Bab 18

Romance Series 93289

Setengah jam kemudian, Ezairy muncul bersama senyuman manis. Entah mengapa, hati aku rasa sedikit debar.

Perasaan yang sama ketika melihat diri dia yang dulu.

No, Elin. Wake up. Kau dengan Ezairy sekarang bukan macam dulu lagi. Jangan nak mengarut simpan perasaan pada dia!

"Hi, Laila."

Dia menarik kerusi lalu melabuhkan punggung di hadapan aku.

Laila menyiku lengan aku.

"Long time no see."

Laila senyum.

"Hi, Ezairy. Lama tak nampak. 5 tahun kan?"

Aku hanya membiarkan mereka berbual. Straw di dalam gelas aku kacau laju. Bukan merajuk. Cuma, rasa kecil hati. Dia tak menyapa aku pun.

Dari tadi aku tatap wajah tenang dia. Tapi, dia hanya memfokuskan perbualan dengan Laila.

"Yeah. So how's your life, Laila? Dengar cerita dah kahwin?"

"Yup. Ada anak dua dah. I stay sini la lepas study. Dah jodoh berkahwin dengan mamat Jepun. Alhamdulillah."

"Oh I see."

Laila mengerling aku. Agaknya perasan riak wajah tayang muka boring.

Sekali lagi aku menyedut air teh hijau sejuk.

"Ehem. So, you bila plan nak kahwin dengan Elin, Ezairy?"

Purr... Tersembur sisa air tepat mengena wajah Ezairy yang kacak. Mata Laila membulat memandang tindakan spontan aku.

Apa lagi terperanjat mamat kacukan Jepun di hadapan aku ni.

Aku mencapai tisu di atas meja. Lalu mengelap wajah dia.

"Sorry... Ya Allah. Saya tak sengaja, Zairy. I'm really sorry."

Kelam kabut aku mengesat sisa semburan di wajah dia.

Ni semua Laila punya pasal.

Tangan aku sempat disentuh dia. Wajah dia serius. Marah ke?

"I'm not accept your sorry."

Alamak. Janganlah berdrama kat depan Laila. Malu la aku.

"Sorry, Tuan. Saya tersedak tadi."

Pantas aku menundukkan wajah serba salah. Aku tahu salah aku. Tapi, kalau nak marah sekalipun, bukan dekat sini. Bukan depan Laila.

"Laila, tentang soalan you tadi. I plan nak kahwin dengan dia, as soon as possible."

Suaranya masih serius. No.

Dia bangun. Menuju ke restroom.

Aku mengeluh panjang.

"Wow... Sekali je aku tanya, terus bagi jawapan pantas."

Laila terlopong. Aku pandang Laila tak puas hati.

"Kau kalau nak malukan aku depan dia, kau dah berjaya."

Argh.

"Aku tanya je. Sorry la, Elin. Aku takde niat pun nak malukan kau. Aku nak uji dia je tadi. Tak sangka reaksi kau dengan dia sampai macam tu sekali."

Sungguh. Aku rasa nak menangis. Laila tak mengerti apa yang aku hadap.

Selera aku terus mati. Kain napkin aku lempar atas meja.

"Kau nak pergi mana?"

Laila memandang pelik melihat aku bangun.

"Selamatkan situasi."

"Hah?"

"Kau tunggu kejap kat sini. Aku nak cakap berdua dengan dia kejap. Setelkan apa yang patut."

Aku kurang selesa tingkah kami diperhatikan Laila. Jadi, aku kena selamatkan keadaan. Hanya berdua.

Aku berdiri di luar restroom. Sebaik saja dia keluar, terus aku tarik hujung lengan baju dia dia dan membawanya ke tepi.

"Excuse me."

Ezairy sedikit terkejut dengan perlakuan aku.

"Saya tak sengaja. Awak janganlah marah."

Aku takut dia marah.

Dia memandang aku. Dahinya berkerut.

"Marah?"

"Pasal air terpercik. Pasal kahwin. Awak tahukan Laila kepochi sikit. Suka bergurau. Don't take it too serious, please."

"Oh..."

Dia terus berpeluk tubuh.

"Memang saya marah."

Aku mencemik bibir. Ni yang aku tak suka dengar. Confirm la balik Malaysia aku bakal kena denda.

"Tapi, I really mean it."

"Hah?"

Apa maksud dia?

"Sorry la."

Aku taknak kahwin dengan dia. Taknak.

"Boleh maafkan. Tapi dengan syarat."

Terus aku mendongak. Dia senyum kepit.

"Nak tahu tak apa syaratnya?"

Dia berbisik di telinga kanan aku.

"Tonight."

Hah? Apa maksud dia?

Dia senyum nakal. Okay bukan senyum nakal. Senyum jahat.

"Ap... Apa..."

"Just follow me tonight."

Laila... Ni semua kau punya pasal. Mak...

Ezairy mula buat perangai.

"Kalau tidak, semua rahsia kita dulu, saya bocorkan dekat Laila."

Dia ugut aku ke apa? Tak guna betul.

Macamlah aku takut. Pergilah bagitahu satu dunia.

Aku buat muka takde perasaan. Tapi, Ezairy jenis mengotakan janji. Jarang mengabaikan kata-kata.

Dia kembali ke meja kami.

Ezairy... Ezairy... Awak kembali ke perangai lama. Suka menakutkan saya.

Aku melambai ke arah Laila yang semakin kejauhan.

Sedihnya.

Sekejap sangat spend time dengan Laila. Ezairy memandang aku dari ekor matanya.

"Ehem."

Dia bersuara.

"Elin sedih?"

Yela. Laila tu kawan baik aku dari zaman sekolah tahu tak. Masuk universiti sama-sama.

"Nanti kita datang ke sini lagi. Saya janji akan bawa awak datang."

Hmm. Ala, kalau tak datang dengan Ezairy, aku boleh beli tiket flight dan menyelinap datang seorang diri.

Takde masalah pun.

"So, Elin nak pergi jalan ke mana lepasni?"

Aku pandang senyuman dia.

"Pergi ke tempat kenangan kita."

Entah macam mana, aku tak sedar yang aku terlepas kata.

Ezairy termangu. Barangkali tak sangka yang aku akan berkata begitu.

Aku memejamkan mata.

"Argh. Just forget it. Jom kita balik ke hotel."

Untuk apa aku ungkit kembali kenangan yang menyakitkan?

Bukan mudah untuk kita tinggalkan kenangan.

Cinta. Sakit.

Aku mencintai dia. Sedangkan dia... Tidak mencintai aku.

"Saya nak balik hotel!"

Aku tak tahu mengapa aku begitu beremosi petang ini.

Melihat dia masih tak berganjak, aku terus masuk ke dalam kereta dia. Dan duduk di tempat sebelah pemandu. Aku takde mood nak drive.

Lagipun, tugas aku jadi secretary dia di sini dah selesai.

I'm back to be Elina Nurin yang pernah tersakiti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience