Bab 14

Romance Series 93289

Aku berjalan mengekori langkahnya dari belakang. Mamat ni jalan laju la. Penat aku nak kejar. Suasana di airport seperti biasa padat dengan orang yang mengejar penerbangan. Dan aku... Tidak tahu mengapa aku harus berada di sisi dia. Di saat ini.

"Elin..."

Dia berhenti serta merta. Memandang aku dan spek mata hitam ditanggalkan.

"Yes, bos."

Ish, nak brek langkah pun beragak la. Sikit lagi wajah dia hampir berlaga dengan aku.

"Ada few things yang aku nak kau ikut sepanjang kita kat Jepun."

Tengok. Dia dah start ber-aku-kau dengan aku. Berhangin betul la dia ni.

"First... Kau tak boleh tinggalkan aku macam tu je. Harus di sisi aku 24 jam. Second, task yang kau kena buat, kau kena siapkan before tomorrow morning. Third, jangan nak merayau sorang-sorang bila kita sampai sana. Last but not least..."

Ezairy menggantungkan katanya. Lalu, membisikkan sesuatu di telinga kiri aku.

"Be my Sakura..."

Gulp. Jantung aku berdegup laju. Aku faham maksud Sakura pada bicara dia.

Menjadi bunga Sakura yang tidak layu. Mekar indah di musim bunga.

I don't wanna be a stupid Elina Nurin, Ezairy.

"Tuan... Saya ni cuma..."

Belum sempat aku menghabiskan kata, dia berjalan meninggalkan aku yang termangu di sini.

Ezairy, moron. Suka buat hati aku hancur berderai. Kenapa suka paksa aku?

Sabar, Elin. Sabar.

Aku ni cuma secretary dia. Masakan aku harus jadi Sakura seperti yang dia inginkan.

In your dreams, Ezairy.

Jepun... Sudah lama tidak ke sana. Benarkah aku harus membiarkan Sakura berbunga mekar sekali lagi?

"Elin..."

Aku benci la dengar dia panggil aku dengan nama tu.

Dia tak layak nak menyebut nama aku. Dahlah paksa aku ikut dia pergi Jepun.

"Marah lagi ke?"

Sepanjang dalam flight, aku tak mengeluarkan sebarang suara. Takde ek. Takde oh.

Pertanyaannya aku tak balas.

Cukuplah jadi kejam pada diri aku. Aku masih tak dapat memaafkan diri sendiri.

Kadang-kadang aku rasa, Allah sengaja jauhkan aku dari dia. Untuk aku belajar cara menghargai dan dihargai.

Tapi... Sekarang, hati aku kosong. Dulu aku pernah berharap dia buka hati untuk aku. Tapi sekarang, tiada harapan aku akan buka hati untuk dia.

"Kita pergi sana bukan saja-saja. Ada urusan."

Aku memekakkan telinga.

"Ada orang nak jumpa dengan Elin."

Setahu aku, tiada siapa yang mahu bertemu aku.

Aku memejamkan mata. Membuka volume mp3 dengan nada yang kuat.

Abaikan dia, Elin. Jangan sakiti hati sendiri. Tak guna simpan rasa sedih.

Dia bukan reti nak rasa apa. Hati kering.

Ezairy yang aku kenal tak pernah pedulikan orang lain. Sebab tu dia menjadi seorang yang berjaya. Sebab dia pentingkan diri sendiri.

Suara operator membuatkan mata yang terpejam terbuka kembali.

Aku memandang pemandangan ke luar tingkap. Awan yang berkepul indah menenggelamkan aku dalam satu lamunan panjang.

Nasiblah dapat duduk tepi tingkap. Mamat kekwat ni faham jugak perasaan aku. Tengah rasa berbaur.

"Elin..."

Aku menoleh sekilas.

"How are you feeling right now?"

Gulp.

Of course aku rasa berkecamuk.

Nak marah. Tapi aku terpaksa ikutkan semua kata-kata dia.

"Okay."

Sepatah aku menjawab. Tidak mampu untuk berkata lebih.

"Kali ni saya harap Sakura takkan mengecewakan saya."

Confidentnya.

"Depends." Jawabku sambil mengangkat sebelah bahu.

"I'm sure."

Hmm. Layankan je. Sukati kau la, Ezairy.

"Awak tak bagi kat saya pun tentatif untuk hari esok."

"Ohh. Nanti jela."

Dia kembali menutup matanya. Buat-buat tidur.

Eh, bengangnya rasa.

"I need to know your schedule."

Dia diam membisu.

"Later, Elina."

Grr. Aku cekik jugak mamat ni.

Lebih baik aku sambung mengelamun. Sekurangnya boleh menenangkan hati. Tapi... Aku pasti teringat hal lama. Itu yang aku kurang suka.

Part yang paling menyakitkan di saat Sakura gugur. Dan insiden sebelum aku menghilang. Semua kejadian tu terlayar bagaikan semalam ianya berputar di minda. Pedih.

Arghh.

Aku memejamkan mata. Berharap mimpi semalam muncul semula. Mendengar alunan lagu yang mengusik rasa membuatkan aku terlena.

Haneda Airport, Tokyo. 2019.

Mahu aku buka satu persatu lipatan ingatan yang aku masih tersimpan kemas ke?

Tak pernah sekalipun aku lupa.

Dulu aku jadi Elin yang terlalu naif. Ezairy itu. Ezairy ini. Terlalu leka dalam mengejar benda yang tak pasti.

Kan aku dah cakap, aku cuma tempat kesat najis dia.

"Kita dah sampai Jepun. Welcome, Elin. To my hometown."

Aku memandang pemandangan luar kapal terbang. Sepi.

Tidak seceria dulu.

"Thanks sebab sudi temankan saya balik sini."

Dia berbisik di telinga kanan aku.

"No thanks. No sorry. I don't need it."

Takkan aku lupa kata-kata dia yang menyakitkan.

"Elin... Please... Tolong jangan hukum saya."

Aku senyum. Agak sinis.

"Siapa yang hukum awak? Saya bukan Tuhan."

"Boleh tak saya nak kembalikan Sakura kita?"

Rasanya tak perlu. Aku jadi begini bukan kerana ego. Bukan kerana terluka. Tapi kerana rasa penat.

"Kita datang sini untuk kursus. Saya hormatkan awak sebagai bos. Tolong jangan buat saya hilang hormat."

Suara aku makin bergetar. Resah dalam hati aku terpaksa sorokkan.

"Tapi..."

"Saya nak ulang semula kenangan lama."

Lihatlah. Begini sikap orang yang suka mengingatkan aku tentang luka.

Hello, bro. Can you move on? Dah lima tahun berlalu. Aku taknak ingat Sakura yang menyedihkan.

Oh Ezairy. Jangan lupa cinta kadang-kadang akan pudar. Cuma perasaan tamak mahu memiliki.

"Saya faham awak masih marah. Dan saya akan cuba kembalikan Sakura dalam hati awak."

"Tak payahlah. Kita harus pandang ke depan dan melupakan. Saya taknak jadi fragile sebab cinta yang tiada makna."

Aku bangun. Mahu segera keluar dari kabin kapal terbang. Dan dia turut bangun.

It's okay to cry when there's too much on your mind. The clouds rain too when things get heavy.

Berat hati menjejakkan kaki ke sini. Seolah aku terpaksa mengingati luka lama.

"Elin..."

Melangkah keluar dari kapal terbang. Perasaan aku sekarang... Masih tergantung.

Tak tahu. Benci. Suka. Marah.

Ezairy memandang aku. Aku buat-buat kurang mengerti.

Tak perlu untuk rasa penting kesemuanya.

"Kejap lagi saya emel task yang kena Elin siapkan."

Aku tahu aku terpaksa ikutkan kesemuanya. Tapi, hati aku juga perlu dijaga.

"Saya dah tunaikan impian awak untuk ke sini sekali lagi."

Mata aku sudah berair. Siapa kata impian aku adalah untuk ke sini? Bukan melihat Sakura dengan air mata.

Penat. Untuk menjaga hati sendiri.

"Ezairy..."

Dia senyum.

"Boleh tolong tak?"

Dia mengangkat keningnya.

"Biarkan saya bersendirian. Jangan ganggu waktu lapang saya."

"I mean... Luar waktu kerja."

Iya. Aku mahu rasa ketenangan.

"Tengoklah nanti."

"Satu tu je yang saya minta."

"Okay."

Yela tu okay.

Kami beriringan jalan dan menuju ke arah kereta. Kembali menyepi tanpa suara.

Ada tempat yang teringin aku lewati. Kembali ke daerah yang menyakitkan. Tenang, Elin.

Aku berdiri di tepi balkoni. Menghirup udara segar di waktu malam.

Sebaik saja check in hotel, terus saja aku mengurungkan diri di dalam bilik ini.

Teringat semula saat dia menyerahkan kunci bilik padaku lewat petang tadi.

"Nah, kunci bilik."

Ezairy menyerahkan kunci bilik hotel pada aku.

"As I promised, kita datang sini untuk berkursus. Lepas setel semua, kita setelkan hal kita pulak."

Dia ni... Banyak sangat agenda. Selalu buat aku jadi terkedu.

"Hmm yela."

Malas aku nak berbunyi lebih.

"Kalau rasa takut duduk bilik suite tu sorang-sorang. Please feel free to come in my place."

Aku menjeling kasar.

"Joking."

Bergurau tak kena tempat. Agaknya dia lupa kesan tumbukan aku tepat mengena batang hidungnya.

Jangan remindkan aku dengan hal lama. Tahan marah ni.

"Karang tak pasal je saya kena tumbuk lagi."

Eh. Tak sangka dia masih ingat.

Masa tu aku tengah marah. Ezairy ni nampak je macam tak ambik kisah, ada waktu dia jadi lain. Itu yang paling menyeramkan.

"Dahlah. Saya nak rest. Penat sangat."

Aku menarik luggage.

"Elin..."

Suaranya memanggil.

"Yes, bos."

Dia memandang aku lama. Tiada butir bicara yang keluar.

"Have a good rest. Anything call me. Bilik kita bersebelahan je."

Hmm. Dah agak dah. Dia ni mana boleh berjauhan dengan aku.

"Okay. Bye, Zairy."

Dah lama aku tidak memanggil nama panggilan pendeknya.

Have a good rest too, Zairy.

Tiga hari di sini... Pendeknya waktu. Boleh tak aku nak stay terus?

Perlahan lahan aku melangkah menaiki lif. Menuju ke bilik hotel.

Kau cuma rindukan kenangan kau dengan dia, Elina Nurin. Just forget it.

Ting tong.

Loceng bilik berbunyi. Terus mematikan lamunan aku.

Menganggu ketenangan je. Pasti mamat Jepun ni yang menganggu.

Aku mengeluh perlahan. Menuju ke pintu. Sebaik saja membuka pintu, dia membelakangkan aku.

"Zairy..."

Dia memusingkan badan.

"Can I come in?"

Dah kenapa kau nak masuk?

"No way."

"Saja nak bersembang. Tak boleh ke?"

Sungguh aku tak faham dia ni.

"Saya penat. Tadi awak suruh saya rest kan?"

Aku malas nak bertelagah.

"Saya nak ajak awak pergi ke satu tempat."

Dia ni banyak akal.

"Ke mana?"

"Ada la."

"Bagi saya lima minit. Nak bersiap."

Ezairy mengangguk.

"Nak masuk."

Mati kutu aku dibuatnya.

"Hmm okay."

Lantas aku membenarkan dia masuk. Dan dia melabuhkan punggung di sofa. Memerhatikan tingkah aku yang bergegas masuk ke dalam tandas.

Kau dengan dia dah takde hubungan, Elin. Chill.

Entah mengapa hati aku rasa bergetar tidak menentu. Mungkin melihat Ezairy memakai kemeja putih membuatkan aku rasa debaran yang semakin mengencang!

Buat hal la jiwa kacau ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience