Bab 8

Romance Series 93289

Mak mengejutkan aku dari lena.

"Ada apa, Mak?"

Mak menepuk bahu aku.

"Ezairy kat luar. Dia nak jumpa Elin."

Ya Allah. Sampai ke sini dia cari aku.

"Suruh dia balik la."

Aku menjawab malas.

"Kesian dia."

Aku menutup muka dengan bantal.

Kesian lagi diri aku ni.

"Elin..."

Mak memujuk aku.

Aku duduk bersila akhirnya.

"Lima minit. Elin nak cuci muka kejap."

Mak senyum.

Keluar saja dari bilik, Ezairy mendongak memandang aku.

"Nak apa datang sini?"

"Kembali ke tempat kerja. Jangan berhenti."

Dah kenapa pulak? Aku dah decide kot.

"Saya perlukan awak, Elin. Kalau awak takde, hidup saya sunyi."

See.

Aku ni cuma mengisi kesunyian dia. Kena temankan dia. Jadi pelampias nafsu. Dipaksa kahwin kontrak.

Hidup aku diatur sebenarnya.

"Elina Nurin..."

Suara dia bergetar.

"Saya tak mungkin kembali ke sana."

"Why?"

"Saya nak kerja semula di tempat kerja lama."

"Kat mana?"

Beria dia bertanya.

"Ada la. Sibuk je nak tahu."

Stress aku. Stop la jadi penyibuk. Semua pasal aku kau nak tahu.

"Itu je kan nak cakap? Saya nak masuk bilik semula. Dah pergilah balik."

Aku tidak sudi menatap wajahnya.

Bukan saja nak playing hard to get. Tapi... Aku dah putus asa dari dulu lagi.

Dia kena kembalikan bunga-bunga Sakura dalam hati aku semula. Good luck.

"Elin... Tak baik cakap macam tu."

Mak menegur aku.

"Zairy, makan la kat sini. Makcik ada masak."

Ezat senyum.

"Takpela. Saya kena balik ofis. Nanti InsyaAllah saya datang lagi."

Mak ni... Suka sangat melayan Ezairy. Dia ni pura-pura baik je. Sebab nak dapatkan aku semula. Nanti dah dapat, mula la campak aku macam kain buruk.

Aku menjeling.

Jangan harap aku nak buka hati aku semula.

Aku kembali bekerja di Kedai Bunga Mek Wa.

Di sini aku akan lebih tenang tanpa bayangan Ezairy. Memandang dia seolah saluran darah aku jadi beku. Saluran pernafasan aku turut tersekat.

Tapi, anak Tuan Remy ni ada pulak. Dia tahu aku kembali bekerja di sini, mula la akan menganggu hidup aku hari-hari.

"Hai Elin..."

Dia menghampiri aku sambil tersenyum kambing. Matanya yang galak buat aku rasa nak cucuk bijik mata dia.

"Lama tak nampak."

Aku memekakkan telinga. Buat-buat menyusun bunga di pasu.

"Abang tegur dia buat derk je."

Abang?

Yerk. Kau tu atas setahun je dengan aku.

"Jom keluar makan."

Aku tahu anak Tuan Remy ni ada rupa. Tapi, aku tak suka pandangan gatal dia. Dan, aku bukan jenis perempuan yang terpikat dengan rupa semata.

"Sombongnya."

Dia mencuit pipi kanan aku.

"Eh apa ni? Janganlah main sentuh."

Bengang betul. Suka hati je nak cuit. Dia ingat aku ni adik dia?

"Tu je caranya nak buat Elin bercakap."

Aku memandangnya beku.

"Abang nak apa? Tak kerja ke hari ini?"

Pertanyaan aku seperti mahu menghalau.

"Tak payah kerja. Tengok Elin lagi best."

Aku tahu la ni kedai bapak kau. Tapi, beragak la sikit. Cakap la guna otak.

"Suka hati Abang la."

Malas aku nak layan. Layan bunga-bunga ni lagi best.

"Jom lunch."

"Elin kenyang la."

Pintu kedai ditolak dari luar. Terpacul wajah seseorang yang aku paling tak sangka.

Ezairy memandang aku tajam.

"We need to talk."

Aduh, apa lagi dia ni nak?

Hafsham memandang Ezairy atas bawah.

"Sorry. Busy. Kejap lagi customer datang collect bunga."

Aku memberi alasan.

"Kejap je."

Dia masih tidak jelas ke? Aku dah berjaya lupakan dia. Tiba-tiba dia menerpa aku semula dengan kenangan lama.

Saya adalah sakura yang gugur dan dibiar layu, Ezairy.

"Abang, jom kita pergi lunch. Elin lapar la. Jom."

Aku mahu mengelak. Dengan nada yang manja aku mengajak anak Tuan Remy keluar makan.

"Okay jom. Tapi tadi bukan Elin kata dah kenyang ke?"

Muka dia blur.

"Tu tadi. Sekarang dah lapar semula."

Aku sempat menolak bahu Ezairy sedikit kerana dia menghalang laluan aku.

"Oh ya, Tuan. Kalau perlukan bunga, minta saja pada Mimi di belakang. Saya nak pergi isi perut. Jadi lapar pulak. Rasa macam nak baham orang."

Hati aku sakit teringat peristiwa dua hari lepas. Dia samakan diri aku dengan nilai ringgit.

Seriously, Ezairy?

Mungkin kau tak pernah rasa kehilangan seperti apa yang aku rasa. Perasaan tu aku kena buang walaupun masih bersisa, aku juga struggle untuk melupakan.

Tolong jangan ganggu hidup aku lagi. Jangan biarkan hati aku rasa sedih semula. Kerana tak semua luka bisa sembuh.

Sejurus aku masuk ke dalam kereta Hafsham, aku melihat Ezairy termenung di luar kedai.

"So, kita nak pergi makan mana ni?"

Hafsham senyum memandang aku.

"Jalan je depan sikit."

Dia mengikut saja arahan aku.

"Stop. Stop."

Aku bergegas mahu menurun kereta.

Hafsham memandang aku pelik.

"Elin nak pergi mana?"

Dia menahan.

"Hmm. Abang, kita keluar makan lain kali boleh tak?"

Aku cuba memberi alasan.

"Laaa. Kenapa?"

Aku masih memikirkan alasan terbaik.

"Elin lupa ada customer nak collect bunga pukul 2. Sekarang dah pukul 1.45."

Hafsham memandang aku tajam.

"Elin nak pergi dekat lelaki tu kan?"

Aduh, seram ayat dia ni.

"Elin... Kalau dia ganggu hidup Elin bagitahu Abang."

Aku terdiam.

"Kalau tak boleh lunch sama, kita pergi keluar dinner nak?"

Tengkuk aku meremang. Ada setan agaknya di sebelah.

"Hmm. Malam Mak tak izinkan Elin keluar."

"Alasan."

"Kalau Elin taknak dinner dengan Abang jangan harap Elin boleh bekerja lama kat kedai bunga tu."

Hafsham mengugut aku.

"Apa maksud Abang?"

Nada suara aku dah lain.

"Abang suka Elin. Dari dulu lagi. Tapi Elin taknak layan Abang. Tadi pun saja pergunakan Abang kan?"

Dia tahu diri dia dipergunakan.

"Siapa lelaki tu?"

Kekasih lama. Puas hati? Oh tidak. Aku adalah bekas kekasih yang tak dianggap.

"Dia tak penting pun."

"Okay. Kalau macam tu kita keluar lunch eh."

Belum sempat aku membalas, kereta Hafsham meluncur laju.

Dan aku... Hanya memandang Ezairy yang makin kejauhan di belakang.

Sepatutnya hati aku rasa puas. Tapi, entah mengapa aku sedih melihat wajah murung dia.

Dunia aku indah bila melihat dia senyum gembira.

Tapi, bukankah ini yang aku mahukan? Melihat hati dia hancur berderai seperti hati aku yang gugur bagai kelopak bunga sakura?

Ah, Ezairy. Kita seharusnya menjauh.
Tapi mengapa cinta aku tak pernah layu untuk dia?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience