Bab 17

Romance Series 93289

Kaki aku menguis dedaun di permukaan tanah. Memandang tompokan tanah yang basah kerana hujan lebat sebentar tadi.

Lepas je aku hantar dia ke tempat meeting diadakan, terus aku membawa diri dan melayan angin dingin di sini. Sejuk. Hembusan angin menyebabkan hidung aku berair. Mafla dibetulkan di leher.

Secawan coffee mampu menghangatkan hati. Biarpun kurang suka minum coffee, namun aroma kopi yang menusuk membuatkan aku teringin untuk membasahkan tekak.

Teringat di saat aku bergelar student di sini, lepas kelas je mesti aku cari duit poket lebih bekerja part time menjadi barista.

Dan yang tukang setia menjemput aku hampir setiap malam lepas tamat waktu bekerja adalah Ezairy.

Kadang-kadang aku pelik dengan sikap Ezairy. Dia tak cintakan aku. Tapi ada masanya melayan aku dengan baik. Wajah yang sentiasa masam mencuka tanpa senyuman.

Kami kerap bergaduh. Disebabkan hal remeh temeh. Ezairy suka memaksa aku temankan dia ke sana ke mari. Aku jadi kurang selesa dengan mata galak rakan-rakannya.

Renungan gatal miang!

Setiap kali aku menolak ajakan dia, dia pasti membuat wajah seperti bunga tahi ayam.

Bukannya aku taknak mengenali diri dia sebenar, tapi aku tak tahu macam mana nak explain yang aku kurang selesa dengan rakan-rakan kelas dia.

"Elin..."

Suara seseorang menerpa. Bukan suara Ezairy.

Seorang perempuan yang memakai shawl berwarna biru sedang berdiri tegak di hadapan aku.

Laila.

Senyuman aku terus melebar. Rindu pada Laila Qaliysa.

"Elin... I miss you so much."

Dia menjerit riang. Seperti kanak-kanak yang keriangan memegang gula kapas.

"Laila... Aku pun rindukan kau."

Tangan didepakan. Kami berdakapan. Memeluk erat. Laila sahabat baik aku. Kami tak pernah lost contact, cuma aku dah kurang meluahkan perasaan aku pada dia.

Aku tidak mahu menyerabutkan Laila dengan masalah aku.

"Kau sihat, Elin?"

Aku mengangguk laju.

"Kenapa aku tengok kau makin kurus?"

Kurus makan hati, Laila.

"Diet."

Laila mencebik bibir.

"Kau masih comel macam dulu. Tapi kau nampak semakin matang, Elin."

Kesedihan aku telah mematangkan apa yang aku lalui. Kau takkan pernah faham, Laila. Aku terpaksa kehilangan orang yang aku cinta.

Dan aku tak sanggup kehilangan dia lagi. Tapi hati... Kenapa sukar untuk mengakui?

Laila melabuhkan punggung di sebelah aku.

"Kau tak berubah, Elin. Sama seperti dulu. Kuat mengelamun."

Aku gelak.

"Aku sama je macam dulu. Cuma yang membezakan adalah hati yang semakin mengeras."

"Kau taknak kahwin ke, Elin?"

Aku terdiam.

Semua orang nak rasa bahagia. Tapi dengan orang yang kita cinta. Sekarang, aku tak tahu hati aku letaknya di mana. Kosong.

"Masih menunggu dia?"

Laila memandang aku dalam-dalam. Sehingga nafas aku jadi tersekat.

"Apa... Apa kau cakap ni?"

Wajah Laila serius.

"Aku maksudkan Ezairy. The only one you love."

Aku pura-pura tersengih.

"Siapa kata aku masih tunggu dia?"

Masih cuba berdalih.

"Jawapan ada pada kata-kata kau sendiri."

Susah bercakap dengan Laila. Aku tahu la dia ni writer. Ada je kata-kata dia buat aku terkaku tak tahu mahu jawab apa.

"Aku dengar Ezairy sekarang ni ada syarikat sendiri."

Wajah aku tidak beriak.

"Dia dah pindah Malaysia tau. Dah tak stay Jepun."

Aku memandang air sungai yang mengalir.

"Elin, kau dengar tak apa aku cakap ni?"

"Dengar."

"Takde respons pun."

Muka Laila tak puas hati.

Kalau aku ceritakan semuanya pada Laila, tak mungkin dia akan percaya. Aku sendiri sukar percaya aku ke mari bersama Ezairy.

Unexpected.

"Sebabnya..."

Aku mengantungkan kata-kata.

"Aku ke mari dengan dia."

Aku senyum sedikit. Agak janggal menyatakan hal itu kepada Laila.

Laila terlopong besar. Matanya membulat.

"Kau... Oh my god."

"You must tell me everything, Elina. Everything."

"Kau dah kahwin dengan dia ke?"

Aku menggeleng laju.

"Then? How come?"

Nafas aku hela. Berat.

"Aku jadi secretary dia. Correction, Tuan Ezairy."

"What?"

Suara Laila menjerit sehingga tiga oktaf.

"You must be crazy!"

Aku menekup mulut dia. Orang lalu lalang asyik memandang kami. Pelik agaknya melihat gelagat kami.

Kecoh la Laila ni.

"Yes. That's true, my dear."

"Aku tak percaya."

Macamlah aku ni kuat menipu.

"Kau nak jumpa dia depan mata ke?"

"Tapi macam mana jadi macam tu? Ya Allah. Kuat betul jodoh kau."

Kuat ke tarikan aku dengan dia?

Aku dah tak percayakan cinta. Lebih-lebih lagi unrequited love. Sakit. Menanggung semuanya dalam hati. Sendirian.

Aku ceritakan semuanya pada Laila. Dari A sampai Z.

Laila senyum.

"Complicated betul hidup kau ni."

Ezairy yang taknak lepaskan aku. Sebab tu aku masih terikat dengan dia.

Ada dua jenis manusia dalam dunia ni.

Satu, sanggup lakukan apa saja untuk dapatkan seseorang.

Dua, melepaskan.

Aku pilih yang kedua. Tapi, Ezairy pilih yang pertama.

Hakikatnya, aku tetap pilihan terakhir dalam hidup dia.

Dia takkan pilih aku selagi Aisyah wujud dalam hidup dia. Cakap pasal Aisyah, hati aku jadi cemburu. Bila Aisyah takde, dia cari aku untuk kurangkan rasa sunyi. Hipokrit.

"Aku takde apa-apa hubungan dengan dia. Aku just bekerja dengan dia. That's all."

Hati mana yang tak sakit bila dapat tahu sebelum aku wujudnya si dia terlebih dahulu. Mengapa Tuhan tak temukan aku lebih awal dengan dia?

Kenyataan yang sangat memeritkan. Bila aku terpaksa kehilangan dia sebelum tiba waktunya.

"Allah dah tunjuk. Macam yang aku kata. Kau tak patut lepaskan peluang ni, Elin."

"Kau nak aku buat apa? Merayu terima aku? Macam perempuan terhegeh?"

"Look. Kau kena tanya dia. Tanya real feelings dia sebenar."

Laila masih memujuk aku.

"Kenapa kita kena bercakap pasal dia? Aku datang jumpa kau, bukan untuk berborak pasal dia."

Aku bangun. Berjalan ke arah jambatan yang jaraknya tidak jauh mana dari tempat duduk.

"Kau masih keras kepala. Degil. Sama seperti dulu."

"Ezairy ajak aku kahwin."

Wajah Laila teruja.

"Apa jawapan kau?"

Aku geleng. Aku tak tahu.

"Takde jawapan."

"Kau ni... Ego."

Semua orang ada ego. Aku tak pasti adakah dia betul-betul sayangkan aku ataupun mahu jadikan aku hak miliknya seperti dulu?

"So, kau kat sini sampai bila?"

Aku menunduk.

"Esok."

"Kejapnya. Stay la lama. Aku dah lama tak keluar berdua dengan kau."

Bibir Laila mula memuncung.

"Aku balik ke sini untuk temankan Ezairy bekerja la. Ikutkan hati, memang nak stay lama kat sini."

Aku memandang wajah Laila lama.

"Rindukan Sakura?"

Aku rindu kenangan aku dan dia. Bersama Sakura.

Baru saja mahu mengambil mood sendu, telefon bimbit berdering.

Ezairy.

Aku tayang nama yang terpapar kepada Laila.

Lambat-lambat aku angkat panggilan dia.

"Hello."

"Where are you now?"

Suaranya tajam.

"Sorry. Saya tengah ambil angin."

"Dengan siapa?"

Nafas pendek aku hela. Suaranya berbaur nada cemburu.

Agaknya dia ingat aku ni datang ke sini menggedik nak cari boyfriend Jepun. Dengan kau pun aku tak larat nak melayan.

"With Laila.

"Laila? Your bff?"

"Yes."

"Meeting saya dah habis. Baru nak ajak temankan lunch."

Aku pandang Laila.

"Tuan nak saya jemput sekarang ke?"

"Elin kat mana? Saya boleh ke sana. If you don't mind, boleh saya join?"

Laila sengih.

"Err tapi..."

Ala, sibuk je. Kenapa pulak Ezairy nak join hari indah aku dengan Laila?

"Elin..."

"Err ya ya. Okay. Saya dekat jambatan yang selalu saya datang lepak tu."

"Okay. Elin tunggu ye. Kejap lagi Zairy datang sana."

"Awak nak datang sini macam mana?"

"It's okay. Saya minta orang hantar ke sana."

Suara Ezairy terus berubah menjadi ceria.

"Bye. Tunggu saya datang tau, sayang."

Dia terus mematikan talian.

Gulp. Sayang?

Laila tersengih sengih. Agaknya dengar kot perbualan aku dan dia.

Wajah aku mula memerah. Pipi terasa hangat.

Entah mengapa kata-kata terakhirnya buat hati aku jadi senang.

Elina Nurin, can you stop jadi perempuan perasan?

Argh. Mungkin Ezairy saja nak bergurau supaya aku tak bersedih kenangkan hal lama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience