Bab 9

Romance Series 93289

Aku termenung memandang gubahan bunga di depan mata.

Entah mengapa, rindu menggebu pada Sakura.

Sakura adalah bunga kesukaanku. Dan mengingatkan aku pada si dia.

"Elin..."

Mimi tersengih kerang memandang aku.

"Ada orang nak jumpa kau."

Aku menjongket kening.

Diakah?

"Abang hot tu kat luar. Handsome wei. Macam Takuya Kimura."

Aku menjulingkan biji mata.

Takuya Kimura ke Won Bin ke aku tak hairan. Sebab yang pasti abang hot tu adalah Ezairy.

"Kau cakap la aku takde."

Aku menyambung gubah. Buat-buat tak dengar apa yang Mimi katakan.

"Wei. Kesian dia. Panas-panas berdiri kat luar."

Dah dia yang taknak masuk. Bukan salah aku.

"Kau ni... Kalau taknak dia, pass je dekat aku."

Mimi mula membebel.

Hah, ambiklah. Ambik. Aku bagi FOC. Nak jugak tengok kau tahan tak dengan perangai ego dia. Sejenis suka keluarkan arahan. Suka memaksa.

"Ada aku kisah?"

Aku menayang muka paling annoying.

"Saya kisah."

Ada suara garau menyampuk pertanyaan yang aku beri.

Gulp.

Dia dengar ke?

Ezairy melangkah ke arah aku. Dan duduk di betul-betul di depan aku.

Mimi makin melebar memandang Ezairy.

"Elina Nurin."

Aku menghela nafas.

"Tuan nak apa?"

Aku menatap anak matanya yang redup.

"Nah."

Dia menghulurkan satu dokumen.

Sejak aku terlibat dengan dia secara tak sengaja, dia asyik berikan aku dokumen je. Hmm.

"Nak kena baca?" Aku ajukan pertanyaan kurang cerdik.

"Baca dan hadam betul-betul."

Aku membuka sampul surat tersebut.

Surat saman?

Rahang aku jatuh. Dia dah melampau. Hanya kerana aku berhenti kerja, dia sanggup perlakukan aku begini.

"Apa semua ni? Tuan nak saman saya?"

Dia menyilangkan kaki.

"I told you. I can do anything."

Angkuhnya. Mentang-mentang dia berduit.

"Tuan Ezairy!"

Aku menekankan suara. Sampai hati dia...

"Takkan disebabkan saya berhenti, tuan buat saya macam ni?!"

Nada suara aku sudah naik ke oktaf empat. Sikit lagi nak menjerit satu kedai bunga.

Dia senyum senget.

"Yes." Dia menjawab sepatah.

Aku memandang sejumlah angka yang aku perlu aku bayar jika aku tidak kembali ke pejabat. Naik terjojol biji mata.

Gila. Boleh beli sebijik kereta Audi.

"Saya takde duit nak bayar."

Aku tidak mengendahkan dia.

Nampaknya, malam ni aku kena ajak Mak lari jauh dari sini.

"Kalau takde duit nak bayar, silakan mereput di dalam penjara."

Dia menggunakan kuasa vetonya. Ini sangat tidak adil buat aku.

"Elina, ni consequences yang perlu awak hadap. I told you before, I won't let you go."

"Awak memang nak saya mati kan?"

Aku memandang dia tajam.

"Tak berbaloi bunuh diri."

Apa aku nak buat ni? Macam mana nak lepaskan diri daripada dia?

Mak... Tolong, Elin.

"Tuan nak saya buat apa?"

"Simple, Elin. Just come back to my office. That's all."

Lepastu lepaskan kemarahan terhadap aku lagi? Sampai aku tak larat?

"The dress of karma is perfume regret."

Dia memerli aku. Sinis.

Aku menunduk. Ezairy jahat. Dia mahu aku ikutkan kemahuan dia.

"Kalau kau lari, polis akan kejar. Kau nak macam tu? Rekod kau buruk kerana jadi banduan?"

Taknak. Takkan sebab dia, aku kena masuk penjara.

Mak... Elin takut.

Wajah aku dah berubah.

"Okay. Just follow my instructions."

Mimi menyiku lengan aku.

"Better kau ikut je apa dia nak. Kau nak ke masuk penjara sebab Takuya Kimura ni?"

Aku membalas siku.

Tak habis-habis dengan Takuya Kimura dia. Aku ni sedang dalam kesusahan tahu tak.

Takuya Kimura lagi baik la dari dia ni yang macam syaitonirajim.

Aku menghela nafas.

Bertenang, Elin. Sabar.

"Bagi saya masa untuk fikir, boleh?"

Aku merendahkan nada suara. Tak guna aku berkeras. Nanti dia lagi naik tocang menghentam aku.

"Okay. Boleh. Tapi jangan fikir lama sangat. Kalau kau setuju, esok pagi kita jumpa dekat ofis."

Dia bangun. Menghadiahkan senyuman pada aku.

"Fikir elok-elok, Elin. Masa depan kau dekat tangan aku. Bye."

Dia keluar dari kedai. Meninggalkan aku dengan satu keluhan panjang.

Patah balik semula ke ofis neraka tu? Oh tidak...

"Cik Elina Nurin."

Dua orang anggota polis berdiri di depan rumahnya.

Mak memandang aku. Aku memandang luar tingkap.

Bulat mata aku memandang anggota polis tersebut. Mak membuka pintu.

"Cik Elina Nurin, sila ikut kami ke balai. Cik Elina didakwa atas tuduhan melanggar peraturan syarikat Ezairy Holdings."

Tangan aku digari.

"Mak, tolong Elin. Elin tak salah."

Mak memandang aku sayu sambil menyeka air mata.

Aku ditahan atas dakwaan Ezairy gara-gara tidak mampu membayar saman.

"Mak..."

"Encik, tolong saya. Saya tak salah. Ezairy, awak tak guna."

Aku menjerit-jerit dan menyumpah seranah.

"Mana Ezairy? Cakap dengan dia, yang dia tu tak guna. Tak guna."

Buk...

"Elin!"

Sakit badan aku terjatuh dari katil.

"Astaghfirullahalazim."

Suara Mak menyedarkan aku. Aku menggosok biji mata. Terpinga-pinga melihat diri terjatuh dari katil.

"Mimpi?"

Aku mengangguk. Menyeka peluh di dahi. Habis lencun satu baju. Kerana ketakutan mimpi itu menjadi benar.

"Elin mimpi polis tangkap Elin."

Mak duduk di birai katil.

"Pergi jela kerja tu, nak. Buat macam biasa. Jangan difikirkan sangat tentang Ezairy."

Aku terpaksa menghadapnya sekali lagi. Ezairy, awak menang kali ini.

Atas nasihat mak, aku kembali juga ke ofis dia pagi ni. Rasa ketakutan mimpi pagi tadi telah membuatkan kaki aku menjejak ke sini.

Aku ajak Mak lari. Tapi mak taknak. Mak kata tak berbaloi nak lari sebab Ezairy.

Sedihnya.

Semua mata memandang aku pagi tadi. Kak Rose kata semasa ketiadaan aku, mood Ezairy asyik nak melenting je. Ada je kesalahan di matanya. Itu tak kena. Ini tak kena. Kalau aku jadi pekerja dia, dah lama aku cabut.

Ezairy senyum melebar melihat kehadiran aku di biliknya pagi ini.

Cakap pasal dia, ni pun kejap lagi angin ribut taufan dia mesti menerjah.

Masih terngiang ayat dia pagi tadi semasa aku jejakkan kaki ke sini.

"Elina Nurin, kau buat pilihan yang tepat. Kau takkan menyesal selagi aku ada."

Seram sejuk aku dengar ayat dia.

Maknanya aku takkan boleh lepaskan diri dari dia.

Nasiblah, Elin.

"Elina Nurin!"

Suara kerasnya menyapa aku dalam realiti.

"Kau ni tak reti bancuh kopi ke?"

Suara Ezairy mengherdik aku sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam bilik.

Apa lagi dia tak puas hati?

Petir berdentum lagi. Petang semalam aku sangka gerimis sakura gugur lagi.

"Elin!"

Aku hanya memandang dia tanpa bersuara. Ada je yang tak kena. Dia ni memang gilakan perhatian.

Macam mana la aku boleh jatuh hati dekat kau dulu?

"Kopi tu 3 in 1. Saya takde pandai-pandai tambah gula."

Tak habis-habis nak mengenakan aku.

"Mari sini."

Dia memanggil aku.

"Aku nak kau minum."

Minum air lebihan dia? Dia ada jampi apa-apa ke?

Aku jadi teragak-agak mahu menyambut.

"Aku cakap minum. Ini satu arahan."

Bencilah. Cukuplah tu buli hidup aku.

"Kalau kau tak minum, kau tidur sini malam ni."

Dia mengugut aku. Ezairy memang kejam.

Nak taknak aku meneguk perlahan. Baru saja menyisip, tersembur air kopi yang aku bancuh tadi.

Apesal manis semacam?

"Kan? Kau letak gula berapa sudu? Nak bunuh aku ke?"

Tapi... Ni kopi 3 in 1. Tadi aku rasa okay je.

"Saya tak tahu kenapa jadi macam ni."

"Ah, alasan. Cakap jela nak aku mati. Supaya aku tak ganggu hidup kau lagi."

Aku kena banyak bersabar. Memang kau patut mati dari dulu, Ezairy.

Tapi bukan mati kat tangan aku.

Jelik la menghadap perangai dia.

"Kalau dah ajal, mati bila-bila je."

Aku mula melawan kata. Menentang mata dia dengan rasa berani.

"Suka menjawab!" Dia menempik marah.

Aku menunduk. Bahu terhinggut. Cuba untuk bersabar. Siapa yang tahan kalau selalu kena maki.

Ezairy ni mood dia tak boleh nak jangka. Kejap sakura. Kejap hujan. Kejap ribut.

"Sorry. Saya tak sengaja nak cakap macam tu."

Rasa serba salah menerpa aku secara tiba-tiba.

"Nanti saya buatkan kopi baru untuk awak."

Ezairy terus terdiam mendengar suara aku yang perlahan.

Aku ambil cawan dia. Dan melangkah ke pantri.

Aku malas nak bertekak. Nanti aku jadi sedih. Teringatkan cerita lama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience