Bab 28

Romance Series 93289

Aku terkocoh-kocoh menyarung kasut. Dia menanti aku di luar surau.

"Kenapa tak tunggu kat lobi je? Sorry, lama tunggu saya habis solat."

Dia senyum.

"Apa yang lama sangat?"

Berdoa la. Minta Allah sabarkan hati aku. Nasib baik aku masih boleh kawal emosi. Hari yang indah terus lenyap bila terbayang gambar mesra mereka berdua.

Salah aku jugak, gatal tangan nak sentuh barang peribadi dia. Aku tak respect privacy dia.

"Doa. Supaya Allah tak bolak-balikkan hati saya."

Aku menarik wajah masam. Ezairy terkulat-kulat memandang aku.

"Dahlah. Jom. Karang takut lambat pulak dinner. Saya dah lapar ni."

Aku terus berjalan tanpa menunggu dia.

Setibanya kami melewati P2, aku sudah berdiri di pintu kereta Myvi aku.

"Elin, kita pergi sama-sama. Saya drive. Hujan masih renyai lagi ni."

"Habis tu, kereta saya ni macam mana?"

"Tinggalkan je kat sini. Jalan raya kat luar tu masih licin. Bahaya nak drive."

Aku masih berkira-kira. Macam kurang selesa mahu menaiki kereta bersama dia dengan emosi aku yang bergelora.

"Elin... please. Just listen to me."

Akhirnya, aku mengalah.

Aku duduk di sebelah dia. Mata kami bertatapan. Wajah dia seakan serba salah.

"Are you okay?"

Dia bersuara setelah terkesan dengan pandangan beku aku.

"Okay."

"No. You're not okay."

"Ezairy, saya okay. Shall we go now?"

Aku memaniskan wajah. Taknak rosakkan plan makan malam yang telah dirancang.

Semua salah aku. Padan muka aku.

Kereta mula meluncur pergi. Bergerak ke arah destinasi yang dia hanya saja tahu.

Sepanjang perjalanan, kami tidak berbual. Aku hanya melontarkan pandangan ke luar tingkap kereta.

Dingin yang mencengkam.

Pada hujan aku berbisik...

Bukan ini cinta yang aku inginkan. Mungkinkah aku cuma pilihan terakhir dia?

Aku mahu tahu apa kata hati dia yang sebenar terhadap Aisyah. Mungkin sebentar lagi bakal tersingkap semuanya. Tapi aku takkan mulakan dulu. Biar dia yang mengakui semuanya.

Jangan kecewakan saya lagi, Zairy. Tolong...

Kami tiba di perkarangan lobi hotel.

"Dah sampai. Jom."

Dia keluar dari kereta. Dan berkata sesuatu pada chauffeur hotel.

Aku membuka pintu.

Chauffeur tersebut terus memakirkan keretanya di parking valet.

"Kita nak dinner kat sini ke?"

Hotel mewah di tengah bandar metropolitan.

Ezairy senyum.

"Yes. Saya dah minta Rose reserve kan. Malam ni, malam special kita berdua."

Aku telan air liur.

"Elin, jangan takut. Saya ada. Saya nak awak tutup mata."

Hah? Permintaan yang mengarut. Kalau aku tutup mata, macam mana aku nak berjalan?

"Tapi..."

"Jangan menjawab. Ikut je."

Ke mana pula dia nak bawa aku?

Aku memandang dia curiga.

"Okay. Dengan syarat, jangan nak macam-macam. Kalau tak, siap awak."

Aku beri amaran dengan mata yang mencerlung.

"Okay, princess."

Aku tutup mata dengan rela hati.

"Jangan curi intai. Kalau tak, malam ni saya taknak hantar balik rumah."

Dia sempat ketawa perlahan di sebelah telinga kanan aku.

"Jalan terus. Ikut je arahan saya."

Sempat lagi nak beri aku arahan.

"Op... op, turun kaki pelan-pelan. Ada empat anak tangga."

Tangga pulak dah. Mana nak bawa aku ni?

Aku cuma menuruti arahan dari Tuan Ezairy.

"Okay good, sayang. Jalan ke depan lagi sepuluh langkah."

Kaki mula terasa memijak rumput.

"Okay, okay. Stop."

Dia melepaskan pegangan.

Eh, mana pulak dia pergi?

"Awak... Pergi mana tu? Janganlah tinggalkan saya."

Tangan aku mula teraba mencari dia.

"Saya ada je."

Dia kembali ke sisi aku.

"Sekarang, buka mata."

Sepantas kilat, aku membuka mata.

Wow.

Dinner dalam gardens. Kiri kanan suasana berkerdipan dengan cahaya kilauan bunga yang diletakkan lampu neon. Beribu jenis bunga yang ditanam. Semuanya telah dirancang baik.

Romantic. Sweet.

Tak pernah Ezairy layan aku seperti ini. Dulu masa kami couple, dia tak seromantik sekarang.

"Do you like it?"

Aku senyum.

"I love it so much. Thank you, Zairy."

Aku suka. Serius terharu.

Lagi-lagi memang ini pernah jadi angan aku. Makan malam romantik di dalam taman bunga.

Oh, Ezairy. Saya terus tak jadi merajuk.

"Come."

Dia menarik tangan aku supaya duduk di kerusi.

Kain merah diletakkan di paha.

Aku tak pernah tengok versi Ezairy macam ni.

Dia kembali ke kerusinya dan memetik jari.

Seorang pelayan lelaki menghampiri meja kami.

Wah. Petik jari je. Semua datang.

"Elin nak makan apa? Just say it."

Aku garu kepala.

"Apa-apa je."

"Okay, bawa apa-apa je ke mari."

Aku mencerlungkan mata. Tanda tunjuk geram.

"I know what you want to eat."

Dia membisikkan sesuatu ke telinga pelayan tersebut.

"So, Elin... Apa pendapat awak tentang tempat ni?"

Aku memandang sekeliling.

"Cantik sangat. Saya suka. Cuma..."

Dia tak dapat penuhi permintaan aku yang satu itu.

Keningnya terangkat sebelah.

"Cuma?"

"Saya nak Sakura."

"Belum musimnya lagi, sayang."

Akhir-akhir ni, perkataan sayang sentiasa terletus dari bibirnya.

"Kalau Sakura gugur lagi, Elin akan menguisnya jauh ke?"

Aku terkedu.

"Tak tahu."

Dia tunduk. Wajah dia layu.

"Saya takkan give up. Saya akan cuba lagi dan lagi."

Dia memandang pinggan di meja.

"Elin... Pasal gambar tu. I'm sorry."

Aku masih diam. Masih menunggu bicara dari bibirnya.

"Saya tak sempat nak tukar. Kita takde gambar berdua. Ingat lagi tak, masa saya cakap dekat Jepun tempoh hari?"

Aku mengangguk. Tapi... Itu bukan alasan.

"Esok saya tukar gambar kita berdua. Saya janji."

Perit telinga aku mendengarnya. Tak mampu legakan hati.

"Tak perlu. Saya takkan paksa awak, Zairy."

Bicara kami terhenti.

Pelayan meletakkan Wagyu beef, set Sushi, Yakizana, Yakitori dan Miso Soup. Air koktail buah dituangkan. Ezairy masih ingat makanan kegemaran aku.

"Banyaknya. Siapa nak habiskan semua ni?"

Perut aku mula tak sabar nak menyantap.

"Boleh tapau. No worries. Now, kita makan dulu."

Aku makan dengan cermat.

Bila sedih, terapinya adalah makanan. Banyak perkara masih berlegar di fikiran aku.

"Sedap?"

Aku mengangguk.

Dia tepuk tangan. Seketika, alunan muzik piano kedengaran.

River Flow In You by Yiruma.

Lagu kesukaan aku.

"Your favorite instrumental, right?"

Aku mengangguk lagi. Air jernih mahu menitis lagi.

Serta merta terimbau kenangan kami di universiti.

"Mana awak tahu semua favorite saya?"

"Banyak yang saya tahu, Elin. I like you."

Tak mungkin dia main teka.

Aku memejamkan mata. Menghayati lagu. Sweet.

"Saya ada perkara mahu bincang dengan awak. Tentang janji saya pada Mama Hana."

"Teruskan. Saya sudi dengar."

Wajah Ezairy tenang. Tidak beriak.

"Saya dah buat keputusan. Saya harap awak hormati keputusan saya."

Aku mengeluarkan kotak cincin yang diberikan kepada aku tempoh hari di bawah pohon Sakura.

"Tapi sebelum tu, saya nak dengar pengakuan dari mulut awak sendiri."

Dia meneguk air liur. Cemas menanti bicara aku.

"Siapa yang awak cintakan sekarang? Saya atau Aisyah?"

Aku mahu tahu apa jawapan dia sebelum aku memutuskan keputusan aku, samaada menerima dia atau menolak dia.

Dia diam.

Susah sangat ke soalan aku? Kenapa terlalu berkira untuk menjawab?

"Kalau saya jujur, awak akan ubah keputusan awak ke, Elin?"

Aku geleng.

"Saya dah buat keputusan sebelum tunggu jawapan awak. Saya yakin dengan gerak hati saya."

"Baiklah. Saya pun yakin dengan siapa yang saya cinta."

Aku masih tenang. Apapun jawapan dia, aku sudi terima dengan hati yang lapang.

"Saya cintakan... Elina Nurin."

Dia menyebut nama aku. Bukan nama Aisyah. Habistu, gambar?

Aku tolak kotak cincin ke arah dia.

"Open it. Keputusan saya tertakluk pada isi di dalamnya."

Dia memandang kotak cincin dengan pandangan yang sukar dimengertikan.

"Awak jangan nak takutkan saya, Elina Nurin. This is not funny moments."

Memanglah tak kelakar. Cinta tu tak kelakar, Ezairy.

Dia mencapainya dan membuka.

Suprise.

Are you happy or sad, Ezairy Akiyoshi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience