Prolog

Romance Series 93289

"Elina Nurin!"

Aku leka menaip sesuatu di telefon bimbit.

"Elina Nurin!"

Orang sebelah mencuit bahu aku. Aku menjongket kening dari bertanyakan kenapa.

"Cik Elina, tu setiausaha bos tu panggil."

Aku memandang seorang perempuan yang sedang memegang fail dan sijil-sijil aku.

"Saya!"

Terus aku bangun. Dia memandang aku atas bawah. Mentang-mentanglah aku cuma pakai baju kurung bercorak bunga-bunga sakura.

"Bos panggil masuk dalam."

Fuh... Seram sejuk aku rasa. Padahal banyak kali je datang interview kat tempat lain. Tapi company ni kenapa ada aura yang susah aku nak cerita.

Aku masih tercegat.

"Cik Elina..."

Setiausaha itu memandang aku pelik. Aku ni pun, nak kerja kat sini ke tak?

"Err... Ya ya. Saya masuk sekarang."

Dengan lafaz bismillah, aku memulas tombol pintu bilik dia.

Sebaik saja aku masuk, seorang lelaki sedang duduk membelakangkan aku. Cuma kerusinya sahaja yang berputar.

"Duduk!"

Suaranya agak keras tetapi kedengaran agak maskulin mengarahkan aku duduk.

Sangat berkarisma. Punyai aura. Itu belum tengok wajah lagi. Tapi rambut dia agak serabai. Bos apa macam ni?

Entah kenapa seperti pernah lihat dia.

Tapi...

Tiba-tiba dia memusingkan badan. Menghadap tepat ke arah aku. Mata kami bertentang.

Aku hampir terloncat dari kerusi.

"Cik Elina Nurin."

Tidak! Kenapa dia jadi bos dekat sini? Dan kenapa aku sedang di temu ramah dia?

Mak... Elin nak balik.

Dia tersenyum. Agak sinis.

"Long time no see."

Dia memasamkan semula wajahnya.

Aku menggosok kedua kelopak mata. Eh memang betul la dia.

Hidup lagi dia.

Dan aku... Tidak tahu mahu buat reaksi yang bagaimana.

Mengapa aku tergerak hati ke sini? Ni semua salah gerak hati.

"Masih ingat lagi pada saya?"

Sampai mati aku takkan lupa. Sampai mati.

Share this novel

nanieyy jamaludin
2020-12-09 18:12:49 

Belum ada smbungan ke sis?

Marynani
2020-06-19 10:08:08 

iya

Noraida Ismail
2020-04-19 14:41:30 

bestnye..xsabar nk tggu episod seterusnya


NovelPlus Premium

The best ads free experience