Bab 10

Romance Series 93289

Dari tadi aku jadi kurang selesa buat kerja di depan dia.

Mana taknya, dia hanya merenung tajam ke arah aku.

Apa lagi yang tak kena?

Aku meletakkan pen. Dan memandang dia.

"Tuan ada nak cakap apa-apa ke?"

"Apa yang kau buat selama lima tahun ni?"

Soalan dia...

"Itu bukan urusan Tuan."

"Kenapa kau tak kahwin je dengan lelaki pilihan kau?"

Seriously, Ezairy? Buta ke kau selama ini?

Aku jadi perempuan yang terhegeh mengejar kau. Tiada siapa jadi pilihan aku waktu itu.

Aku tinggalkan kau kerana Mak. Dan dua sebab yang lain.

Mak sakit waktu tu. Aku kena tangguh belajar. Waktu aku balik Jepun semula, kau dah tinggalkan Jepun.

Iya. Memang benar aku menghilang.

Jika aku cintakan kau, maka aku kena berani melepaskan kau pergi.

"Saya tak terfikir nak kahwin."

Aku memandang skrin PC.

"Kau tak pernah bagitahu alasan kau tinggalkan aku, Elin."

"Sudahlah. Jangan ungkit lagi kisah lama boleh tak?"

Dia hanya mengingatkan aku tentang luka lama. Luka kami berdua. Takkan aku lupa gugurnya bunga sakura saat itu.

"Selagi kau di depan mata, aku takkan lepaskan kau lagi, Elin."

Wajah Ezairy...

Suaranya bergetar.

Maafkan saya. Saya sanggup terima semua hukuman.

Mata aku terasa pedih.

Tidak patut Ezairy mengungkit kisah lama.

Aku dan dia. Kisah yang seharusnya terlupus.

"Elin..."

"Hukuman untuk kau kena berada di depan mata aku setiap masa. Cukuplah kau seksa hati aku selama lima tahun."

Kenapa? Rasa kesal?

Aku tak pernah menyesal. Cuma hari-hari yang aku lalui sepi. Setiap hari aku rindukan kelopak bunga sakura.

Tapi kau tak pernah cari aku.

"Kita tak pernah ada perasaan yang mendalam."

Aku mahu mengingatkan dia bahawa cuma aku yang memandang dia.

Sudahlah, Ezairy. Lupakan hal lama. Tak guna menyeksa hati.

Dia bangun. Seperti biasa, mendekati aku.

"Elin..."

"Cakap yang kau bencikan aku."

Aku menunduk. Aku tak tahu. Dan aku taknak ambil tahu.

Aku bangun. Keluar dari ruang pejabat dia. Melangkah ke tandas. Kau kena kuat, Elin. Hadap dia.

Aku kembali ke meja. Dia memerhatikan langkah aku.

Lima tahun berlalu belum cukup tempoh waktu untuk melupakan dia.

Bencinya. Kenapa aku kena menghadap dia sekali lagi?

"Elin..."

Dia masih memanggil aku begitu.

"Tuan, sekarang ni waktu kerja. Be a professional, please."

Aku menyemak semua fail di atas meja. Dia sengaja memberi aku tugasan yang banyak. Supaya aku berada di sisi dia.

"Aku nak semua fail yang ada kat atas meja kau tu siap hari ini jugak. Kalau tak, jangan harap aku bagi kau balik. Faham?"

Aku menghela nafas.

Sampai bila dia nak berdendam dengan aku?

"Okay, Tuan Ezairy."

Aku menjawab perlahan.

Dia bos. Aku malas nak bertekak. Penat.

Suasana kembali sunyi sepi.

Aku boleh kenang rasa cinta yang pernah ada, tapi tidak untuk mempercayainya lagi.

"Elin..."

Dia memanggil aku dengan suara yang agak melirih.

Aku terpisat-pisat bangun. Memandang dia yang berdiri tegak di depan aku.

"Tidur?"

Aku terpandangkan tingkap. Cuaca gelap di luar menandakan hari sudah malam.

"Pukul berapa dah?"

"Pukul 10 malam."

Hah? Biar betul.

Rasanya baru 20 minit aku tidur.

"Lama kau tidur. Taknak balik rumah ke?"

Aku dah janji dengan Mak nak balik awal. Hari ini ulang tahun kelahiran Mak yang ke 52.

Ni semua Ezairy punya pasal. Suruh aku check fail. Kerah aku kemas bilik dia.

Aku memandang Ezairy tak puas hati.

Telefon bimbit aku berdering.

"Hello, Mak. Assalamualaikum."

"Elin kat mana ni?"

Suara Mak tampak risau.

"Ada dekat ofis lagi. Sorry. Elin banyak kerja sangat."

Ezairy sedang mencuri dengar perbualan aku dengan Mak.

"Elin... Suruhlah dia hantar kamu pulang."

Balik dengan Ezairy?

Tak payahlah. Aku tak percayakan dia.

"Takpela. Elin boleh booking grab car."

"Hati-hati balik tu."

Mak memberi pesan.

"Mak, Elin tak sempat nak beli kek hari jadi. Nanti balik Elin masakkan bubur kacang dengan puding karamel kegemaran Mak tu ye."

Kesian Mak tunggu aku pulang. Sepatutnya, aku menemankan Mak di rumah. Mak pasti rasa sunyi.

"Takpe. Elin kan penat. Kita sambut birthday hujung minggu je."

Aku tertunduk.

"Okay Mak. Bye. Elin nak balik dah ni. Assalamualaikum."

Aku mematikan talian. Menongkat dagu sambil memandang Ezairy.

Kenapa dia tak kejutkan aku dari tadi eh? Maknanya lama dia memerhatikan aku tidur.

Eh seramnya. Berduaan dalam bilik dengan dia.

"Elin..."

Aku menjongket kening.

"Aku hantar kau balik."

Patut ke aku balik dengan dia?

"Takpela. Saya naik grab je."

Aku menolak. Beg dicapai dan bersedia untuk pulang.

"Elin..."

Dia memanggil lagi.

"Bahaya. Dah malam."

Aku rasa lagi tak selamat dengan dia.

"Saya taknak awak tinggalkan saya di tepi traffic light lagi."

Takkan aku lupa.

Dia tak hargai cinta aku. Dia tak perlukan aku waktu tu.

"Masa tu saya tengah marah."

Hmm. Asal marah je halau aku.

Pernah sekali dia tinggalkan aku di tepi kubur.

Lelaki yang tidak punya perasaan. Hanya tahu menyakitkan hati aku. Hanya kerana aku masih mencintainya kelmarin. Hanya kerana aku pernah mengejarnya tanpa hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience