Bab 26

Romance Series 93289

Mak memandang lama wajah aku yang tak mampu nak sembunyikan senyuman.

"Awal bangun pagi ni, Elin?"

Malam tadi wajah Ezairy menghiasi mimpi aku. Tu yang tidur lena dan bangun awal.

Aku menyuap Sandwich Tuna ke dalam mulut.

"Mimpi dia."

Perlahan aku menjawab. Nasib baik tidak didengari oleh Mak.

Mak duduk di depan aku. Mula mengesyaki sesuatu.

"Elin dengan Ezairy macam mana? Dah jatuh cinta semula?"

Pandai pulak Mak membahas soal perasaan aku.

Bahu diangkat atas bawah.

"Macam tu jela."

"Kamu tu dah 28. Mak ni dah tua. Tak elok anak dara lambat kahwin."

Aku tidak menjawab. Faham. Mak nak suruh aku kahwin cepat-cepat.

"Elin takut nak kahwin."

Aku bimbang. Takut bila aku serahkan hati aku sepenuhnya, Ezairy akan tinggalkan aku suatu hari nanti.

"Apa yang nak ditakutkan? Mak tengok Ezairy tu helok je. Baik. Sopan."

Aku tergelak kecil.

Mak tak kenal Ezairy. Itu cuma luaran. Dalaman dia, Elin sendiri tak boleh nak selami.

Aku menyisip air Teh O suam. Bergegas mahu ke tempat kerja.

"Don't judge a book by it's cover, Mak."

Aku menghulurkan tangan untuk bersalam.

"Baik-baik drive. Ni ada bekal untuk Ezairy."

Mak menyerahkan Tupperware bunga-bunga pada aku.

"Amboi, sayang betul Mak dekat Ezairy."

"Yela. Kesian dia. Pagi-pagi takde orang sediakan sarapan untuk dia."

Aku menjulingkan biji mata. Manja sungguh dengan Mak.

"Patutnya kamu tu yang kena rajin masakkan untuk dia."

Mak mula membebel. Aku mencuit pipi kanan Mak.

"Okay. Assalamualaikum."

"Baik-baik jalan. Kirim salam dekat Zairy."

"Yela."

Aku menyarung kasut. Dan bergegas ke kereta. Jam baru menunjukkan pukul 7.15 pagi. Dari sini ke pejabat, lebih kurang dalam 15 minit.

Kereta mula bergerak pergi meninggalkan perkarangan rumah. Malas nak mengharungi jammed kalau lambat gerak.

Aku membetulkan rambut yang beralun. Pagi ni sempat curling rambut. Saja nak tukar fesyen. Hari ni gaya aku sedikit berbeza. Tidak memakai blouse bercorak flora.

Aku menolak pintu kaca pejabat.

"Morning, Elin."

Beberapa orang staf menyapa aku. Sebaik saja saja aku melintasi meja Kak Rose, aku berhenti melangkah.

Kak Rose tersenyum lebar memandang aku atas bawah.

"Hi Elin. Imej baru?"

Aku cuma tersenyum.

"You look stunning. Gorgeous. For sure Tuan Ezairy akan bertambah sayang kat Elin."

Mengarut. Tengok aku pakai macam ni terus makin sayang?

Aku membetulkan skaf yang melilit di leher.

"Dia dah sampai ke kak?"

Kak Rose mengangguk.

"Ala, saya baru ingat nak tiba lebih awal dari dia."

"Fyi, Tuan Ezairy kebiasaannya tiba pukul 7.15 minit pagi."

Hmm, patutlah. Masa tu aku baru nak gerak dari rumah.

"Lain kali datang pukul 7 pagi. Confirm dia tak sampai lagi."

Aku membisu.

"Akak ada benda nak tanya ni."

Suara Kak Rose mula berbisik. Nak ajak aku bergosip ke?

"Akak tengok Tuan Ezairy tu asyik senyum je. Elin ada mandrem pape ke?"

Dahi aku mula berkerut.

"Kalau saya ni jahat, dah lama saya mandrem dia supaya dia tak ganggu hidup saya."

Suka hati je nak tuduh aku bukan-bukan.

Kak Rose tergelak.

"Akak gurau jela. Akak tahu semuanya sekali pasal Elin dengan Tuan."

Erk. Apa maksud Kak Rose?

"Apa yang akak tahu?"

Soal aku ingin tahu.

"Elina Nurin."

Aku terkejut. Suara dia menyapa. Ezairy betul-betul berdiri di belakang aku.

"Masuk bilik saya sekarang."

Aku masih lagi memandang wajah Kak Rose.

"Now."

"Baik, Tuan."

"And you, Rose. Saya nak fail projek yang saya minta tu atas meja saya kejap lagi. Dalam pukul 8.00."

"Okay, Tuan."

Aku masih lagi tidak memandang wajah dia. Habislah. Kena tangkap bergosip pasal dia. Padahal Kak Rose yang mulakan dulu."

Ezairy berlalu pergi.

Aku menjegilkan biji mata kat Kak Rose.

"Pergilah. Kalau lambat, mengamuk pulak dia. Rindu sangat kat Elin tu."

Hish. Kak Rose ni berani cakap macam tu, kalau orang lain dengar pasti timbul gosip liar.

Aku mengetuk pintu. Sejurus masuk, aku meletakkan beg tangan ke atas meja aku dan melangkah ke meja dia.

"Ye, Tuan."

Mata dia masih meneliti beberapa dokumen di tangan.

Dia mengambil remote control lalu menutup tirai di luar bilik.

Sebaris senyuman meniti di bibir dia.

"You know what?"

Aku menggeleng pantas.

Dia menghampiri aku.

"I miss you so much."

Gulp. Aku meneguk air liur.

"Elin masuk dalam mimpi saya malam tadi."

Eh. Aku pun mimpikan dia jugak. Roh kami benar-benar bertemu ye?

Dia mencuit hidung aku selamba.

"Tuan... Kita kat pejabat. Tak elok..."

Belum sempat aku memberi tazkirah, satu kucupan hinggap di dahi.

Aku terkaku.

"Elin... Sampai bila awak nak seksa hati saya macam ni?"

"Saya seksa apa?"

"Hati saya. Kalau kita kahwin cepat-cepat, saya boleh jaga awak baik-baik."

"Rasanya tak sesuai la nak cakap pasal perkara ni sekarang."

"Tuan, nak coffee ke tea? Saya buatkan sekarang."

Aku cepat-cepat mengubah topik perbualan. Cuba mengawal riak wajah.

Dia mengeluh lemah.

"Coffee."

"Okay. Kejap ye saya buatkan."

Cepat-cepat aku berlari anak keluar dari bilik. Menuju ke pantri. Perut rasa kurang enak.

Hati aku juga sama. Berdegup kencang. Rasanya dah lama aku tak rasa heartbeat sampai macam ni sekali.

Perasaan lama mula datang kembali.

Tiba di pantri, aku termenung di tabletop. Mimpi kami malam tadi bersatu.

Aku tahu aku tak boleh nak mengelak lagi daripada dia.

Aku jatuh cinta semula ke?

Ah, Elin. Kau asyik main tarik tali. Kalau suka cakap suka.

Mana ada aku suka dia.

Kalau tak suka, kenapa kau jadi malu tengok wajah dia? Berdebar?

Taklah. Mungkin aku terkejut.

Kau asyik menafikan. Cinta tu tak salah Elin.

Aku taknak kecewa lagi.

Kalau dia takde dalam hidup kau, mungkin kau lagi kecewa.

Aku tak tahu apa yang aku rasa.

Berhenti menafikan. Mengaku jela kau sayangkan dia.

Tak! Tak!

Lebih baik kau mengaku sebelum Ezairy pergi lagi dari hidup kau. Masa tu nangis air mata darah pun tak berguna dah.

Ah, diamlah. Kau tu cuma kata hati aku yang takkan pernah terluah.

Suka hati kaulah. Aku cuma mengingatkan, jangan tipu diri sendiri, Elin.

"Argh."

"Elina..."

Suzie menepuk bahu aku.

"I tengok wajah you pucat. You sakit ke?"

Aku memandang wajah Suzie.

"I okay. Cuma pening kepala sikit."

Aku memicit dahi. Sebal dengan kata hati sendiri. Susah aku nak berdepan dengan dia bila mendengar suara hati.

"I dengar Tuan bagi you kerja melambak. Betul ke?"

Aku mengangkat muka.

Kan betul, orang pejabat mula membawang pasal kami.

"Takla. I okay je."

Suzie mencapai Mug, membuka plastik Nescafe 3 in 1. Lalu memasukkan serbuk ke dalam Mug sebelum dibancuh dengan air.

"Tuan Ezairy tu jarang nak buli orang. Dia memang serius. Tapi takde siapa yang berani lawan cakap dia. I kagum dengan you, Elin. You berani lawan cakap dia."

Apa benda Suzie merepek ni?

"Kitorang rasa, Tuan Ezairy sukakan you."

Ah sudah. Orang pejabat ni tak boleh tahu tentang aku dan Ezairy. Aku tak suka nak dengar orang mempersoalkan tentang kami.

"Suzie, you tak payahlah buat spekulasi. I malas nak hadap dan fikir apa yang orang katakan."

Aku mencapai Mug dan terus membancuh coffee yang diminta Ezairy.

"Elin, sorry. I tak bermaksud nak cakap yang bukan-bukan. That's from what we observed."

Damn.

"I maafkan you. Tapi tak perlu kot nak pandai-pandai buat conclusion sendiri. I kerja sini nak cari rezeki. Kalau dia suka I sekalipun, itu masalah dia, Suzie."

"I gotta go. Tuan Ezairy tengah tunggu coffee ni."

Terus aku keluar dari pantri. Bukannya aku marahkan Suzie. Aku cuma tidak mahu membahas. Mereka ni tak tahu apa-apa pasal kami.

Perkara yang paling aku benci. Jadi bahan bualan orang ramai.

Aku kembali ke bilik pejabat dia.

"Nah, for you."

Meletakkan Mug dengan berhati-hati.

Dia memandang aku tajam.

"Kenapa muka awak berkerut?"

"Takde apa. Saya pening kepala sikit."

Aku mengelak bertentang mata dengan dia.

"Nak pergi klinik tak?"

Laju aku menggeleng.

"Sikit je. Saya nak sambung buat kerja. Kalau ada apa-apa nak suruh saya buat, bagitahu je."

Baru aku teringat sesuatu. Lantas meletakkan di atas meja dia.

"Mak bekalkan Tuan dengan Sandwich Tuna. Mak kirim salam."

Wajah dia ceria.

"Wah. Thanks, Elin. Tolong ucap terima kasih kat Makcik."

Aku mengangguk. Berlalu ke meja dan duduk di kerusi aku.

Kak Rose masuk membawa fail yang diminta.

"Rose, set up kan meeting saya dengan company ni secepat mungkin."

"Baik, Tuan."

Ezairy mencatat sesuatu di atas kertas.

"Dan tolong saya something."

Rose membaca isi kertas tersebut. Lantas senyum memandang aku dan Ezairy silih berganti.

"Bila Tuan nak?"

"As soon as possible."

"Beres, bos."

Kak Rose senyum meleret semasa melintasi meja aku.

Dia menyisip coffee dan mengunyah Sandwich yang Mak bekalkan.

Aku mencuri pandang wajah dia. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.

Manis.

Senyuman yang sama ketika aku curi pandang melihat dia secara sembunyi suatu masa dahulu.

Entah mengapa, hati aku rasa tenang. Jiwa juga mula berterbangan seperti rama-rama. Bibir aku juga menguntum senyuman tanpa sedar.

Baguslah kalau awak happy, Zairy.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience