Bab 29

Romance Series 93289

Ezairy kaget.

Dia benar-benar tak percaya dengan apa yang dilihat di depan mata.

Kosong. Tiada cincin di dalamnya.

"Meaning?"

Dia masih blur.

"Saya dah jual cincin awak."

Aku menjawab selamba sambil meneguk air kosong.

"Elin, jangan main-main boleh tak?"

Aku sengih.

"Siapa cakap saya main-main?"

"Yela, asyik buat saya confuse je."

Padan muka. Kau pun sama jugak main tarik tali.

Aku menyorokkan jari di bawah meja.

Seketika, aku menggawang kembali tangan kiri di depan dia.

"Tengok... Takde kan? Kosong."

Sengaja mahu lihat reaksi dia yang makin kusut. Sesekali seronok kenakan Ezairy. Asyik buat aku sakit hati je.

"So, kat mana cincin tu? Takkanlah awak dah jual betul-betul cincin tu?"

Dia tarik wajah masam. Tak puas hati tengok wajah selamba aku.

Aku jongket bahu.

Mulut masih sambung mengunyah.

"Elin..."

Suara dia sayu semacam je.

Kesian pulak aku perhati dari tadi.

Tangan aku keluarkan rantai di leher.

"Saya simpan cincin awak... Dekat sini. Dekat dengan hati saya."

Serta merta mata dia bersinar. Teruja.

"Betul ke ni?"

Aku mengangguk laju.

"Saya dah decide. Saya ikut gerak hati. Saya terima lamaran awak. Saya sudi jadi isteri awak."

Dia terus bangun dari kerusi yang diduduki.

"Yes! Yes!"

Ezairy menjerit tiba-tiba dan menarik aku bangun.

"Thank you, Elin. Sebab buat saya jadi lelaki yang paling gembira di dunia ni."

Dia mengesat air jernih di tubir matanya.

"Awak buat saya takut tadi. Saya tak mampu kehilangan awak. Saya tahu semua ni silap saya. Sebab tak hargai awak masa kita bercinta dulu."

"Kalau saya tolak, awak sedih ke, Zairy?"

Dia mengangguk.

"Tentulah sedih. Saya sayang dekat awak."

"Tapi tak seperti awak sayangkan Aisyah kan?"

Dia diam.

Aku cemburu pada Aisyah. Sebab tu, lima tahun yang lalu aku memilih untuk undur diri. Apa sahaja yang aku lakukan, tak pernah dapat tempat kat hati Ezairy.

"Dia cinta pertama saya, Elina. Tapi dia dah terkubur jadi memori. Bukan senang saya nak lupakan dia."

Iya. Aku faham.

Mencintai seseorang dengan sepenuh hati bukan bermakna dia akan jadi milik kita.

"Takpe. Saya okay je. Tapi saya harap awak ikhlas sayangkan saya, Zairy. Cinta saya tak pernah surut untuk awak. Sekalipun tak."

Malu untuk mengakui, tapi itulah hakikatnya.

"Saya janji. Sekarang ni concern saya hanya pada awak, Elin."

Dia mengelus rambut aku.

"Mama Hana balik sini bila?"

Aku ubah topik perbualan. Malu bila dia tak lepas perhatikan wajah aku.

"Pagi Khamis. Nak setelkan urusan hospital dulu."

"Nanti kita khabarkan berita gembira ni kepada Mama. Saya nak suruh wakil hantar rombongan meminang hujung minggu ni. You can't run away from me anymore. Saya takut awak ubah fikiran."

Aku bukan jenis seseorang yang cepat berubah hati. Once aku cinta, then selamanya aku cinta.

"Okay. Nanti saya beritahu Mak."

Mak pasti tak sangka dengan keputusan aku. Ini yang terbaik. Aku cintakan dia. Teramat. Aku tak mampu nak tipu hati sendiri. Cukuplah.

Alunan muzik piano Kiss The Rain bergema di gegendang telinga kami.

Semuanya mengingatkan aku dengan kenangan lama.

"Elin, tiket konsert Yiruma dah sold out. Tak dapat la kita pergi."

Laila membebel di depan aku. Melepas lagi. Kalau aku tahu dari awal, dah lama aku rebut tiket tu awal-awal.

Aku peminat tegar Yiruma.

Sampaikan aku sanggup ikuti kelas piano semata-mata mahu mahir dalam alat muzik.

"Tak dapat aku tengok Yiruma live depan mata."

Sedihnya.

"Ala... Sorry la. Aku ingatkan pelajar universiti kita ni tak minat Yiruma. Tak sangka diorang open seat dalam 50 orang je. Sorry la, Elin."

Aku tongkat dagu.

Nasi dah jadi bubur. Terlambat. Cakap pun dah tak guna.

"Tadi aku tengok senarai pemilik tiket, kau nak tahu tak, Ezairy pun ada."

Serta merta mata aku membulat pandang Laila.

"Iya. Tak sangka mamat tu minat Yiruma. Nampak je beku. Tapi dalam hati ada bunga."

"Takkanlah..."

Aku macam susah nak percaya.

"Takkanlah aku nak tipu kau. Kau pergi la tanya dia. Takpun, kau beli tiket tu daripada dia. Kot-kot dia nak jual."

"Aku pergi mintak?"

Laila angguk.

"Dia tengok muka aku pun dia tak reti nak senyum. Silap-silap dia nampak aku lagi, terus dia lari."

"Ala, usaha tangga kejayaan. Kau kan minat dia."

Memang aku suka dia. Tapi, dia tak pernah nak toleh kat aku. Aku lalu sebelah dia pun, dia tak hairan.

"Hmm tengoklah macam mana."

Gila betul idea Laila ni. Kalau kena kutuk depan-depan, mana aku nak sorok muka?

"Kalau ada tiket lebih, aku pun nak jugak tau."

Mata Laila kembali bersinar. Semangat betul dia nak tengok Yiruma live depan mata.

Aku diam. Malas nak membalas kata-kata Laila.

Ezairy... Hmm.

Aku melangkah ke luar dewan kuliah dengan malas. Takde semangat la nak study semester ni. Tak sama kelas dengan Ezairy.

Subjek yang aku enroll tak sama pulak dengan dia. Ezairy tinggal lagi satu semester. Aku pula masih berbaki dua semester.

Nak berlatih main piano la. Aku suka singgah bilik piano jika tiada orang di situ.

Sedang aku menyelusuri koridor bilik, ada satu alunan lagu bergema.

Kiss The Rain by Yiruma.

Siapa pulak yang lepak dalam bilik ni? Ambik port aku je.

Aku menghayati lagu itu. Sedap. Pandai orang itu bermain piano. Kalau nak dibandingkan dengan aku ni, masih merangkak.

Mata aku cuba mengintai di balik jendela yang separuh terbuka.

Seorang lelaki. Tidak jelas wajahnya kerana orang itu memakai topi yang menutupi separuh wajah.

Sedihnya lagu ni. Lagi-lagi bila mengenangkan lirik.

Aku jadi kagum terhadap lelaki misteri. Sebijik macam Yiruma mainkan piano.

This sound just shock me. It's so beautiful that you can even grasp my heart.

Sehinggakan aku tak sedar lagu itu berakhir kerana terlalu leka menghayati.

"Are you stalking me?"

Suara seseorang menerjah lamunan aku.

Mak oi. Terperanjat aku. Lelaki misteri tadi sedang berdiri di sebelah aku.

"No. No. I'm not."

Tangan aku membuat isyarat tidak.

"Nampak macam ye."

Suara itu...

Bulat mata aku memandang dia. Dia membuka topi.

Ezairy...

"Then, buat apa kat sini?"

Wajah dia masih beku.

"Saya..."

"Ni tempat aku lepak. Kau jangan nak menyibuk."

Eeii, dia ni kalau bercakap mesti main lepas je.

"Ni bilik saya jugak okay. Saya datang nak practice."

Aku membela diri. Perasan sangat. Ingat aku nak stalk dia 24 jam ke? Takde masa.

"Oh, jadi kau la budak baru tu ye? Siapa nama kau eh? Aku lupa."

Sampai hati lupa nama aku.

"Elina Nurin. Panggil saya Elin."

"Oh, okay. Elin... Short and lovely name."

Dia senyum.

"Masuklah dalam. Aku dah nak balik. Have a nice practice, newbie."

Dia berlalu pergi.

"Tunggu... Ezairy..."

Aku menahan langkah dia.

Dia pandang pelik.

"Saya nak tanya something."

"What?"

"Awak ada beli tiket Yiruma kan? Boleh tak jual kat saya?"

Dia memasukkan tangan ke dalam kocek.

"Jual?"

Aku angguk laju.

"Please... Saya dengan Laila minat sangat dengan Yiruma."

Aku merapatkan tangan. Tanda merayu.

"Apa ni, main mintak je. Desperate sangat ke nak tengok Yiruma depan mata?"

Berdesing telinga aku mendengar. Dia tak tahu perasaan fanatik tu macam mana agaknya.

Macam mana la aku boleh terpikat dengan dia ni? So annoying.

Dia tidak mengendahkan aku. Terus berjalan. Tiba-tiba dia berpaling.

"Boleh. But, with one conditions."

Aku mendongak.

"Be my partner."

Hah? Aku meneguk air liur. Tekak terasa kelat.

"Setuju atau tidak? Kalau tak, just forget it."

"Ah..."

Aku tak dapat berfikir dengan baik.

"Tawaran aku cuma 60 saat dari sekarang."

"Okay."

Aku terus setuju tanpa berfikir panjang.

Dia senyum senget.

"Good girl. Esok jumpa aku dekat sini, jam 3 petang. Aku bagi kau tiket tu. Untuk kawan kau sekali. But remember, you must be my partner on the day of Yiruma concert. Temankan aku."

Pilihan apa yang aku ada?

"Arigato, Ezairy san."

Dia balas dengan kenyitan mata dan terus berjalan laju.

Aku senyum tanpa dia tahu.

Dari situ, bermulanya bibit perkenalan aku dengan dia. Kami menjadi rapat dan bercinta. Tetapi, semuanya bersyarat.

"Elin..."

Ezairy memandang aku pelik dengan dahi yang berkerut.

Dia masih annoying seperti dulu.

"Berangan lagi?"

"Yiruma mendekatkan kita berdua."

Aku berbisik pada dia.

Minda masih terawang pada kenangan lalu.

The waters calm and still,
My reflection is there,
I see you holding me,
But then you disappear,
All that is left of you,
Is a memory,
One that only exist in my dreams.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience