Bab 1

Romance Series 93289

"Kita putus."

Mencerlung mata lelaki di hadapan aku ini.

"No."

"Yes. Putus."

Hati aku dah tawar. Aku, si Elin yang juga punya perasaan.

"Saya harap kita takkan bertemu lagi. Jangan muncul depan saya."

Aku nekad. Cukuplah.

"No. I said no."

Dia cuba menghalang.

Tapi, aku takkan kembali padanya. Kerana aku tidak mahu terdera emosi sekali lagi.

"Cik Elina Nurin!"

Dia menepuk kasar ke permukaan meja.

Tersentak aku dibuatnya.

"Kalau nak berangan, tak payah datang temuduga."

Aku tiada niat nak berangan. Tapi bila aku lihat wajah dia, aku terkenang kisah lama.

Kisah aku dan dia.

"Maaf. Saya takde niat nak buat awak marah."

"Panggil aku Tuan Ezairy."

Aku tahu dia masih berdendam dengan aku.

Dia memandang aku tajam. Seperti mahu menelan aku hidup-hidup.

"So, macam mana life kau sekarang? Dah kahwin?"

Macam takde soalan lain nak tanya.

Aku menggeleng.

"Kenapa? Tak laku ke? Bukan ke kau tinggalkan aku sebab jantan lain? Masih tak jumpa lagi the right man?"

Aku menghela nafas. Dia memang sengaja cari gaduh. Mahu mengungkit kisah lama.

"Tak perlu la nak ungkit kisah lama, Tuan Ezairy."

Dia senyum senget.

"Padan muka kau. Kifarah untuk kau."

Kejam betul ayat dia.

"Saya yang pilih taknak kahwin. Dari tersalah pilih suami, tak hingin saya perjudikan hidup untuk lelaki durjana."

Ambik kau. Kau ingat aku nak berdiam diri? Macamlah kau tu malaikat sangat.

"Nampak tak sekarang, kau datang menyembah aku. Mohon kerja. Kau yang datang semula dalam hidup aku."

Apa maksud dia ni? Aku tak tahu pun company ni milik dia.

"Tuan Ezairy, kalau masih nak berdendam, nak sindir saya. Lebih baik saya angkat kaki sekarang."

Aku bangun.

"Kejap!"

Dia memegang tangan aku. Menahan aku pergi.

"Aku tak suruh kau pergi. Kalau dah masuk sini, jangan harap nak keluar."

Aku terduduk semula. Tangan aku tarik laju dari membiarkan dia pegang.

"Rose, masuk sini kejap."

Dia memanggil setiausahanya yang bernama Rose melalui interkom.

"Yes, Tuan."

"Ramai lagi tak dekat luar?"

"Ada lagi tiga orang."

"Suruh diorang balik. Cancel interview."

Hah? Eh, suka hati dia je.

Rose buat muka pelik.

"Tapi Tuan... Takkan saya nak halau diorang balik?"

"Just do it."

Apa plan dia ni?

"Buat surat perlantikan untuk Cik Elin. Dia akan jadi setiausaha saya. Menggantikan tempat awak nanti."

Hah?

Aku jadi setiausaha dia?

"Baik, Tuan."

Rose memandang aku dan lemparkan senyuman.

Tuan Ezairy memandang aku tajam.

"Dan kau... Elin. Kau akan jadi hamba abdi aku selama-lamanya. Ini hukuman untuk kau. Sebab tinggalkan aku dulu."

Aku terlopong.

"Saya mohon jawatan pegawai pemasaran. Bukan jawatan setiausaha."

Dia senyum mengejek.

"Kau layak jadi orang suruhan aku je."

Ni yang aku tak puas hati. Tak guna betul Ezairy ni.

Penat-penat je aku belajar course Marketing di Hitotsubashi University Business School, Jepun.

Tak pasal je jadi hamba dia. Menyesal aku datang. Hidup ni memang tak adil.

"Elin... Kau seingat semudah tu aku nak lepaskan kau?"

Aku meneguk air liur. Habislah aku.

Kifarah menerjah tanpa salam.

"Elin! Bangun. Subuh dah ni. Lepastu kan kena bersiap nak pergi kerja."

Mak menarik selimut aku. Memaksa aku membuka mata.

"Nantilah Mak. Elin cuti tak boleh solat harini."

Aku masih mengantuk. Pagi tadi Ezairy muncul dalam mimpi aku lagi. Aku terjaga jam 5 pagi. Lepastu aku terus tak boleh tidur.

"Bangun. Siap-siap pergi kerja. Harini kan hari pertama Elin masuk kerja."

Terus saja aku membuka mata.

Tidak. Aku taknak kerja kat situ. Dia akan seksa hidup aku cukup-cukup.

"Mak... Elin tak jadi la kerja situ. Malas."

Mak mengelus rambut aku.

"Kan susah nak cari kerja sekarang. Takkanlah tak jadi pulak?"

Mak takkan faham. Elin kena menghadap dia Mak. Elin tak sanggup.

Aku terus duduk bersila. Memandang Mak.

"Bos Elin tu Mak. Dia... Takkan biarkan Elin hidup bahagia."

Aku menggosok mata kanan. Cakap pasal dia je dah rasa nak nangis.

"Kenapa dengan bos Elin tu?"

"Dia... Ezairy. Bekas teman lelaki Elin masa study dekat universiti Jepun tu dulu."

Mak senyum.

"Kenapa Mak senyum?"

Pelik aku dengan senyuman Mak.

"Ezairy yang Elin masih tak boleh nak lupakan tu?"

Aku tertunduk. Malu. Aku yang tinggalkan dia dulu. Tapi dalam hati aku... Hanya Allah yang tahu.

"Kerja je macam biasa. Hadap dia. Lagipun Ezairy tu budak baik kan?"

Baik? Mak silap... Sebab perangai dia yang buat Elin sedih la, Elin angkat kaki.

Serta merta ingatan aku teringat kisah lama. Tak guna punya Ezairy.

Share this novel

sitic mariam
2020-02-02 23:36:33 

menarik

sitic mariam
2020-02-02 23:36:28 

menarik

sitic mariam
2020-02-02 23:36:23 

menarik


NovelPlus Premium

The best ads free experience