Bab 34

Romance Series 93289

Aku memegang pipi yang kemerahan. Lebam. Irham beri penumbuk sebijik. Padu.

Ezairy membuka pintu kereta. Kami singgah sebentar di farmasi.

"Tengok sini pipi tu."

Aku toleh sedikit.

"Kenapa nak jadi heroin tetiba malam ni?"

Aku diam.

"Elina Nurin..."

Aku tahan senyum. Tahan, Elina. Tahan.

Terletus jua ketawa dari bibir yang mungil.

"Tengok tu. Pipi dah lebam sebelah pun, masih nak ketawa macam orang gila."

"Kelakar ingat ayat awak maki dia tadi."

Kau memang jantan tak guna, Irham!

"Apa yang kelakarnya?"

Dia menyembamkan ketulan ais yang dibalut kain ke pipi kanan aku. Biar surut sedikit bengkak.

"Awak tu pun lelaki. Jantan jugak. Kenapa tak back up dia?"

Wajahnya masam.

"Saya tak back up lelaki yang pukul perempuan. Dayus namanya. Memang jantan tak guna."

Over sangat la Ezairy marah.

"Relaks. Saya okay je ni. Pipi je lebam."

"Kenapa Elin buat macam tu tadi?"

"Buat apa?"

Jari aku bermain dengan hujung baju.

"Boleh elak. Tapi tak elak langsung. Kenapa nak lindung saya dari kena tumbuk?"

Aku dah agak. Ezairy pasti dapat tangkap perlakuan aku tadi.

"Saja je."

Dia menekan pipi aku. Ouch.

"Serius sikit boleh tak?"

Aku senyum menunduk.

"Saya takkan biarkan Irham tumbuk muka awak."

Salahkah aku nak lindung orang yang aku cinta?

"Ezairy, orang yang benar-benar kuat adalah orang yang dapat menceritakan lukanya dengan tertawa."

Dia tatap aku tanpa reaksi.

"I'm so worried. But, you smile like nothing happened."

Aku menarik nafas.

"Sampai bila nak biarkan dia cederakan Elin? Itu bukan cinta. Itu gila sebenarnya."

Bukan gila. Psiko sebenarnya.

Aku dah biasa. Ini bukan kali pertama Irham pukul aku.

"Saya pun tak pernah pukul perempuan. Jantan tu dah melampau."

Emosi pulak Ezairy.

"Tak payahlah nak marah. Chill. Lupakan je hal tadi. Saya tak rasa apa. Sakit memang sakit. Tapi benda dah jadi. Saya puas hati bila awak bertindak layangkan penumbuk dekat dia. Rasa dendam saya pada dia selama ini terlunas."

Ezairy diam.

"Awak..."

Dia pulak yang merajuk. Padahal aku yang kena bebel.

"Marah lagi ke?"

Dia memalingkan wajah.

"Tunggu bila kita dah kahwin."

Sengaja aku membiarkan diri dia tertanya tanya.

"Kenapa kalau dah kahwin?"

Aku senyum penuh makna.

"Rahsia."

"Asyik main-main je."

Ezairy mula kegeraman. Ditonyohnya pipi aku yang bengkak.

"Eeii, sakitlah. Awak ni tak romantik langsung."

"Degil. Nakal. Padan muka."

Dia membelek telefon bimbit.

"Rasanya Mama dah sampai airport. Jomlah jemput Mama."

Aku mengangguk.

Kami segera menuju ke destinasi seterusnya.

Dari kejauhan kami terlihat Mama Hana duduk berbual menghadap seseorang. Pastinya itu jururawat peribadinya.

Langkah dipercepatkan.

"Okaasan..."

Mama Hana menoleh ke arah kami. Dia senyum.

"Airy... Elin..."

Aku membalas senyum dan menyalami tangannya.

"Mama dah lama sampai?"

"Taklah. Baru je. Flight delay. Mama rasa penat. Jet lag."

Mata Mama Hana tertancap ke arah pipi kanan aku.

"Elin, kenapa pipi tu merah?"

Aku menunduk. Tidak tahu mahu jawab apa.

"Jatuh tangga."

"Takkanlah sampai macam tu sekali. Lebam macam kesan kena tumbuk je."

Aku diam. Ezairy mengerling.

"Ada orang jadi heroin malam ni."

"Airy ke yang buat Elin jadi macam ni?"

Mama Hana memandang Ezairy curiga.

"Nope. Airy bukan dayus pukul perempuan."

"Habis tu?"

Matanya terhala semula ke arah lebam di pipi aku.

"Sikit je ni, Ma."

"Takpe. Nanti kita balik rumah, jururawat peribadi Mama akan rawat luka Elin tu. Mama kenalkan ini Aoi. Dia akan pantau Mama ketika di rumah."

Aoi menunduk hormat kepada aku.

"Hi Aoi. Nice to meet you."

"Airy, kita balik rumah ya. Ajak Elin tidur rumah kita."

Alamak. Mana boleh. Tak manis.

"Eh takpela, Ma. Tak manis kalau orang tengok. Saya nak balik rumah. Nanti Mak risau."

Mama Hana mengangguk.

"Betul jugak cakap Elin, Ma. Kitorang tak kahwin lagi. Tak elok dipandang orang."

"Okay. Esok datang la rumah Mama. Mama rindukan Elin."

Mama Hana menepuk bahu aku lembut.

"Insyaallah, Ma."

Dan kami beriringan jalan menuju ke kereta Ezairy. Gelap malam kian membukat. Esok aku dapat cuti. Ezairy memaksa aku ke klinik untuk mendapatkan MC.

Balik rumah ni mesti Mak jadi polis pencen. Bertanya tentang kewujudan lebam di pipi. Nasib kaulah, Elin.

Tentang apa yang berlaku tadi buat aku jadi seriau. Lelaki seperti Irham memang membahayakan. Tak boleh dilayan baik.

Bertalu-talu mesej maaf aku baca di WhatsApp. Entah dari mana la dia korek nombor telefon bimbit aku.

+Abang minta maaf. Abang betul-betul tak sengaja.

+Elin... I'm really sorry.

+Elin... Kenapa tak reply? Marahkan Abang ke?

+Elin... Please... Abang takkan buat macam tu lagi dekat Elin.

Dan banyak lagi ayat-ayat gila dia memujuk aku. Last-last aku delete kesemuanya. Semak mata memandang.

Agaknya dia masih tak boleh terima hakikat yang aku bakal berkahwin dengan orang lain.

Risau. Takut jika Irham menghancurkan diri aku dan Ezairy. Lelaki seperti Irham sukar untuk dijangka. Sekejap sangat mood berubah-ubah.

Abang Irham, lepaskanlah Elin dari hati Abang. Hati kita tidak akan merasa perasaan yang sama.

Dan aku kembali mengelamun. Berharap hari esok lebih baik dari hari ini.

Share this novel

Norasimah Zainudin
2021-04-21 11:27:20 

bila nak buat sambungan ni

Nur Raudhah
2020-10-18 18:40:30 

ad lg tak sambungan novel ni...


NovelPlus Premium

The best ads free experience