah berubah. Masih punyai ego yang sama seperti dulu.

I can run away. For many times.

Aku jadi panas hati. Melangkah keluar dari bangunan syarikat dia.

Nilai diri aku disamakan dengan wang ringgit. Tempat ni neraka untuk aku. Apa-apa berkaitan dengan dia, semuanya menyakitkan hati.

Sekali lagi Ezairy buatkan aku sedih.

Patutnya 5 tahun lalu lepas putus, aku terima saja pinangan daripada Abang Irham. Dua kali aku tolak pinangan dia. Kalau aku terima Abang Irham, dah lama aku bahagia.

Tapi waktu tu, hati aku tak boleh terima sesiapa. Aku cakap benci di mulut, tapi aku masih cinta.

Ah, sakitnya hati. Kenapa kau tak mati terus je dalam hidup aku, Ezairy?

Menyusahkan betul la.

Aku menapak ke kereta. Belum sempat membuka pintu kereta, tangan aku direntap.

Ezairy.

"Apa awak buat ni?"

"Ambik ni."

Dia menyerahkan kunci kereta pada aku.

Kereta Ferari? Nak bagi aku free walaupun aku tak terima dia?

"Kan saya cakap saya tak perlukan pun."

Aku tak sangka dia kejar aku semata-mata nak paksa aku terima kereta tu.

"Bagi la kat perempuan lain."

"Elin... Kenapa keras sangat hati tu?"

Dia lupa ke yang dia pernah hina aku dulu? Dia kata aku tak berhak wujud dalam hidup dia.

Dia pijak maruah aku sesuka hati.

"Benda dah lepas jangan dikenang."

Aku mencampakkan kunci kereta tu ke atas tanah.

"Elin... Jangan paksa saya buat sesuatu yang saya tak suka."

Dia mencengkam lengan aku.

Aku meneguk air liur. Aku takut dengan baran Ezairy.

Mata kami bertentang. Melihatkan aku diam tidak menjawab, barulah dia melepaskan.

"Apa yang awak berani buat?"

"Anything."

Aku tahu dia sanggup buat apa saja untuk dapatkan aku.

"Hujung minggu ni, rombongan sampai. Saya nak awak terima. Kalau awak tak terima..."

"Kalau tak terima, awak nak bunuh saya?"

Pantas aku menyekat bicara dia.

"Saya akan buat awak menyesal, Elin."

Aku tahu dia serius. Ezairy tak pernah bergurau dengan kata-kata.

"Kita tengoklah macam mana nanti. Tu pun kalau saya masih hidup. Baik saya bunuh diri je."

Aku nak lari dari dia. Tak sanggup nak bersedih lagi.

Aku membuka pintu kereta. Dan berlalu meninggalkan dia.

Sekarang ni aku kena pujuk Mak jangan terima pinangan dia.

Dulu, aku putus kerana Mak juga. Beria mahu aku terima Abang Irham. Dan waktu tu, Mak sedang sakit. Aku terpaksa tangguh belajar untuk menjaga Mak.

Waktu yang berlalu tidak boleh mengembalikan rasa yang ada. Tidak.

"Mak..."

Mak sedang melipat baju di depan televisyen.

Aku melabuhkan punggung ke sofa. Mak pelik melihat aku pulang secara tiba-tiba.

"Awal balik hari ni?"

"Elin dah berhenti."

Mak memandang wajah aku lama.

"Kenapa buat keputusan terburu-buru?"

Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi, Mak.

"Saja."

Mak menghela nafas.

"Nak kerja kat mana? Susah nak cari kerja sekarang ni."

Aku menjongket bahu.

"Mana-mana jela. Asalkan bukan tempat neraka tu. Panas."

"Astaghfirullahalazim. Cuba jangan cakap yang bukan-bukan."

Aku cakap yang bukan-bukan? Ezairy hampir menodai aku satu ketika dulu.

Mak masih menangkan dia ke kalau dapat tahu hal sebenar?

Cerita kami agak complicated, Mak. Elin pernah berharap yang dia sayangkan Elin.

Tapi sekarang, Elin masih tak nampak yang dia sayang Elin. Dia cuma mahu memiliki tanpa menerima diri Elin.

"Elin mohon sangat... Mak jangan terima pinangan dia. Kalau tak, Elin sanggup bunuh diri."

Aku tekad. Nak lari jauh.

"Ya Allah. Kenapa cakap macam tu? Mak nampak dia ikhlas."

Ikhlas apanya. Kahwin kontrak kot.

Nanti lepas dia dapat apa yang dia nak, mungkin dia akan ceraikan aku. Atau gantung aku tak bertali.

Tak hingin aku jadi isteri kontrak.

"Kalau Mak sayang Elin, jangan terima walau apapun yang jadi."

Begitu susah aku nak move on. Kau nak masuk lagi dalam hidup aku macam tu je?

Hentikan, Ezairy. Hentikan sebelum aku membenci kau dengan lebih teruk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience