Bab 32

Romance Series 93289

Ezairy masih diam membisu. Sedikitpun tidak bertanyakan apa yang terjadi sebentar tadi di restoran.

"Awak..."

Gerun aku melihat dia fokus membaca bait-bait tulisan setiap dokumen yang disemak.

"Saya takde mood nak cakap hal ni dekat ofis. We'll talk about this later."

Serta merta aku terdiam. Tak berani nak membahas.

Alamak. Ezairy marahkan aku atau Abang Irham?

Cemburu barangkali.

"Rose, masuk bilik saya kejap."

Sebentar kemudian, Kak Rose datang menghadap Ezairy.

"Yes, Tuan."

"Panggil semua staf masuk bilik mesyuarat sekarang juga. Urgent meeting."

Meeting tergempar? Pelik. Tiba-tiba je.

Kak Rose mengerutkan dahi.

"Baik, Tuan."

"Elina... Ikut saya."

Tanpa berlengah, aku terus mengekorinya dari belakang.

Semua staf memandang kami yang menjengah masuk ke dalam bilik mesyuarat. Ada yang sedang berbisik sesama sendiri.

"Elina, come stand beside me."

Aku tidak jadi duduk.

"Tujuan saya adakan meeting tergempar kerana saya nak dengar sendiri dari mulut korang yang tak puas hati dengan kami berdua."

Hah? Gila direct. Takut aku dengan Ezairy ni.

"Saya ada dengar gosip liar yang tersebar di dalam WhatsApp group. Fitnah. Boleh terangkan pada saya, Alisya?"

Semua mata memerhati Alisya yang sedang ketakutan.

"Ap... Apa yang Tuan cakap ni?"

Ezairy ketawa.

"Jangan pura-pura tak tahu. Awak yang sebarkan gosip panas. Saya ada bukti. I'm a member of 'Makcik Bawang Ofis' WhatsApp group."

Ezairy mengeluarkan telefon bimbit.

Matilanak.

Memang cari pasal la kau mengata bos besar.

"Tu... Tuan... Saya minta maaf."

Alisya menunduk.

"Apa yang kau tulis? Baca depan semua orang."

Kalau aku jadi Alisya, aku terus resign sekarang juga. Malu kena marah depan semua orang.

"Saya tulis... Tuan... Tuan Ezairy dan Cik Elina sepasang kekasih yang sedang hangat menyulam cinta."

"Tu betul. Lagi?"

Aku pulak yang kecut perut. Kesian Alisya kena tengking.

"Tu... Tuan dan Cik Elina tidur rumah yang sama."

Kak Rose memandang wajah aku.

"Tu fitnah. Aku nak kau minta maaf depan semua orang, depan Elina."

Ya Allah. Kenapa Ezairy baran semacam? Hampir gugur jantung aku.

Alisya sudah menangis teresak.

"Elin... Aku minta maaf. Aku takde niat nak tabur fitnah."

"Ni soal maruah, Alisya. Lain kali sebelum sebar fitnah, fikir dulu betul ke salah. Kau boleh kemas barang kau dan blah dari syarikat aku. Sally dan Casey pun sama."

Ezairy menyindir.

"Tuan, takpe saya maafkan Alisya. Diorang tak sengaja cakap macam tu kat kita."

This is wrong. Mana boleh pecat macam tu je.

"Elin, tak perlu nak back up diorang. Diorang ni dah banyak kali mengata kita. Selama ni saya diamkan je perkara ni."

"Tapi takkanlah sampai nak pecat?"

Aku pulak yang panas hati dengan Ezairy.

Tangan kiri aku digapai di depan semua orang.

"Saya dan Elina bakal berkahwin. Saya taknak dengar gosip murahan macam ni. Fitnah tu lebih dahsyat dari membunuh. Dan saya tak suka pekerja saya menghina perempuan kesayangan saya."

Ezairy memandang aku dengan mata yang redup.

Ya Allah. Aku malu bila jadi tatapan semua orang. Ramai yang menepuk tangan dan mengucapkan tahniah.

Tiga makcik bawang tu terus menekup muka dan keluar dari bilik.

"Tuan Ezairy..."

Aku cuba merayu bagi pihak mereka. Kasihan. Kena pecat gara-gara membawang hal kami.

"Okay. Meeting dismissed."

Macam tu je?

Aku pulak yang rasa panas hati. Ezairy kejam.

Staf keluar dari bilik dan tersenyum manis memandang kami berdua.

"We need to talk."

Tinggal kami berdua saja di dalam bilik mesyuarat.

Ezairy membuat tak tahu dan leka menghadap telefon.

"Awak... Maafkanlah diorang. Takkan nak halau macam tu je?"

"Biarkan."

Aku merampas telefon di tangannya.

"Kenapa buat semua ni?"

Aku berpeluk tubuh.

"Sebab saya sayangkan Elina."

"Awak dah melampau. Diorang pasti akan berdendam dengan kita."

"Takkan. Diorang takut dengan saya. Rahsia diorang dalam poket saya."

Aku kurang mengerti.

Ezairy menarik lengan aku sehingga aku terduduk di riba dia.

"Nanti orang nampak, lagi teruk kita kena bawang."

"Biarkan. Takde siapa yang berani lagi."

Aku tak selesa. Ezairy ni dah kenapa peluk aku macam ni?

"Siapa Abang Irham dalam hidup awak?"

Aku dah agak. Ezairy masih tak puas hati dengan kejadian tengah hari tadi.

"Abang. No more than that."

"Kenal dia dari mana?"

Pertanyaan yang bertalu cukup merimaskan.

"Kami berjiran dulu."

"So, apa dia nak lagi?"

Aku menjongket bahu.

"Tak tahu."

"Jangan layan dia. Jangan jumpa dia. Saya taknak dia ganggu hubungan kita."

"Saya tak suka dia la."

"Betul?"

Pipi aku dielus.

"Betul."

"Okay. Malam ni saya nak jumpa Makcik. Nak bincang tarikh perkahwinan kita. Esok Mama pulang ke sini."

Aku senyum. Rindu dekat Mama Hana.

"Orait."

Dan kami berdua kembali ke bilik untuk menyambung kerja yang tertunggak.

Mak memandang aku dan Ezairy silih berganti.

"Makcik, saya ikhlas nak memperisterikan Elin. Saya pernah beritahu dekat Makcik niat saya kan?"

Mak memandang wajah aku tidak lepas. Mengapa Mak seperti tidak merestui niat kami?

"Mak..."

Mak masih diam membisu.

"Bukan Mak tak setuju. Tapi Mak rasa keluarga kita dengan Ezairy tak sekufu."

Dulu Mak tak macam ni pun.

"Makcik... Mama saya sukakan Elin. Dia merestui hubungan kami."

Mak mengeluh perlahan.

"Elin, kenapa tak cakap dekat Mak apa yang terjadi tujuh tahun lepas?"

Ni mesti Abang Irham yang ceritakan semua dekat Mak.

Ezairy memandang aku.

"Hal dah lama. Elin dah taknak ingat."

"Kamu nak tipu Mak dengan Ezairy?"

Tipu apa?

"Maksud Mak?"

"Mak patut tanya kamu tanpa Ezairy tahu tapi Mak nak dengar penjelasan kamu."

Aku kurang faham.

"Irham... Dia dah rosakkan kamu ke?"

"Ap... Apa yang Mak cakapkan ni?"

Abang Irham putar belit cerita?

"Mak nak dengar perkara sebenar dari mulut Elin sendiri."

"Ya Allah. Sumpah. Elin bukan macam yang Mak sangkakan."

"Mak tahu. Tapi Mak nak dengar apa yang dia ceritakan tu tak benar."

Aku tunduk. Aku malu kalau Ezairy tahu.

"Dia pernah cuba sentuh Elin malam yang dia hantar Elin pulang masa cuti semester. Tapi, takde apa yang jadi pun. Sumpah."

Damn. Abang Irham buat cerita.

"Dia cakap Elin dah jadi milik dia."

"Ya Allah. Tu tak betul."

Tergamak Abang Irham memfitnah aku semata-mata nak dapatkan aku.

"Kurang ajar betul Irham tu."

Ezairy naik meradang.

"Awak... Tolong percayakan saya. Dia tak sempat sentuh saya."

Suara aku bergetar.

"Sebab tu dia hantar rombongan meminang. Dia nak buktikan yang dia sayangkan Elin. Tu semua helah dia."

Aku memejamkan mata.

Sekarang barulah Mak tahu kenapa aku tak sukakan Abang Irham.

"Elin tahukan kita banyak terhutang budi dengan dia selama ni."

Iya. Aku tahu. Tapi itu bukan tiket untuk memaksa aku terima diri dia.

"Elin nak jumpa Abang Irham. Berapa banyak yang Mak hutang dekat dia? Elin boleh bayar."

Aku taknak Abang Irham. Aku tak suka dia. Titik.

"Saya percayakan kata-kata Elina, Makcik. Irham reka cerita untuk dapatkan Elin semula. Saya tetap dengan keputusan saya, hujung minggu ni rombongan meminang akan tiba. Elina akan jadi milik saya. Terlalu lama saya pendam hasrat untuk memiliki dia. Saya tak sanggup kehilangan Elina untuk sekali lagi."

Hujung kata-kata Ezairy membuatkan aku tersenyum.

Terima kasih kerana percayakan saya, Zairy.

Mak memandang kami berdua. Lama. Lantas Mak mengangguk dan senyum.

Aku membuang pandang. Abang Irham dah melampau. Tak guna.

Aku bencikan dia bila mengingati semua memori lama. Seluruh kebaikan yang dia pernah taburkan musnah. Hancur berkecai. Sebab tu aku tak pernah cuba nak pupuk perasaan aku untuk dia. Sebab aku kenal siapa Irham yang sebenarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience