Bab 24

Romance Series 93289

7.00 pagi.

Kaki melangkah ke balkoni kamar. Senyuman dikembangkan. Tangan didepakan. Udara yang segar.

Simpankan sepiku. Simpankan semua.

Sedih. Terpaksa meninggalkan Jepun sekali lagi. Tempat ini... Bukan milik aku.

Sedang mataku melilau menghadap pemandangan yang indah, mataku terpaku pada satu susuk tubuh di laman rumah.

Ezairy...

Dia baru selesai jogging. Bajunya agak basah kuyup dipenuhi peluh.

Auranya masih ada. Setiap kali menghadap dia, jantung aku berdegup laju.

Aku mengorak langkah ke dalam kamar.

"Elin!"

Suaranya memanggil.

Terpaksa aku menoleh. Ezairy sedang melambaikan tangan sambil tersenyum manis.

Ada rasa yang bergetar. Aku menyeka air mata. Melihat wajah dia, separuh hati aku teruja. Separuh hati aku sedih.

"Jom, breakfast sama."

Aku menongkat dagu.

"Kejap lagi saya turun."

Aku melaung.

Dia menepuk perut.

"Lapar."

Semuanya seperti satu mimpi. Dejavu. Aku pernah mimpikan apa yang sedang berlaku di depan mata.

"Okay."

Masuk saja di dalam kamar, aku terus rebahkan badan di atas katil yang empuk.

Macam mana aku nak kawal hati aku di depan dia? Hanya kerana satu malam... Di bawah pokok Sakura, perasaan tu datang lagi.

Perasaan kosong mula pergi.

Tapi aku kena berhati-hati, takut Ezairy game aku lagi. Mungkin aku terlalu paranoid.

Elin, kau kena buat macam biasa. Mungkin ni cuma mainan perasaan. Sakura, tolong jangan kejam pada aku.

Kaki melangkah menuruni anak tangga. Menuju ke dapur. Pembantu rumah menatang tray ke laman.

Aku menolak pintu sliding. Mengorak langkah ke meja makan di depan kolam renang.

"Zairy..."

"Morning, Princess."

Aku menjeling. Tidak suka dipanggil begitu. Aku taknak dia berharap.

"Rajinnya awak jogging."

Tangan mencapai roti bersalut Nutella.

"Untuk kesihatan."

"Malam tadi, kenapa saya tak nampak pembantu rumah langsung?"

Dia menyuap makaroni goreng dengan selamba.

"Saya hire untuk siang sahaja. Malam diorang pulang."

"Oh."

Maknanya malam tadi aku berduaan dengan dia dalam rumah besar ni? Seram. Nasib baik takde benda buruk jadi.

"Kenapa?"

Aku menggeleng laju.

"Rumah awak ni besar sangat. Pemandangan pun nice."

"So, suka tak duduk sini?"

Soalan yang macam mana tu? Hmm.

"Okay kot."

"Hope you like it."

"Saya okay je."

Simple je jawapan aku. Malas nak kusutkan fikiran. Aku anggap itu pertanyaan kosong.

"Lagi setengah jam kita gerak boleh?"

Aku mengangguk. Dah ready nak pulang.

"Good. Kita jenguk Mama kejap."

Mama Hana...

Aku dah fikir masak-masak. Mungkin ini yang terbaik. Ezairy tak perlu tahu apa plan aku.

Tapi, Mama Hana akan bersetuju kah?

Mama Hana senyum melebar melihat kami berjalan menghampirinya.

"Airy, nak balik dah?"

Wajah Ezairy muram.

Dia terus memeluk Mama Hana.

"I don't wanna go back Malaysia without you, Mom."

"Kerja Airy tu lagi penting. Mama okay jela."

"Jomlah, Ma. Ikut kami."

Luluh hati aku melihat dua beranak ini.

"Mama tak sunyi ke stay sini sorang? Erika bukan selalu balik pun."

"Mama okay. Tengok ni... Sakit-sakit pun masih lagi boleh mengait baju knitwear."

Ezairy menunduk.

Aku sentuh tangan dia. Mata kami bertatapan seketika.

"Ma, Ezairy nak buat panggilan kejap. Elin, tolong tengokkan Mama kejap ye."

Aku menjawab dengan senyuman nipis.

Sebaik saja dia beredar, aku memandang Mama lama.

"Mama... Elin ada benda sikit nak cakap."

Mama Hana menjongket kening.

"Kami dah bersepakat nak bawa Mama pulang."

"Elin... Kan Mama dah beritahu semalam..."

"Dengar dulu apa yang Elin nak cakap."

Aku menarik nafas panjang.

"Airy sayangkan Mama. Elin pun sayang Mama. Kami taknak Mama sunyi. Elin perhati dia selalu susah hati bila Mama takde depan mata dia. Elin kenal Airy tu macam mana walaupun tak sepenuhnya. Dia betul-betul risaukan Mama. Jadi, kalau dengan cara ni Mama akan sentiasa ada depan mata kami... Elin sanggup... Untuk jadi isteri Ezairy."

Gulp.

Betul ke tindakan aku ni? Kata-kata aku...

Mama Hana terkaku. Lama kelamaan baru bibirnya bercantum mengukir senyuman.

"Betul ke ni?"

Mata Mama Hana bersinar. Terkejut. Barangkali tak percaya dengan apa yang aku lafazkan.

"Yes."

Bahu aku dipeluk erat.

"Alhamdulillah. Terima kasih Elin."

Elin tak sanggup nak lihat Ezairy sedih lagi.

"Atau dia paksa Elin?"

Aku menggeleng laju.

"Tak. Dia tak tahu apa-apa. Elin harap Mama rahsiakan apa yang Elin beritahu ni pada dia."

"Kenapa?"

"Ezairy tak perlu tahu. Dan, Elin tunggu masa yang sesuai untuk terima lamaran dia."

"He proposed you?"

Aku mengangguk.

Yes. Malam kami di bawah pohon Sakura. Aku masih simpan cincin yang dia berikan.

Hanya kerana satu malam. Walaupun perasaan yang ada cuma la saki baki, tetapi aku yakin kali ini dia tak bergurau.

"So, macam mana? Mama ikut kami tak?"

Aku berharap sangat Mama Hana setuju. Kalau tak... Kesian pada dia.

"Okay. Mama setuju. Mama tak sabar nak tengok Airy kahwin dengan Elin."

Mama Hana tampak gembira. Teruja.

Asalkan Mama dan dia bahagia. Elin sanggup ketepikan perasaan sendiri.

Ezairy menolak pintu. Terpinga-pinga melihat kami berpelukan.

"Ada something yang Airy tak tahu ke?"

Aku mengenyit mata pada dia.

"Mama setuju. Awak boleh deal dengan pihak hospital untuk transferkan Mama ke hospital Malaysia."

Automatik dia teruja.

"Betul ke, Ma? How? Ya Allah. Syukur."

"Elin... Thank you."

Aku mengangguk.

Awak tak perlu tahu apa yang menyebabkan Mama awak setuju.

Saya bukan beri janji kosong. Semuanya kerana Sakura.

Hati saya masih tertinggal di sini, Ezairy. Saya yakin dengan apa yang saya rasa.

Aku tak sabar nak pulang ke Malaysia. Terlalu rindukan Mak di rumah. Semoga semuanya baik-baik sahaja selepas ini. Urusan hati kami, semoga Allah permudahkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience