BAB 24

Romance Series 25713

Lara Laudya mengosok matanya berkali- kali sambil tubuhnya berdiri betul- betul di depan pintu rumah. Dia mengeliat panjang kemudian badan di bawa ke kiri dan ke kanan membuat sedikit senaman ringan. Tadi Lara Laudya terbangun apabila mendengar bunyi kereta dihidupkan.

Dilihat Haliq Izimer sudah siap berkemeja biru laut dan berseluar slack hitam. Lelaki itu sedang memanaskan enjin kereta .Dia memandang pelik melihat suaminya itu. Mahu kemana hari- hari minggu begini ?

Rambut Lara Laudya yang separas pinggang itu di ikat tinggi. Selipar yang ada di sarung perlahan kemudian kakinya menapak ke arah lelaki itu. Haliq Izimer yang perasan dengan kedatangan Lara Laudya terus memberi senyuman yang paling manis bak gula.

“Good morning sayang !" ucap Haliq Izimer riang. Matanya sudah dikenyitkan.

Lara Laudya memandang curiga. Apa kena suami yang sorang ni. Terencat akal ke tiba-tiba panggil sayang bagai. Tak pernah nak panggil sayang tiba- tiba confident terlebih pahal !

“ U ni kenapa tiba-tiba excited ni ? siap bersayang segala. Geli la !" Lara Laudya buat muka jengkel.

“ Salah ke suami panggil isteri sayang ?" soal Haliq Izimer pula.

Lara Laudya buat muka tak percaya pula. Memang sah Haliq Izimer tak normal pagi ni !

Wanita itu berdehem sedikit. “ Memang la tak salah tapi pelik je. U mana pernah nak bersayang dengan i. Lagipun i tak suka rasa macam gedik !"

Haliq Izimer sudah tergelak apabila melihat reaksi geli geleman Lara Laudya. Macam ulat beluncas yang tak dapat makan. Ada- ada saja la isterinya itu.

“ Yelah kata nak mencuba saya tengah usaha la ni nak eratkan hubungan kita. Kan sedap je bunyi tu saya panggil awak." ujar Haliq Izimer lagi.

Lara Laudya pula hanya mencebik. Macam tak ada cara lain pula nak buat. Setakat panggil sayang tu tak ada apa pun. Bukan tak tahu wanita yang bernama Lara Laudya ni keras hati plus hati kayu, tak adanya nak cair kalau setakat panggil sayang apa semua tu.

“ Tak payah nak sayang segala bagai la, i tak heran pun !" balas Lara Laudya selamba. Ibu jarinya pula dijatuhkan kebawah tanda 'looser'.

Haliq Izimer yang melihat terkekek-kekek ketawa. Comel saja isterinya saat itu. Dengan rambut yang di ikat tinggi seperti ekor kuda, pakai pula baju tidur doremon sebijik macam budak-budak ! tiba- tiba laju saja tangan Haliq Izimer mencuit pipi wanita itu.

Lara Laudya sudah tergamam dengan tindakan drastik Haliq Izimer. Wajahnya tiba- tiba blushing.
“ U nak pergi mana pagi- pagi ni ?” soalnya kalut bagi menutup rasa gugup di dada.

“Ermm...saya ada hal kat klinik. Ada kerja sikit." jawab Haliq Izimer tanpa menoleh menghadap Lara Laudya. Tanganya sibuk mengelap tingkap kereta.

Lara Laudya hanya mengangguk. Tahu la dia kenapa suaminya itu berkemeja bagai pada hari minggu begini. Kalau la dia jangan harap nak jejak kaki ke butik pada hari ahad begini, memang setiap hari ahad Lara Laudya akan duduk di rumah sepanjang hari.

Butik pula diberi kepercayaan untuk pekerjanya mengambil alih. Dia akan ke butik bila ada pekara penting saja. Contoh kalau mak- mak datin yang mahu di sendiri memberi layanan baru dia akan kesana.

“ U balik pukul berapa ? majlis malam nanti macam mana?" tanya Lara Laudya mahu kepastian.

”Mesti la saya pergi tu kan majlis saya juga. Kerja saya tu bukan sampai malam pun nanti saya balik la ambil awak." Terang Haliq Izimer

Lara Laudya mengangguk kemudian berkalih apabila ada yang memanggil namanya. Raja Latiff dari jauh sudah melambai- lambai ke arah mereka berdua. Tungku Ladya pun ada sekali di taman. Pagi- pagi begini dengan cuaca yang nyaman pasti ayahanda dan bonda akan bersarapan di luar.

Haliq Izimer sudah mahu masuk ke dalam kereta manakala Lara Laudya pula sudah berkira mahu mengangkat kaki. Belum sempat Lara Laudya berjalan dia memusingkan badan semula. Segera dia mendapatkan Haliq Izimer semula.

“Haliq ! wait." tahan Lara Laudya. Dia menghulur tangan kepada suaminya.

Haliq Izimer hanya melihat tangan itu dengan tanda tanya. Bosan menunggu tangannya disambut , Lara Laudya cepat-cepat menarik dan mencium tangan sasa lelaki itu.

“ I pun nak mencuba juga. Take care." Lara Laudya kenyitkan mata lalu langkahnya di hala ke arah taman tempat Raja Latiff dan Tungku Ladya sedang bersarapan.

Haliq Izimer yang melihat hanya tergelak kecil lalu badannya diloloskan ke dalam kereta. Laju saja dia meninggalkan perkarangan rumah itu.

“Morning ayahanda, bonda." ucap Lara Laudya lalu dia mengambil tempat bersebelahan Raja Latiff.

“Morning sayang." balas Tungku Ladya sambil tangan laju menuang air milo ke dalam cawan anaknya itu. Dia tahu Lara Laudya tidak suka kopi.

“Ni dah gosok gigi dengan basuh muka belum ?" soal Raja Latiff sambil merenung puteri sulungnya itu. Dengan pakai baju tidur doremon la, persis kanak- kanak. Dia hanya menggelengkan kepala.

Lara Laudya hanya tersengih kambing. “Dah la ayahanda. Don't worry okey."

“Mana ayahanda tak risau Dya tu dah besar bukan budak-budak lagi. Ni tengok ni dengan baju tidur doremon lagi apa pula kata suami kamu tu." Raja Latiff menegur.

Lara Laudya sudah memasamkan muka. Dari dulu Raja Latiff selalu bising dengan pemakaian tidurnya. Kata ayahandanya dia itu bukan kanak- kanak lagi tapi Lara Laudya buat tak endah saja, dia suka sebab baju- baju tu nampak comel di matanya.

“Ala ayahanda ni biar la Haliq tak cakap apa- apa pun kira okey la kan. Comel apa baju ni." cakap Lara Laudya mahu menang.

“ Sudah la abang, tengah makan pun ada hati nak membebel dekat anak.” Tungku Ladya pula menyampuk.

Lara Laudya menaikkan ibu jari apabila Tungku Ladya menyebelahi dia. Sporting betul bonda ni terbaik la ! dia sudah tersengih panjang. Bihun goreng yang berada dalam pinggan sudah di bawa masuk ke mulut.

“Haa manja sangat anak awak tu.” Raja Latiff mencebik. Matanya kembali tearah ke surat khabar di tangan.

“Ehh anak saya sorang ke bukan anak awak juga ?" bidas Tungku Ladya pula.

Lara Laudya ketawa melihat wajah Raja Latif dan Tungku Ladya. Ini orang kata gaduh- gaduh sayang okey ! macam dia dan Haliq Izimer.

“ Okey stop it ehh ayahanda, bonda. Tua- tua pun nak gaduh ke? nanti muka yang dah tua tu jadi lagi tua !" Lara Laudya sudah gelak sakan. Cemberut saja wajah suami isteri itu.

Tungku Ladya mencubit peha anaknya . “ Ouhh pandai kenakan ayahanda dan bonda !"

Lara Laudya menjerit kesakitan. Boleh tahan juga penyepit Tungku Ladya. Raja Latif di sebelah sudah ketawa sambil menaikkan ibu jari isyarat padan muka. Ishh ayahanda dan bonda sama saja !

Sudah lama duduk di situ baru dia perasan yang Luna Lafia tiada di rumah. Adiknya itu jarang bangun lambat. “Bonda, Luna mana ? tak nampak pun dari tadi." matanya melilau mencari kelibat gadis itu.

“Dia keluar, katanya nak cari barang sekali jumpa kawan." jawab Tungku Ladya. Tangannya sibuk menyapu butter di roti.

” Amboi awal keluar. Baru pukul 9 pagi. Ke dia keluar dating ni..." Lara Laudya sudah tersengih- sengih.

Tungku Ladya yang mendengar gurauan puteri sulungnya itu menampar lengan Lara Laudya. “ Ishh Dya ni ! biar la dia keluar jumpa kawan lagipun bulan depan dia dah nak balik Budapest."

“Ala bonda ni Dya gurau je la. Luna tu mana ada boyfriend. Betul tak ayahanda ?" kali ni dia menghadap Raja Latiff pula.

Lelaki tua itu hanya mengangguk mengiakan. Apa sajala yang dibincangkan dua beranak itu, dia malas mahu mengambil pusing. Itu semua hal- hal orang perempuan.

"Kejap lagi Dya nak keluar tau bonda. Nak cari baju untuk malam ni." Lara Laudya memberitahu.

Tungku Ladya mengangguk. “Dah bagi tau Haliq ?" soanya pula.

Lara Laudya menggaru kepala. Aisemen, kalau cakap tak ni mesti kena ketuk dengan bonda ni. Baik iakan saja la. “Dah." jawab Lara Laudya sepatah. Hentam saja, tipu sunat orang cakap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience