Bab 23

Romance Series 93289

"Don't worry. She's fine."

Suara orang berbual perlahan tetapi aku sempat menangkap bait-bait perkataan.

Aku membuka mata. Berada di sebuah kamar. Melihat diri sendiri yang sedang terkujur di atas katil.

Kepala aku sakit. Perut aku juga sakit. Sakit yang mencucuk.

"Elina..."

Suara Ezairy menerpa.

Dia berdiri di sebelah katil. Memandang aku tajam.

Aku tahu kejap lagi dia akan membebel. Perangai aku tidak pernah berubah.

"Madam."

Pembantu rumah yang agak berusia menghampiri aku.

Bauan aroma Sup memasuki rongga hidung. Sedapnya.

Hidangan itu diletakkan di atas meja lampu tidur.

Tiga anak mata masih menatap aku. Ezairy bersama seorang lelaki yang memakai kot putih dan pembantu tadi.

"Sensei arigato."

Mereka saling menundukkan kepala. Pembantu rumah menghantar doktor tadi keluar dari kamar.

Ezairy masih tidak berganjak. Berdiri tegak sambil mencerlungkan matanya ke arah aku.

"Kenapa awak buat saya macam ni?"

Soalan yang aku tak jangka akan keluar dari mulut dia. Dahlah perut masih sakit.

Aku meneguk air liur.

Ezairy sudah marah.

"Saya... I'm sorry."

Aku memicit kepala yang masih berdenyut.

"Told you before, don't forget to eat."

Dia mendekati aku.

"Apa jadi kat saya?"

"Awak pengsan tadi. Sakit perut lagi kan?"

Aku mengangguk.

Memang. Sakit yang teramat.

"Doktor arahkan kau makan. Simple instructions. Can you just do it?"

Aku baru teringat hari ini aku tidak menjamah apa-apa. Dari pagi tadi.

"Elina... My dear Elina..."

Nada suara dia seperti sedang kegeraman.

"You know what happened if you didn't eat?"

Iya. Aku tahu.

Tapi dah lama aku tak diserang sakit begini. Hari ini aku rasa tak lapar. Dan lupa untuk makan. Bersama dia buat aku jadi kenyang.

Kenyang melihat dia? Oh geez, aku memang sudah gila.

"Elin ada gastrik. Tapi lagi teruk sebab Elin minum sesuatu yang berkaffein."

Oh patutlah. Aku lupa yang aku kurang gemar minum coffee. Tapi aku jadi tergoda dengan bauan coffee tadi. Tu yang main hirup je.

"Sorry. Saya tak patut susahkan awak. Saya lupa nak makan."

Aku tunduk. Memegang perut.

Dia mengeluh perlahan.

"Makan pun boleh lupa? Tadi masa jenguk Mama, kenapa awak tak makan?"

Aku kehilangan kata.

Aku tiada selera makan. Mungkin gusar bila memikirkan kenangan lama. Hati saya tak tenang, Zairy.

"I'm sorry too. It's all my fault. Sebab beri awak coffee tadi."

Dia pula yang merasa bersalah. Dia mengelus rambut aku.

"Elina... Kalau jadi apa-apa pada awak tadi, saya takkan maafkan diri saya."

Wajah Ezairy kelihatan sedih. Riak wajah yang sama ketika aku meninggalkan dia dulu.

"Saya taknak awak sakit. Lagi-lagi kalau saya jadi punca."

Hati saya yang sakit, bagaimana pula Zairy? Boleh ke awak sembuhkan?

"Saya okay. Awak jangan risau."

"Here. Please eat. Habiskan dan makan ubat."

Tapi aku tiada selera nak telan. Nasi dan Sup Ayam. Nampak menyelerakan.

Aku menggeleng.

"Degil."

Dia mencapai mangkuk yang berisi sup, lalu dimasukkan nasi ke dalamnya.

"Takde sambal cili kicap ke?"

Entah kenapa suara hati aku tiba-tiba meluahkan rasa di bibir. Aduh. Aku tepuk mulut sendiri.

Ezairy senyum senget.

"Kalau nak makan sedap-sedap, kena sihat dulu. Cakap je nak makan apa, nanti saya masakkan."

Dia senyum penuh makna.

"For now, just open your mouth. Bismillah."

Aku membuka mulut, baru terasa perut bergendang minta diisikan.

Ezairy menyuap aku? Wahhh...

Terasa seperti dilayan bagai permaisuri.

"Now, you're my queen."

Aku tersedak. Uhuk. Uhuk.

Kenapa dia ni boleh baca hati aku?

Cepat-cepat dia hulurkan air masak.

"Terus tersedak. Takut la tu."

Takut la. Kalau gila psiko dia datang macam mana? Kurung aku dalam villa besar ni.

Paksa aku kahwin dengan dia. Ezairy boleh lakukan apa saja pada aku. Asalkan aku jadi milik dia.

"Joking. I won't harm you."

Aku terus mengunyah sehingga mangkuk tadi semakin licin.

Perut aku kurang sikit rasa sakit.

"Sakit lagi tak?"

"Kurang."

"Kejap lagi makan ubat. Lepastu rest."

Aku mengangguk.

Mata masih terkebil-kebil memandang Ezairy yang sangat gentleman. Kalaulah dia layan aku begini dulu... Tentu aku dah lama bahagia dengan dia.

"Elin?"

Aku menghadiahkan senyuman.

Dia juga membalasnya. Menggosok kepala aku.

Aku tak tahu apa kata hati Ezairy yang sebenarnya. Dia cuma mahu memiliki aku tanpa mahu mencintai.

Lama aku tidur. Perut tiada lagi rasa sakit.

Aku menolak selimut yang menyelubungi. Keluar dari kamar.

Mana semua orang?

Pyjama yang bercorak sakura tersalut di tubuh. Baju ni nampak seksi la pulak. Pasti pembantu rumah yang menukarkan pakaian di saat aku tidak sedarkan diri.

"Zairy..."

Cuaca di luar gelap.

Aku berjalan menuruni anak tangga.

Benar kata Zairy, rumah besar ni terlalu sunyi.

"Awak..."

Tiada sahutan.

Rumah besar, tapi tidak kesemua lampu dibuka. Jimat elektrik barangkali.

Aku berjalan dengan penuh berhati-hati.

Takkan semua orang tinggalkan aku seorang diri? Kalau hantu muncul macam mana? Aku ni dahlah penakut.

"Ezairy!"

Aku melaung namanya sekuat hati. Rasa mahu menangis. Bayang pembantu rumah juga tiada.

Ada bunyi periuk berlaga di dapur. Cahaya menerangi ruang masak.

Aduh. Berdebar macam dalam filem seram.

Sampai di pintu dapur, aku lihat dia sedang memakai apron. Kuali berlaga dengan sudip.

Enaknya bau masakan.

"Zairy..."

Dia menoleh.

"Hi my dear. Bangun dah?"

"Awak masak apa tu?"

"Kimchi. With Ramyun."

Wah sedapnya. Selera aku naik mencanak-canak.

Aku meneguk air liur.

"Sedapnya. Nak rasa boleh?"

Dia ketawa kecil.

"Come."

Aku berjalan laju menghampiri kuali.

Dia mengambil sudu lalu menyuapkan ke mulut aku.

"So how?"

Aku mengunyah sambil memejamkan mata.

Kimchi yang sangat juicy. Terasa radish yang rangup.

"Super delicious."

Aku ikhlas memuji.

"Really?"

Dia tampak gembira.

"This dish especially for you, my Elina."

Aku tak mimpi kan? Ezairy masak untuk aku.

"Thank you."

Mata kami bertatapan. Wajah dia semakin mendekat. Aku hanya mendongak menatap matanya yang cantik. Hmm, Takuya Kimura.

"Ehem..."

Dia tersengih. Mematikan lamunan aku.

"If you request a kiss, be my bride."

Oh my god. Dia sedang lamar aku ke apa ni? Dengan rambut aku yang kusut masai. Dengan dia hanya berapron tidak berbaju. Sumpah, aku dah gila.

Aku tergelak kecil.

"In your dreams, Ezairy."

Aku menjarakkan diri. Menuju ke meja makan.

Bukan aku takut pada perkahwinan. Tapi ada rasa bimbang. Ikhlaskah dia pada aku? Ataupun sekadar memenuhi permintaan Mamanya?

Dia meletakkan semangkuk Ramyun dan Kimchi di atas meja.

"Enjoy your meal."

Suara dia tidak seceria tadi.

"I really mean it."

Dia memandang aku tegas.

"Iya, saya akan makan. Don't worry."

Aku mengelak dari memandang dia. Mula menyuap Kimchi. Terasa pahit untuk menelan.

"You know what I mean."

Dia masih menagih jawapan.

Apa yang aku perlu jawab. Yay or Nay?

Dahi aku mula berpeluh. Kalau aku katakan tidak, dia tetap akan memaksa.

"Ask my mom."

Aku teruskan suapan. Mengerling dia dengan ekor mata.

"Saya taknak paksa, tapi saya harap awak fikirkan semula semua effort saya. Saya tak bergurau, Elin. I want you to be mine."

Duh. Kerongkong jadi tersekat saat mahu menelan makanan.

Mine? Seram.

"Bagi saya masa untuk berfikir."

Cinta tak perlukan masa. Ianya menerpa secara tiba-tiba.

"Okay."

Aku tahu dia terasa dengan tindakan aku. Aku perlu istikharah.

Kalau Ezairy jodoh aku, aku terpaksa terima.

Saya taknak lukakan hati awak. Saya taknak tinggalkan awak sekali lagi.

"Kita tidur sini ke malam ni? Barang-barang saya macam mana? Flight esok pukul berapa?"

Bertalu-talu aku menagih jawapan.

"Chill. Kita tidur sini. I mean bilik asing-asing. Saya janji takkan apa-apakan awak. Barang awak semua saya dah bawa. Ada kat atas sofa maybe awak tak perasan. I ask staff hotel packing masa awak dekat hospital. Dan esok, flight kita tengah hari."

Dia mengeluh.

"Kenapa?"

Aku tahu dia seperti gelisah.

"I wish to be here forever with you."

Aku senyum sedikit.

"We must back to Malaysia. Syarikat perlukan awak, Zairy."

"Mama..."

Aku faham. Dia berat hati nak tinggalkan Mama.

"Nanti saya pujuk Mama transfer ke hospital Malaysia. Saya dah janji nak masak sedap-sedap untuk Mama."

"Mama takkan termakan pujukan. She's very stubborn. Sama je macam awak, Elin."

Aku pulak kena. Haih.

Otak ligat berfikir sejenak. Mungkin itu je caranya.

"I have my own ways. Saya janji. Mama pasti setuju."

Aku tersenyum simpul. Meyakinkan Ezairy.

Dia menjongket kening.

"Are you sure dia akan ikut pujukan kita?"

Aku mengangguk.

"Confirm."

Ezairy kembali ceria.

"Thanks, my Elina."

You're welcome, Zairy. Saya akan pujuk Mama. Mama pasti setuju. Hopefully. InsyaAllah.

Dan kami menikmati hidangan makan malam berdua bertemankan cahaya yang suram.

Esok... Entah apa yang menantikan kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience