Bab 6

Romance Series 93289

Aku memandang rintik hujan dari tingkap bilik pejabat Ezairy. Sesuatu yang aku takkan lupa sampai bila-bila.

Cerita lama kami sudah terlupus. Berjuta kali aku mahu melupakan. Namun, bila dia muncul di depan mata, aku masih teringat semuanya.

Aku dah pergi dari hidup dia. Tapi kenapa mesti aku kembali ke padanya?

Masih cintakah lagi?

Rantai di leher masih tergantung.

Hadiah hari jadi pemberiannya.

Pintu bilik terkuak.

"Elin..."

Suara Rose mematikan aku lamunan aku.

"Kak Rose."

Dia menghampiri.

"Menungkan apa tu? Rindu Tuan ke?"

Pipi aku dicuit lembut.

"Apa akak cakap ni?"

Dia tergelak.

"Tahu tak bila Elin takde depan mata, Tuan menggelabah rindu dekat Elin."

Yeke?

"Tak payah nak buat muka blur. Akak yang uruskan dokumen isteri kontrak tu. Akak tahu semuanya."

"Kak... Elin taknak ingat semuanya lagi. Tolonglah. Elin nak berhenti."

Aku cuba raih simpati. Berharap Rose membantu aku untuk keluar dari sini.

"Tuan Ezairy sayangkan Elin. Kalau tak, takkanlah dia suruh alihkan meja Elin ke dalam bilik dia."

Aku tak percaya. Ezairy mana pernah suka aku.

Aku je yang beria terhegeh. Ah, malas nak ingat hal 5 tahun lalu.

"Ikutkan je kemahuan dia."

Eh, kenapa semua orang nak tentukan hidup aku?

Aku tak kira. Aku nak berhenti jugak. Cari la kerja kat mana-mana.

Bukannya aku ni lepasan SPM. InsyaAllah aku boleh dapatkan pekerjaan.

Sebab aku berhenti beberapa company, kerana aku tak tahan dengan mata galak staf kat syarikat tu semua.

Yang menganggu hidup aku rata-rata sudah berkahwin. Gatal.

"Slow talk la dengan Tuan. Dia mesti okay."

Ezairy takkan pernah terima kata-kata aku. Aku kenal perangai dia.

"Dia pergi mana kak?"

"Eh Elin tak tahu ke?"

Apa yang aku patut tahu?

"Tuan Ezairy fly ke Jepun, esok baru dia pulang. Ibu dia kan sakit."

Aku tak tahu apa-apa. Ezairy sejenis perahsia. Dia tak pernah beritahu aku apa-apa.

Mungkin sebab aku tak layak untuk tahu apa-apa berkenaan life dia.

"Akak ingat dia bagitahu."

Wajah aku mula murung.

Bagaimana dia mahu terima aku, sedangkan dia tidak berminat mahu berkongsi rasa dengan aku?

Betul la kot. Dia hanya mahu aku jadi kepunyaan dia. Tanpa mahu memiliki hati aku.

Pagi ini hari Jumaat. Aku rasa nak bersedekah. Lagipun hari ini Ezairy pulang dari Jepun.

Eh, biarlah dia pulang pun. Kenapa aku nak terlebih ceria hari ini?

"Cukup tak 30 bungkus?"

Mak menanyakan pada aku setelah melihat aku memasukkan nasi lemak yang begitu banyak.

"Cukup kot, Mak. Lagipun tak ramai staf kat ofis tu. Bolehlah bagi makcik cleaner sekali."

"Untuk Ezairy ada?"

Mendengar nama dia, hati aku jadi tersiat.

Aku diam.

"Elin... Dia bos Elin. Kena hormat dia."

"Dia takkan hingin nak makan apa yang Elin masak."

Ezairy kan cerewet dalam bab makanan. Aku taknak dia rasa jijik dengan air tangan aku.

"Bagi je. Bawak lebih sikit. Mak letakkan extra tau."

Tangan Mak ligat menambahkan 5 bungkus lagi Nasi Lemak.

Aku tak terpikir nak bagi dekat dia. Takut dia buang depan mata aku lagi makanan yang aku masak khas untuk dia.

Iya. Hati aku kini keras. Kelopak bunga sakura yang gugur telah membeku.

"Okaylah. Elin dah lambat ni. Elin pergi dulu. Bye. Assalamualaikum."

Petang ni dah boleh ambil kereta di bengkel. Takde la aku kena hadap nak bas lagi.

Setibanya aku di ofis, aku bergegas ke pantri. Mak Yam sedang menyapu di luar pintu.

"Morning. Mak Yam..."

Aku menghadiahkan senyuman manis.

"Selamat pagi, Cik Elin."

"Panggil je Elin."

Aku menyusun kesemua Nasi Lemak tadi ke atas meja makan.

"Mak Yam, harini Elin nak bagi sedekah. Dekat semua staf kita. Nasi Lemak untuk breakfast. Untuk Mak Yam pun ada. Jangan lupa makan tau."

"Elin dah makan ke?"

Aku mengangguk.

"Elin nak buat air kopi untuk Tuan Ezairy. Dia dah masuk kan?"

"Tadi awal pagi dia dah sampai."

Aku mengambil cawan dan membancuh seperti biasa.

"Untuk Tuan takde?"

Aku menjongket kening.

"Tu. Nasi Lemak."

Dia tak suka air tangan aku. Buatpe aku nak bagi dia?

"Tuan tak suka Nasi Lemak."

Aku terus berlalu ke luar dari pantri dan menuju ke bilik dia.

Pintu diketuk seperti biasa.

Aku meletakkan beg tangan di atas meja dan melangkah ke arahnya.

Tiada senyuman yang terukir di wajahnya.

"Morning. Kopi untuk Tuan."

"Taknak minum sekali?"

Pelik la dia ni. Buatpe aku nak minum air lebihan dia.

Dia menyisip kopi seperti biasa.

"Tu ada beberapa dokumen kena fotostat. Saya nak dalam 5 copy."

Aku mengangguk tanda mengerti.

"Okay."

Matanya masih ralit memandang PC di hadapan.

Aku mengambil dokumen dan menuju ke mesin fotostat. Melakukan rutin harian seperti biasa.

Ezairy menuju ke pantri. Dia melihat beberapa orang staf sedang berkumpul sambil berborak.

"Ehem..."

Semua mata tertumpu ke arahnya.

"Tuan."

"Siapa belanja korang Nasi Lemak tu? Nampak sedap."

"Oh yang ni. Elin sedekah. Dia yang masak tau. Sedap la. Tiga bungkus saya tambah."

Hidung Ezairy sudah kembang kempis.

Kenapa aku tak tahu pun dia bawak Nasi Lemak hari ini? Cis...

"Tuan dah breakfast?"

Rose menegur.

"Belum. Kejap lagi la."

Tiba-tiba aku jadi terasa hati. Untuk orang lain semua ada. Untuk aku? Elin cuma bagi aku air kopi je.

Ezairy menapak ke ruang biliknya semula.

Ah, tak boleh jadi ni. Tadi aku tengok baki Nasi Lemak tu hanya tinggal beberapa bungkus lagi. Aku nak rasa jugak.

"Elin!"

Suara Ezairy memanggil Elin.

Elin datang terkocoh-kocoh. Terkebil-kebil memandang Ezairy.

"Iya."

Dia menyepit rambut di celah telinga. Nampak comel hari ini.

"Kau takde apa-apa nak bagi dekat aku?"

Elin mengerut dahi. Lalu menggeleng.

"Betul ni?"

Hatinya jadi sakit melihat Elin cuma mengangguk dan menggeleng.

Ezairy jadi sedih. Dia tak penting langsung ke dalam hidup Elin?

"Hmm. Takpela. Pergilah."

Suaranya seakan merajuk.

"Tuan perlukan apa-apa ke?"

Pelik melihat suara kendur Ezairy.

"Aku nampak diorang makan Nasi Lemak yang kau masak. Aku pun nak jugak."

Ezairy melarikan anak mata.

Elin terkesima.

"Are you sure nak rasa air tangan saya?"

Dia pernah buang makanan yang aku masak untuk dia. Kalau aku bagi sekarang, berkemungkinan perkara yang sama akan berulang lagi.

Ezairy hanya mengangguk.

"Okay. Kejap. Saya ambilkan."

"Elin..."

Suara Ezairy menahan.

"Aku nak tiga bungkus."

Suara Ezairy malu-malu tapi mahu.

Wajah Elin jadi riang. Tak sangka Ezairy teringin nak rasa air tangan dia.

"Okay. Tunggu kejap ye."

Ezairy memandang Nasi Lemak di atas meja.

"Kalau tak sedap, sorry. Saya ni bukan pandai masak pun."

"Patutlah kau tak desperate nak kahwin."

Tengok... Mulut dia jahat betul.

Aku melihat dia memakan dengan selamba. Tidak bencikah dia pada masakan yang aku masak?

Serta merta ingatan aku menerawang jauh.

"Zairy, saya masakkan khas untuk awak."

Aku menghulurkan bekas makanan bunga-bunga kepada dia.

"Apa ni?"

Wajah dia tidak bereaksi.

"Buka la tengok."

Sebaik saja dia buka, semerbak harum bau makanan.

"Awak suka makan Nasi Tomato kan?"

Suara aku jadi ceria. Masakkan sesuatu untuk orang yang aku suka.

"Oh."

Oh je? Taknak rasa ke?

Wajahnya masih beku.

"Sorry. Tapi takde selera la nak makan. Kurang suka dah makan Nasi Tomato."

Suara dia masih beku.

Bad mood datang lagi la tu.

Aku melihat dia terus buang bekal yang aku masak untuk dia di depan mata aku.

Kejamnya.

"Nice try. I don't need it."

Sampai hati... Tidak mahu rasa pun. Jijik benar dia dengan aku.

"Kalau awak taknak, tak perlu la buang. Saya boleh bagi orang lain."

Wajah aku menahan tangis.

Ezairy memang suka dera emosi aku. Sedih. Dia tak pernah hargai apa yang aku buat untuk dia.

Saya takkan pernah masakkan apa-apa untuk awak lagi, Ezairy. Takkan.

"Elin..."

Aku tersedar. Entah kenapa, aku asyik teringatkan cerita lama.

Ezairy senyum.

"Asyik berangan je."

"Sedap kau masak."

Eh, Ezairy memuji air tangan aku.

Wajah aku mula memerah. Blushing. Senyum malu aku sempat tahan.

"Nanti hari-hari aku boleh rasa masakan kau. Pagi, petang dan malam. Be my wife."

Senyuman aku terus mati.

Dia menjongket kening.

"Siapa yang nak kahwin dengan Tuan? Perasan."

Aku terus tinggalkan dia yang termangu kaku di situ.

Kahwin dengan dia? Oh tidak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience