Bab 20

Romance Series 93289

Throwback.

Malam yang dingin. Aku memandang langit. Suram.

Bunga Sakura gugur. Seperti air mata aku yang gugur.

"Ezairy... Saya rasa. Sampai di sini je hubungan kita. I'm sorry. Saya tak boleh teruskan semua ni."

"No. No. I said no."

"Kita putus."

Mencerlung mata lelaki di hadapan aku ini.

"No."

"Yes. Putus."

Hati aku dah tawar. Aku, si Elin yang juga punya perasaan.

"Saya harap kita takkan bertemu lagi. Jangan muncul lagi depan saya."

Aku nekad. Cukuplah.

"No. I said no."

Aku takkan kembali padanya. Kerana aku tidak mahu terdera emosi sekali lagi.

Dia cuba menghalang aku pergi.

"Elina Nurin, awak serius nak tinggalkan saya?"

Mata dia merah. Seperti menahan tangisan.

"Iya."

"No. Saya tak benarkan."

Dia masih bertegas. Dan menghalang.

"Kenapa?"

"Sebab... Sebab..."

Dia tak mampu menjawab soalan aku.

"Awak tak cintakan saya. Dan, saya tak mampu nak hadap semua ni lagi. Please understand, Zairy."

"Kenapa tiba-tiba?"

"Sebab inilah masanya. Selamat tinggal. Lepasni, saya harap kita takkan bertemu lagi. Kecuali... Kalau kita berjodoh, kaki saya sendiri yang akan melangkah ke arah awak."

Aku mahu dia faham. Tiada apa yang kekal. Perasaan tidak kekal. Sakura sendiri tidak setia di atas dahan yang merimbun lebat.

Aku melangkah pergi. Jauh.

I'm sorry.

Sekali kelopak bunga sakura gugur, ianya akan layu di tanah. Dan aku telah menguisnya jauh.

Jika pilihan meninggalkan itu yang paling tepat, aku pilih untuk pergi.

Pudar harapan ku makin pudar,
Jika ku terus berlari,
Dunia ku tiada henti...

Dan Ezairy hanya memandang aku yang semakin menjauh. Tidak mengejar. Hanya membiarkan aku pergi. Mungkin ini kali terakhir aku melihat dia.

Ezairy...

Air jernih jatuh dari pelupuk mata.

Kami sama-sama melayan perasaan.
Barangkali rindu pada kenangan.

"Elina... I just want you to know..."

Kata-katanya hanya tergantung di situ.

"I miss you so much."

Dia berbisik di telinga aku. Suaranya lembut. Menusuk ke hati.

Aku memandangnya tidak berkedip.

Sekarang, bukan musim bunga. Pokok masih belum berbunga merah jambu.

Aku rindukan Sakura. Sakura kita, Zairy.

Dia masih menanti bicara daripada aku.

"Saya kan berdiri depan awak sekarang. Kenapa masih nak rindu?"

Aku membelakangkan dia. Jantung berdegup laju. Pengakuan dia beri impak besar kepada aku.

Rindu? Awak rindukan saya ketika saya menghilangkan diri. Baru awak tahu apa itu rindu.

Saya yang putuskan hubungan kita. Saya yang pilih untuk pergi. Kerana awak. Kerana dia. Kerana Mak.

Saya fikir awak tak sayangkan saya. Saya bodoh waktu tu.

Tiba-tiba dia memeluk aku dari belakang.

Makin laju jantung aku. Aku tahu sini Jepun. Bukan Malaysia. Tapi, aku malu kalau orang lalu lalang nampak perbuatan dia.

"Maafkan saya, Elin. For everything."

Aku mahu menolak tubuhnya. Tapi aku tak berdaya.

"Saya yang buat awak terasa hati. Biarkan awak pergi tanpa mengejar awak semula. Saya tak berdaya waktu tu."

Sebab Aisyah?

Aku diam. Membiarkan dia muntahkan bicara.

"Saya keliru. Saya tak tahu apa perasaan saya pada awak waktu tu."

Part ni aku nak nangis. Dia sendiri tak pasti dengan hati dia.

"Saya ni cuma diperlukan bila awak perlukan saya. Saya cuma teman kesunyian awak. Kan?"

Suara aku bergetar.

"Bukan macam tu. Dengar dulu penjelasan saya."

Okay.

Aku beri dia peluang untuk berbicara. Aku sudi dengar segala pengakuan dia.

Dia memejamkan mata.

"Saya suka awak."

Aku terkejut.

Betul ke apa yang aku dengar ni?

"Saya suka awak masa tu. Tapi saya tak cintakan awak."

Pedih. Hati yang girang berkecai semula jatuh terhempas ke tanah.

"Sebab Aisyah kan?"

Dia menunduk.

"How do you know about Aisyah?"

Aku sayangkan dia. Sudah tentu aku mahu ambil tahu semua perkara mengenai dia.

"Saya tahu dari mana itu bukan persoalannya."

"Itu dulu. Aisyah dah pupus dalam hidup saya. Saya tak suka nak ungkit pasal dia."

Tak suka dengar nama Aisyah? Aku tak dibenarkan untuk ungkit kisah silam dia?

Dah tu sekarang ni cari aku sebab nak move on?

Jantan hipokrit.

"I know everything about you, Ezairy. You and her. Saya tak buta lagi. Dia ada datang ke Jepun lima tahun yang lalu. Sebab dia, kita renggang. Kenapa awak tak kahwin je dengan dia? Habis cerita. And you live happily ever after."

"Elin!"

Suara dia meninggi.

"Marahlah kalau nak marah. Selama ni saya tahu tentang awak dengan dia melalui diari awak yang tercicir. Semua pasal Aisyah. Your first love. Saya dah tengok dengan mata sendiri rupa Aisyah tu macam mana. Saya tahu banyak perkara tapi saya terpaksa diamkan. Sebab saya nak tengok awak senyum gembira, Ezairy. Sebab tu la saya undur diri. Saya boleh agak, hanya dia yang boleh rawat luka awak. Bukan saya. Tapi dia."

Air mata turun laju. Aku luahkan semuanya. Aku tak mampu nak pendam lagi. Hati aku luka.

Dia menunduk. Tidak berani memandang anak mata aku.

Jangan jadi pengecut, Ezairy.

"No more Aisyah dalam hidup saya. Saya nak kahwin dengan awak bukan dia."

Dia tiba-tiba buka cerita pasal kahwin.

"Saya taknak kahwin."

Aku nak jaga Mak. Malas nak fikir soal rumahtangga.

Tiba-tiba dia keluarkan cincin.

Aku tak sangka. Mungkin ini tujuan dia ajak aku datang ke sini. Kononnya mahu kursus la meeting la.

"Saya tahu awak akan tolak dan takkan terima. Nanti balik Malaysia saya hantar rombongan meminang."

Dia keluarkan sesuatu dari kocek seluarnya.

Seutas gelang. Terukir nama aku dan dia. Ada motif bunga Sakura.

"Saya tahu awak buang gelang lama kita. Saya gantikan dengan yang baru."

Hati aku jadi sejuk. Ezairy cuba memujuk.

"Saya tak yakin dengan perkahwinan kita boleh betulkan keadaan."

Mungkin hati aku dah tawar.

"Tapi saya yakin."

"Saya bukan anak itik, Zairy."

Dengan tegas aku membalas.

"Awak bukan anak itik. Awak Elin."

Dia mengelus rambut aku.

"Saya janji. Saya jaga awak dengan baik."

Hati aku masih ragu.

Dia meraih tangan aku.

"Trust me. Saya boleh bahagiakan awak. Dan saya tahu awak pun boleh bahagiakan saya, Elin."

Apa jaminannya?

"Bagi saya peluang boleh? Kita cuba rapat semula macam dulu-dulu."

Hati aku bukan cepat cair. Tapi sememangnya akan cair bila aku masih sayangkan dia.

Sayang? Aku masih sayangkan dia ke?

Dia senyum.

"Saya akan buktikan. Saya janji untuk jadi yang terbaik. Kita memang ditakdirkan."

Jangan sesekali berani tabur janji. Takdir la yang menghuru-harakan hidup aku.

Aku balas senyuman dia.

"Okay. Bagi saya ruang untuk fikir."

Mungkin aku kena kurangkan keras kepala aku. Cuba bertolak ansur.

Tapi, kalau tiba-tiba Aisyah muncul dan mahukan Ezairy semula, macam mana dengan aku?

"Thank you, Elin."

"Sama-sama."

Aku tahu Mak dah berkenan dengan Ezairy. Just follow your instinct, Elin.

"Bila kita nak lawat your Mom lagi?"

"Esok pagi."

Aku senyum. Aku dah mula rapat dengan Auntie. Tak sabar nak jumpa Auntie esok pagi.

Share this novel

MommyZahra
2020-03-11 10:00:13 

update next chapter pls


NovelPlus Premium

The best ads free experience