Bab 5

Romance Series 93289

2014

Aku berdiri di kaunter. Bekerja part time sebagai Barista agak memenatkan. Biarpun aku sukakan pekerjaan begini.

Mata aku meliar memerhatikan pelanggan yang sedang menikmati secawan kopi.

Ada yang sedang berbual. Ada yang leka menatap skrin telefon. Ada yang sedang duduk termenung. Ada yang terlalu ralit dalam pembacaan.

Tokyo, Jepun.

Aku sukakan suasana yang begini. Mendamaikan.

Mata mengerling jam di dinding. Pukul 10.15 malam.

Sekejap lagi aku boleh pulang. Menunggu bayang Ezairy yang akan menjemput.

Aku mahu pulang sendiri. Tapi dia mahu menjemput. Setiap hari dia rela menjemput aku.

Loceng di pintu menandakan ada pelanggan masuk. Aku sedang mengira wang di mesin.

"Youkoso."

Mata masih tidak memandang orang itu.

"O genki desu ka."

Dia pula bertanya khabar.

Suara dia...

Serta merta aku memandang dia.

"Zairy."

Dia senyum di hadapan aku.

"Balik jom?"

"Awak tunggu kejap boleh? Saya nak kira duit. 5 minit. Duduklah dulu. Awak nak order air kopi tak?"

Dia menggeleng. Lantas menuju ke meja. Memerhatikan gerak geri aku.

Setelah selesai semuanya, aku mengambil beg. Tinggal beberapa pelanggan yang masih melepak.

Ada dua orang staf lagi di dapur. Shif aku sudah tamat. Dan aku sudah bersiap sedia mahu pulang.

Ezairy menyeluk tangan ke dalam kocek seluar. Dia nampak macho. Punyai aura yang sukar aku terangkan.

Kami berjalan menghampiri kereta.

"Penat ke?"

Ezairy memandang aku.

"Sikit la."

"Malam ni ikut saya balik."

Serta merta aku memandang lama wajah dia. Keliru dengan kata-katanya.

"Balik mana?"

"My apartment."

Aku sudah terkedu.

"Saya taknak la datang sana."

Aku tak pernah menjejakkan kaki ke sana. Memanglah ini bukan Malaysia. Tapi berduaan begitu membuatkan aku kecut perut.

"Just follow me."

Sekali lagi ayat dia mengeluarkan arahan. Bermakna aku tak boleh nak mengelak.

Kami tiba di apartment dia.

Aku masih terkaku di tempat duduk. Tidak mahu berganjak.

"Elin..."

"Jomlah."

Dia menyentuh lembut tangan aku. Aku melihat senyumannya yang mengelirukan.

Apa yang Ezairy nak?

Akhirnya, aku mengekori juga langkahnya.

"Masuk."

Aku jadi teragak. Lantas masuk juga. Mata memerhatikan keadaan ruang tamu yang agak kemas.

"Duduklah. Buat macam rumah sendiri."

Seramnya ayat dia.

"Awak dah biasa bawak perempuan masuk ke?"

Tanpa sedar, aku telah melontarkan pertanyaan yang aku sendiri tak jangka.

Dia memandang aku tajam.

"Why?"

"Nampak macam awak dah biasa."

Dia tergelak.

"Come on. Open your mind."

Aku ni narrow minded sangat ke? Oh Ezairy... Nampaknya aku belum mengenali diri kau sedalamnya.

Tapi... Berada di sisi dia, buat aku rasa selamat.

Mungkin kerana aku terlalu sayangkan dia.

"I want to take a shower. Do you need anything?"

Aku menggeleng.

"Tengoklah TV tu."

Dia menyerahkan remote control kepada aku.

Aku nak balik. Aku penat.

Entah macam mana, aku terus tertidur di sofa sambil menghirup bauan pewangi Sakura yang menenangkan.

"Elin..."

Suara dia mengejutkan aku dari lena. Rasa liat mahu membuka mata.

"Hmm..."

"Mengantuk sangat ke?"

Aku hanya mampu mengangguk.

"Nak baliklah. Mengantuk."

"Just sleep here, my dear."

Aku hanya mendengar hujung bicara dia. Selebihnya aku terus terlena.

Wangian Sakura benar-benar menggoda lena aku yang panjang.

Aku tersedar. Mata memerhati sekeliling.

Suasana gelap.

Sakitnya kepala. Ni mesti sebab aku terlalu penat.

Kejap. Aku kat mana ni?

Sejuknya bilik ni.

Memandang diri yang berbungkus dengan comforter tebal.

Ada dengkuran kecil di sebelah.

Terbeliak mata aku memandang wajah dia dalam gelap.

What the hell...

Dia sedang lena tidur. Aku memerhatikan wajah dia dalam kegelapan.

Tenang. Mata, hidung, bibir dan seluruh wajah.

Tidak pernah rasa sedekat ini. Tiba-tiba dia menggerakkan badan. Dan aku cepat-cepat memejamkan mata semula.

Wajahnya makin hampir. Sehingga nafas aku rasa sesak.

Aku nak balik. Aku takut.

Ezairy mengunci aku dengan melingkarkan tangan di pinggang aku.

Mata aku terus terbuka. Terkebil-kebil dalam kegelapan.

Satu saat... Dua saat... Tiga saat...

Aku menolak tubuhnya kasar. Dia terus terjaga.

Aku rasa berdebar. Tak pernah sedekat ini dengan mana-mana lelaki.

What the hell were you thinking, Ezairy?

"Elin..."

Dada aku berombak kencang.

"Apa semua ini?"

Aku terus duduk.

"Elin... Bertenang."

Aku tak sangka dia begini.

"Apa yang awak dah buat kat saya?"

Aku memang naif. Berani mengikut dia.

Dia terdiam. Tidak mampu menjawab.

"Ezairy... Jawablah."

Suara aku semakin terhinggut.

"I didn't do anything."

Tipu.

Kalau orang luar nampak, mesti orang juga akan fikir yang bukan-bukan.

Dia menghela nafas.

"I'm not lying."

"I'm not yours, Ezairy."

Dia mahu jadikan aku harta benda dia.

Tak guna aku percayakan dia.

"Saya dah tak percayakan awak. Lepas apa yang jadi ni."

"Elin... Please. Jangan marah."

Aku melarikan pandangan.

"Sorry. Saya tak patut buat macam ni. Saya rasa stress."

Huh. Stress?

Atau aku ni cuma pelampias nafsu?

Aku mengerling jam di tangan.

4.30 pagi.

Aku nak balik. Aku menolak selimut tebal. Nasib baik pakaian masih lagi tersarung.

"Elin... Nak pergi mana?"

"Tinggalkan tempat neraka ni."

Aku memandang dia tajam. Berlari membuka pintu bilik.

Pintu pula tak boleh nak buka.

Triple shit.

Aku memandang dia.

"Open this door, rascal."

"Elin..."

Masih memanggil nama aku dengan nada melirih.

Kalau Mak tahu apa yang jadi ni, mesti Mak sedih.

Damn it.

Kenapa pintu ni ketat sangat nak buka?

Dia menghampiri. Hanya memakai boxer.

Aku melarikan pandangan.

"Stay dulu. Esok saya hantar balik."

Mahu menahan aku lagi.

"Saya nak balik la."

Suara aku naik ke oktaf empat.

Panas aku duduk kat tempat neraka ni. Lagipun memang tepat, aku ni cuma pelampias nafsu. Bila dah puas, hantar aku pulang macam biasa.

"Shhh..."

Peduli apa aku.

Dia mengelus rambut aku.

"Duduk dulu. Please..."

Masih lagi mahu berbincang.

Hello, I'm not that cheap.

Dia menekan suis lampu meja.

"Have a sit."

Eeiii geramnya.

Aku duduk juga di birai katil.

"I'm so sorry."

Buat apa nak minta maaf lepas apa yang jadi? Semua salah aku. Bukan salah dia. Aku yang bodoh sebab terlalu percaya. Aku fikir dia akan jaga aku dengan baik.

"I lost control. Sorry again."

Aku tak rasa dia ikhlas mahu meminta maaf.

Aku cuma diam. Mengawal rasa hati yang sedih.

"Elin..."

"Say something, please."

Aku mahu mengunci mulut tanda tidak menyenangi perlakuan dia.

"Elina Nurin."

Dia menyebut nama penuh aku setelah melihat aku diam tidak bereaksi.

"Tell me, saya ni cuma penghilang stress awak ataupun pelampias nafsu?"

Dia diam. Hanya menunduk.

Betul la tu.

"Saya tahu awak tak cintakan saya."

Aku terpaksa juga cakap ayat yang bikin buat hati aku sedih.

Selama ini, dia cuma jadikan aku tempat bersandar sementara buat dia. Sekadar persinggahan.

"Neraka tu panas, Ezairy."

Sengaja mahu membuat dia rasa bersalah. Aku taknak masuk neraka hanya kerana disebabkan dia.

I may get lost, Ezairy. If that's what you want.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience