Bab 4

Romance Series 93289

Aku masuk ke ruang pejabat dia dengan wajah yang masam mencuka.

Tanpa menegur dia. Sengaja menekan keyboard dengan kuat.

Ezairy mengerling aku.

Memang hari ini mood aku kurang baik. Nak tahu kenapa?

Sebab Ezairy.

"Elin..."

Suara dia menjengah gegendang telinga aku.

"Nak apa?"

"Why you look so emotional?"

Aku senyum senget. Sebab kaulah.

Aku berpeluk tubuh.

"Apa yang Tuan bincang dengan Mak saya?"

Dia hanya diam.

Pagi tadi, Mak mematikan mood aku bila buka topik Ezairy.

Mak menanyakan tentang kisah lama aku dan dia.

Cerita aku dengan dia dah lama terkubur. Perasaan tu pun dah takde. Kemudian, Mak bertanya aku mahu tema baju kahwin yang bagaimana.

Double shit.

Kan aku dah cakap aku takkan terima pinangan sesiapa.

Yang pernah hantar rombongan meminang, semuanya aku tolak dengan baik. Aku tak perlukan lelaki dalam hidup aku.

Perasaan tu dah musnah saat kelopak bunga sakura gugur.

"Tell me, apa yang Tuan cakap dengan Mak saya?"

Hati aku jadi mendidih.

Apa yang dia cuba lakukan?

"Elin... Calm down."

Pintu bilik diketuk.

Rose datang menghulurkan sampul surat.

"Ni yang Tuan minta pagi tadi."

Ezairy mengangguk.

"Okay. Thanks."

Rose keluar sambil tersenyum meleret ke arah aku.

Senyuman yang bisa membunuh hati aku.
Senyuman yang memberi aku tanda tanya.

"Sini kejap."

Dia memanggil aku.

"Baca dokumen ni dengan teliti."

Aku menyambutnya.

Ini kan dokumen hari tu. Aku tak sempat nak baca sampai habis.

Sampai di muka surat dua, mata aku sudah terbeliak.

Oh my God.

Kalau aku mati terkejut sekarang pun aku dah tak kisah.

"Apa semua ini?"

Dia senyum meleret. Tangan diseluk ke dalam kocek seluar.

"Kau yang sign. Dah lupa?"

Aku ternganga.

Ezairy jahat. Aku terkena dengan tipu helah dia.

"No! I won't marry you."

Apa yang aku buat ni? Kenapa aku tak baca sampai habis?

"Kahwin kontrak. Seriously, Ezairy? Kau dah melampau."

"Kenapa tak baca sampai habis? Kau akan jadi setiausaha aku dan isteri kontrak aku."

Tak guna. Lebih baik aku bunuh diri jela. Kalau mati, takdela perjudikan hidup aku untuk dia.

"Taknak!"

Aku mencampakkan dokumen tu ke atas meja.

"Mak kau dah setuju."

Mak mesti tak tahu apa-apa pasal kontrak ni. Dia mesti pusing cerita.

"Hello, Tuan. Saya ni cuma layak jadi orang suruhan je. Bukan taraf isteri. Lagipun, 5 tahun yang lalu saya ni cuma mengisi kekosongan dalam hati awak je. Bukan perempuan yang akan kekal selamanya. Saya ni cuma layak duduk di bawah tapak kaki awak je. Tempat yang paling hina. Dah lupa ke itu yang awak cakap pada saya dulu?"

Aku tak pernah dilayan dengan baik. Aku banyak terasa hati. Aku hanya mampu diam dan kawal perasaan tanpa sesiapa rasa kesedihan aku.

Dia bukan lagi Ezairy yang aku cinta seperti dulu.

Cukup.

Aku minta kau lepaskan aku. Jangan seksa hati aku lagi.

Kerana... Setiap detik yang berlalu kau tak pernah hargai.

"Suka ataupun tidak, tunggu rombongan meminang dari saya nanti."

Tidak.

"Look. Saya taknak. Jangan paksa."

"Elin... Jangan degil."

Siapa yang berdegil? Aku dah tak cintakan dia.

"Saya akan letak jawatan. Saya akan berhenti."

"Jangan harap. Kan aku dah cakap, sekali kau melangkah sini jangan harap kau boleh keluar."

Dia ni dah kenapa?

"Ezairy... Please."

Dia nak aku merayu ke? Melutut kat bawah tapak kaki dia?

"Saya mohon sangat, jangan..."

Dia hanya mendiamkan diri.

"Kalau kau nak berhenti, kau kena fikir masa depan kau kat luar sana. Aku akan canang cerita buruk. Takkan ada siapa yang akan terima kau bekerja."

Dia mengugut. Aku tahu kuasa dia besar. Dia seorang yang berpengaruh. Bila-bila masa dia boleh kenakan aku.

Tapi, aku tak boleh terima semua ni. Tak boleh.

Aku mengesat air mata.

Dia menghampiri. Seperti biasa, aku mengundur ke belakang. Aku takut bila dia mendekati.

Aku takkan boleh lupa perkara lama.

"Elin..."

"Jangan degil. Dan tolong jangan tinggalkan saya lagi."

Dia yang tinggalkan aku.

"Kita dah putus. PUTUS."

"Boleh sambung."

No.

Dia dah gila. Aku tidak mahu jadi kepunyaan dia. Dia hanya mahu memiliki tanpa mahu mencintai.

Aku dianggap seperti barang berharga. Bila dah tak berharga, aku bakal dibuang.

Lelaki seperti Ezairy, takkan boleh dibawa berbincang.

Dia sedang menjerat diri aku. Tidak. Aku seperti menjerat diri sendiri saat aku melangkah masuk ke sini.

Ezairy mencuit dagu aku. Sama seperti dahulu.

"Don't. Touch. Me."

Aku menepis tangan dia dan memandang dia dengan rasa yang berbaur.

Lebih baik aku bunuh diri je. Senang cerita.

"Kalau kau sentuh aku lagi, aku bunuh diri."

Nampaknya doa aku untuk tidak bertemu dengannya tidak dimakbulkan. Kerana pada akhirnya, kaki aku yang menyeret langkah menuju padanya tanpa sengaja.

Aku menyesal. Tidak sepatutnya aku datang interview ke syarikat ini.

"Bunuh diri sebab saya?"

Ezairy memandang aku tajam.

Tengok... Dia membahasakan aku sekejap kau. Sekejap awak. Dia sendiri keliru dengan diri dia.

Aku tak rela mati disebabkan dia. Aku cuma bencikan dia.

Dan aku taknak berkaitan dengan dia lagi. Cukuplah.

"Kalaulah boleh."

Aku melarikan anak mata.

"Saya akan tolak pinangan awak. Jangan cabar saya, Ezairy."

"Elin..."

Dia mahu memujuk aku.

"Awak nak saya menghilang dari hidup awak terus ke? Jangan cabar saya, Zairy."

Dia tak kenal perangai aku lagi. Dia tak kenal gila aku lagi.

"Tak. Awak takkan buat macam tu. Saya tahu Elin saya takkan pergi lagi."

Yakinnya.

"Kalau terpaksa saya kena buat jugak. Dahlah. Biar saya berhenti je. Tak payahlah seksa hidup saya lagi."

Dia memandang wajah aku lama.

"Nak kerja kat mana?"

Mungkin aku akan kerja semula dekat kedai bunga. Tempat kerja lama.

Tapi, aku tak sanggup nak menghadap anak Tuan Remy yang gatal tu.

Keluar mulut buaya, masuk mulut naga. Sekurangnya Ezairy masih sejuk beku. Takde la gatal macam anak Tuan Remy tu. Pandang wajah aku macam nak terkam.

Susahlah jadi Elina Nurin.

"Tak tahu."

Aku menjawab ringkas.

"Tak payah kerja. Jadi suri rumah untuk saya pun dah cukup."

Aku senyum sinis.

"Mampu ke tanggung hidup saya? Kalau saya minta rumah banglo sebijik boleh bagi? Kalau saya minta kereta Ferari boleh bagi?"

Aku sengaja memprovok dia.

"I can give you everything."

Hahaha. Kelakarnya.

Bukan duit yang aku mahukan. Aku pernah menagih cinta dia. Tapi, dia meletakkan jurang yang sangat jauh.

Dan sekarang, aku perlu beri dia peluang kedua?

Ini soal hati aku yang telah terluka disebabkan kelopak bunga sakura yang gugur.

"Tunaikan apa yang saya minta."

Aku tahu dia takkan ikutkan apa yang aku minta. Dia akan kata aku perempuan mata duitan.

Saya taknak duit awak. Saya cuma nak... Buang awak jauh-jauh. Itu saja.

Tak semua perkara kita boleh lupakan dan start over macam tu je.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience