Bab 13

Romance Series 93289

"Selamat Hari Lahir, Makcik. Semoga sentiasa sihat, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Semoga saya terpilih menjadi calon menantu."

Eh, seriuslah. Suka hati je cakap macam tu.

Mak tersenyum lebar memandang Ezairy. Mana taknya, ada orang tu cuba beli jiwa Mak aku.

"Elin..."

Mak memandang aku yang sedang menjeling Ezairy.

"Ya."

"Kenapa tak makan tu?"

Hmm. Takde selera la, Mak.

Ezairy menjongket kening.

"Zairy... Elin ni kan suka sangat termenung. Makcik tak faham dengan perangai dia."

Aku mencebik bibir.

"Ehem. Elin ni kan dekat ofis pun sama je. Kuat berangan. Rotan je dia ni makcik. Tak fokus buat kerja."

Hantu betul Ezairy ni! Pergi mengadu dekat Mak pulak.

Aku mencapai garfu. Pancake di dalam pinggan aku tunjal-tunjal dengan geram.

Eeii, geram! Rasa nak cocok je mata Ezairy dengan garfu.

Dia pandai ambil hati Mak. Belanja Mak macam-macam. Mak ni dahlah jenis cepat terhutang budi.

"Elin!"

Mak menegur aku tegas.

"Haish. Kenapa tak makan pancake tu? Kenapa tunjal dengan garfu?"

Tangan aku terhenti.

Pancake ni sama je macam Ezairy. Nampak manis. Tapi sebenarnya tawar jika dibuang manisan tu.

"Kenyang." Aku menjawab sepatah.

"Tak elok buat makanan macam tu."

Aku tersedar. Ya Allah.

Kenapa aku emosi sangat malam ni?

"Saja je."

Aku benci bila Ezairy cuba nak ambil hati aku semula. Pergi mati la.

"Elin..."

"I'm so sorry dengan tindakan saya yang dulu."

Reti pulak minta maaf depan Mak aku.

Mak memandang aku dan Ezairy bergilir.

"Okay. Tapi dengan satu syarat."

Ezairy seperti teruja kerana aku mahu memafkan dia.

"Syaratnya..."

"Ezairy, awak kena berambus dari hidup saya. Sebab awak bawak suwey dekat saya."

Aku memandangnya tajam. Aku memang maksudkan kata-kata aku.

"Elin!"

Mak bersuara tegas.

"Kenapa cakap macam tu? Mak tak pernah ajar jadi biadap depan orang."

Sebab aku sengaja biadap. Supaya Ezairy takkan ganggu hidup aku lagi.

Jadi tunggu apa lagi? Berambuslah.

Aku bangun.

"Jom kita balik, Mak."

"Saya hantar."

"Tak payah. Terima kasih."

"Dia ni dulu, pernah tinggalkan Elin kat tepi jalan. Buat Elin macam kain buruk. Untuk kesat najis dia je."

Aku memegang tangan Mak. Mengambil beg kertas.

"By the way, thanks sebab belanja Mak saya. Semoga Allah balas segala kebaikan awak. Tapi ingat, kifarah menerjah tanpa salam. Saya dah terima kifarah. Tak lama lagi awak pulak. Assalamualaikum."

Aku berlalu meninggalkan dia yang masih terkedu.

Ezairy tidak menghalang aku. Seperti biasa dia hanya akan memandang aku dari kejauhan sama seperti dulu.

Ah, awak memang hati kering, Zairy.

Aku memimpin tangan Mak dan keluar dari restoran.

"Elin..."

Suara Mak cuba memujuk hati aku.

"Janganlah marahkan dia, nak."

Aku rasa sedih. Kenapa dia nak berbaik semula dengan aku? Bodek Mak. Beli jiwa Mak.

Mak pun sama je. Dulu paksa aku terima orang lain.

Sekarang nak suruh aku kembali pada dia pulak?

Hidup ini memang tidak adil. Kalau adil, dah lama aku temui perkataan happy ending. And they happily ever after.

Semua orang buat aku ni macam patung. Macam takde perasaan.

"Elina!"

Suara Ezairy membuatkan aku berpaling.

"Saya betul-betul minta maaf. Saya cuma nak buat awak happy. Macam dulu. Dan saya tak berniat nak beli jiwa Mak awak."

Tak berniat. Minta maaf. Tak berniat. Minta maaf.

Asyik ulang perkataan yang sama. Cuba la guna perkataan yang menyejukkan hati.

Panas hati aku dengar.

"Makcik, esok saya nak bawak Elina temankan saya pergi kursus. Tiga hari. Saya nak minta permission dari makcik sendiri. Saya janji akan jaga dia baik-baik kat sana."

Aku meneguk air liur.

Pergi mana?

Aku hampir terlupa tentang kursus. Tolonglah, Mak. Jangan bersetuju. Elin rasa macam tercekik tiap kali berdepan dengan dia.

Tak sanggup lagi.

"Zairy, makcik izinkan."

Bulat mata aku memandang Mak. Nampaknya Mak takkan pernah menyebelahi aku.

"Elin, pergi sana buat kerja. Dan jaga perangai tu baik sikit. Ezairy bos. Dengar cakap dia."

Apa ni?

Tuan Ezairy ni cuma bos. Bukan suami. Apehal aku nak dengar cakap dia?

"Mak..."

Suara aku dah mula meleret.

"Elin ada kerja lain nak kena siapkan. Weekend nak kena gantikan Mimi kerja kat kedai bunga."

Aku sengaja beri alasan. Memang aku tak boleh berenggang dengan bunga.

"Bunga tu tak penting."

Dia menyampuk kata.

Siapa kata tak penting? Kerana Sakura aku jadi begini.

"Kalau nak tengok bunga hari-hari, saya boleh belikan kedai bunga. Ataupun, ikut saya pergi kursus. Kat situ macam-macam bunga ada."

Hah, nak buat lawak. Aku lempang jugak kang dia ni.

Setakat bawak aku pergi Cameron Highland buat apa. Aku nak tanah ekar yang luas supaya aku boleh tanam bunga.

Relevan tak kalau aku minta tanah pula? Haritu dia dah hadiahkan sebijik kereta Ferrari. Gila.

Ala. Kena pergi jugak ke? Mak... Elin taknak.

Aku menjerit di dalam hati.

"Jom. Saya hantarkan balik."

Dia jalan menonong menuju ke kereta. Tanpa mempedulikan aku yang tidak mahu.

Mak menuruti langkah Ezairy. Bencinya!

Nak taknak, aku masuk juga ke dalam kereta milik dia. Dan terpaksa duduk di sebelahnya. Memandangkan Mak telah mengambil tempat duduk di belakang.

Dia hanya mengerling aku di sebelah.

"Malam ni packing la baju. Bawak luggage ya. Esok pagi saya datang jemput. Flight kita pukul 10.00 pagi."

Aku menarik nafas. Lama.

Kata-katanya bagaikan satu arahan.

Aku mengusap dada. Lebih baik aku menyabarkan hati. Takut aku naik angin. Silap-silap aku tertumbuk hidung dia yang mancung macam anak Jepun tu.

Takura Kimuya la sangat. Won Bin la sangat.

"Okay."

Aku membalas lambat-lambat. Kereta menyusur laju menuju ke rumah.

"Elin!"

Suara Mak memanggil nama aku.

Mata tercelik. Kenapa aku rasa harini macam ada sesuatu yang penting ye?

Tok. Tok. Tok.

Bunyi ketukan pintu bergema.

"Zairy dah sampai. Mak ajak dia breakfast dulu."

Aku menggosok kelopak mata. Suara Mak sayup-sayup kedengaran.

"Ye Mak. Kejap. Elin nak bersiap."

Aku terlajak bangun.

Malam tadi aku tak boleh tidur. Sebab aku taknak ikut Ezairy. Tapi dipaksa dan terpaksa.

Menggelabah aku menyelinap masuk ke dalam bilik air. 10 minit kemudian, aku mencapai baju yang tergantung dan bersiap selaju yang mungkin.

Setelah selesai bersiap, aku memandang diri di cermin. Rambut aku tocang satu. T-shirt lengan pendek dipadankan dengan jeans biru. Jaket hitam aku capai. Luggage aku tarik keluar dari bilik.

Aku memandang dia. Dia tergamam memandang aku. Seminit kemudian, dia ukirkan segaris senyuman.

Aku menjulingkan biji mata.

Jangan jatuh dalam perangkap dia, Elin.

"Mak..."

Aku duduk di meja makan.

"Bangun lambat ke?"

Aku mengangguk.

"Mengantuk."

Aku menuang air kopi ke dalam cawan. Lalu meneguknya rakus. Dahaga. Nasib baik air kopi sudah semakin sejuk.

"Subuh tak?"

Mak mengerling.

"Subuh."

Ezairy memandang aku. Seperti meminta pengertian. Aku tahu dia nak cepat tiba di airport.

"Mak... Elin dah lambat ni."

"Mak dah bekalkan breakfast. Nanti makan la dalam flight. Share dengan Ezairy. Dia makan bertambah tadi."

Dia senyum.

Eleh. Zairy. Zairy. Zairy itu. Zairy ini.

Hmmm.

Aku mengambil bekas makanan.

Tergesa-gesa mengejar Ezairy yang keluar dari rumah.

"Makcik... Saya pinjam Elin untuk 3 hari. Insyaallah saya akan jaga Elin baik-baik. Nanti sampai sana, saya call makcik."

Cara Ezairy cakap, macam penuh makna. Nak bawak aku lari mana?

"Okay. Makcik percayakan Ezairy."

Percaya?

Hei, aku ni asyik paranoid je.

Aku menyalami tangan Mak.

"Jaga diri baik-baik, Elin."

Aku memandang Mak dengan pandangan sayu.

"Elin..."

"Passport bawa tak?"

"Passport? Bukan ke kita nak pergi kursus dalam Malaysia je?"

Dia berdehem.

"Bawa je."

Memang aku sentiasa bawa ke mana-mana pun.

Ezairy melarikan anak mata.

Kami bergandingan jalan. Luggage dimasukkan ke dalam kereta.

Aku masuk ke dalam kereta. Aku masih tak puas hati. Memandang tingkap.

"Sebenarnya kita nak pergi mana?"

"Nanti jela saya beritahu."

"Hmm. Sukahati je seret anak dara orang. Ingat saya ni anak kucing ke?"

"Kalau anak kucing dah lama dah saya timang-timang."

Eeiii, gatal. Dahlah gatal. Sengal pulak tu.

Kami sama-sama terdiam.

"Sekali kelopak bunga Sakura gugur, ianya akan layu di tanah. Dan aku telah menguisnya jauh."

Dia menuturkan ayat hikmat aku.

Cukup. Hanya aku yang je yang boleh berkata ayat itu.

"Get ready, Elin."

Dia terdiam seketika.

"Kita akan ke Jepun."

Hah? Jepun?

Gugurnya kelopak bunga Sakura.

Kenapa aku harus ingat perkara lepas?

Aku memandangnya tanpa riak. Tidak mampu menuturkan kata.

Kali ini, bunga Sakura akan gugur dengan lebih banyak. Mungkin hati aku akan menangis lagi lebat dari Sakura.

Sampai hati awak...

Share this novel

Maslina Senen
2019-11-29 17:31:54 

ada sambungan atau sudah tamat


NovelPlus Premium

The best ads free experience