Bab 2

Romance Series 93289

Ezairy meninggalkan aku di belakang dengan tergesa-gesa.

"Cepatlah. Lembap lah."

Dahlah suruh aku teman dia pergi majlis entah apa-apa. Bagitahu pun last minit. Lepastu nak merungut cakap aku jalan lembap.

"Aduh."

Aku jatuh terduduk.

Habis kain skirt labuh aku kotor.

"Zairy..."

Aku memanggil dia. Dia boleh berjalan selamba.

Dia menoleh.

"Elin... Ya Allah."

Dia mendapatkan aku. Aku rasa hari ini macam tak berguna untuk aku.

"Elin..."

Aku mendongak.

"Saya taknak ikut awak. Saya nak balik."

Suara aku dah bergetar. Dia mencangkung. Menghadap aku.

"Kenapa ni?"

Aku penat. Asyik ikut cakap dia je. Apa aku rasakan, dia tak pernah nak endah.

"Saya penat. Awak paksa saya temankan awak."

"Elin..."

Dia memegang dagu aku. Aku tepis dengan tangan.

"Don't touch me."

Dia mencengkam pergelangan tangan aku. Kasar.

"Ikut jugak."

"Ezairy..."

"Jangan nak malukan saya depan kawan-kawan saya."

Oh, nak nampak hebat depan kawan-kawan kau.

Aku ni kau anggap macam kain buruk. Kau tak ikhlas pun berhubungan dengan aku, Zairy. Perasaan aku kau tak pernah fikir. Aku je yang kena jaga hati kau.

Dia mencapai tangan aku.

"Jom. Sekali ni je."

"Kain saya dah kotor. Saya taknak malukan awak."

"Kita pergi tukar. Saya ada beli baju lain. Elin pakai baju tu ya."

Tengok. Dia mahu aku jadi seperti yang dia inginkan.

Aku menunduk. Aku kena bertahan. Sebab aku sayangkan Ezairy.

"Okay. Kalau itu yang awak nak."

Dia senyum. Dia menang.

Setibanya kami di majlis, Ezairy hanya membiarkan aku keseorangan. Dia berbual dengan rakan-rakannya tanpa mempedulikan aku.

Aku mula rasa bosan. Untuk apa aku datang? Untuk jadi tatapan rakan-rakannya yang mata keranjang?

Aku bangun. Menuju ke tempat makanan. Lebih baik aku isi perut.

"Hai... Elin kan?"

Seorang lelaki menghampiri aku. Aku cuma mengangguk. Malas nak berbual.

"I'm Iz."

Dia menghulurkan tangan. Aku hanya memandang sepi.
Tangan ligat mencedok lauk.

"You ni girlfriend Ezairy ke?"

Kau tak nampak ke aku datang dengan dia? Takkanlah aku ni adik dia pulak.

"Aah."

"Elin, you ni cantik la. Jadi girlfriend I nak?"

Apa punya soalan la. Ni yang aku rasa hangin ni.

Aku buat tak tahu.

"Elin..."

Dia memandang aku atas bawah. Seolah mahu menerkam aku saat itu juga.

"Ezairy tu tak pedulikan you pun. Dia tu cuma jadikan you tempat sandaran. Hanya mengisi kekosongan dia sahaja. Kesian you, Elin. Percayakan lelaki macam tu."

Dada aku mula berombak. Jantan sekor ni memang nak makan pelempang.

"Apa yang awak nak cakap sebenarnya ni?"

Dia senyum senget.

"Ezairy tu tak hairan langsung dekat you. Better you cari someone yang betul-betul suka dekat you."

Dia mula mempengaruhi. Dengan kata-kata racunnya.

Aku berlalu ke meja makan.

"Elin..."

Dia cuba mengelus rambut aku.

"Apa ni?"

Aku membentak marah.

"Tolong hormat saya Iz."

Semua mata memandang kami. Ezairy yang mendengar suara aku dari jauh datang mendekati.

"Elin... Kenapa ni?"

Biadap betul. Dia ingat aku ni adik dia ke? Jantan tak guna.

"Kau apehal? Kau sentuh dia eh?"

Ezairy mencengkam kolar baju Iz.

"Aku nak try je. Mana la tahu boleh dapat."

Iz sengih.

"Langkah mayat aku dulu. Kau takde hak."

Ezairy mencengkam kasar kolar baju Iz.

"Kau bukan suka Elin pun. Kau cuma nakkan perhatian dia je."

Aku memandang Ezairy. Dia sudah merengus kasar. Sudah mengangkat tangan mahu menghadiahkan sebijik penumbuk.

"Zairy... Jangan. Jom kita balik."

Aku sempat menahan. Dia memandang aku.

"Zairy, kalau kau taknak Elin, kau boleh pass dekat aku."

Telinga aku berdesing.

Ingat aku ni perempuan murah ke? Nak main pass sana sini?

"Setan la kau ni!"

Ezairy menolak Iz sehingga jatuh ke lantai.

"Kau jangan ganggu Elin. Dia hak aku."

Ezairy mengamuk. Aku jadi takut. Dia memandang aku bengis. Lantas, menarik tangan aku kasar.

Sampai saja dalam kereta, dia hanya mendiamkan diri. Sampai di lampu isyarat merah, dia menghalau aku keluar dari kereta.

"Keluar, Elin."

Dia suruh aku pulang sendiri.

"Awak..."

Sedikitpun dia tidak pandang wajah aku. Sedikitpun tidak mahu memujuk aku.

Aku membuka pintu kereta. Dan menghempas pintu dengan kuat.

"Elin..."

Mak menyentuh lembut bahu aku. Aku terus tersedar dari lamunan.

Itu mak kata baik? Lelaki macam tu? Dia boleh pergi mati. Elin bencikan dia sangat-sangat.

"Elin..."

Aku memandang Kak Rose.

"Tuan Ezairy panggil."

Aku tunduk. Tak sampai lima minit aku keluar dari bilik dia.

"Elina Nurin!"

Dengar suara Ezairy memekik memanggil nama aku.

"Kak Rose... Saya baru nak hirup udara segar. Angin ribut datang lagi."

Aku menunduk.

"Dia berhangin semacam hari ini. Hati-hati Elin."

Aku memejamkan mata. Terpaksa hadap angin ribut Ezairy.

Aku mengetuk pintu.

"Masuk!"

Ezairy memandang aku tajam.

"Elin... Aku suruh kau kemas fail ni. Bukan lagi menyelerakkan."

Aku telan air liur. Aku dah buat Ezairy marah.

"Saya dah kemas tadi. Dah susun elok-elok."

Aku tahan sabar. Aku tengok meja dia berselerak. Apa sudah jadi?

"Ezairy, saya tak tahu macam mana jadi macam ni."

Ezairy mencerlungkan mata.

"Habis tu siapa yang buat jadi macam ni? Aku ke?"

Aku tertunduk.

"Saya... Tak tahu apa-apa."

Dia mencampakkan satu fail dan memang terkena tepat pada kaki aku. Bayangkan fail tu sangat tebal.

Sakitnya. Aku terpaksa tahan. Ibu jari kaki aku seperti berdarah.

"Kau ambik fail ni. Susun semula."

Aku tunduk mengutip satu persatu kertas yang berselerak di atas lantai.

"Tuan..."

Aku memejamkan mata. Aku perlu katakan juga. Tak mampu nak simpan dalam hati. Dengan sedikit keberanian yang ada, aku menentang anak mata dia.

"Tuan Ezairy, saya minta maaf jika kerja saya tak memuaskan hati. Kalau Tuan nak pecat saya, pecat je. Jangan seksa saya macam ni."

Dia berjalan ke arah aku. Menunduk dan berbisik di telinga aku.

"Hati aku takkan pernah puas kalau tak seksa kau. Aku suka tengok kau rasa terseksa."

Ayat yang begitu menghiris. Ezairy tak pernah berubah. Sama saja seperti dulu.

"Elin, kau kena bertahan. Terima kemarahan aku sampai hati aku sudi memaafkan kau."

Dia menghukum aku. Tidak sedarkah dia aku yang begitu terseksa selepas perpisahan kami?

Ibu jari kaki mula berdenyut. Kepala aku mula berpinar.

Aku cuba keluar dari bilik. Namun, jatuh terjelepok.

"Elin!"

Suara Ezairy hampir di telinga. Tubuh aku dicempung oleh dia.

Dunia gelap gelita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience