BAB 16

Romance Series 25713

Sudah hampir seminggu semenjak kepulangan mereka berdua dari 'honeymoon' di kota Budapest dan sudah seminggu juga mereka berpindah ke rumah baru. Haliq Izimer dan Lara Laudya masing- masing sibuk dengan urusan klinik dan butik sampai tiada masa untuk bergaduh seperti biasa.

Lara Laudya memberhentikan Mini Coopernya di hadapan sebuah kafe. Wajah dan shawlnya ditilik seketika melalui cermin pandang belakang. Dia melangkah keluar dari kereta dan melangkah penuh yakin memasuki kafe itu.

Lara Laudya memesan cheese cake khas buat Haliq Izimer. Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran lelaki itu. Lara Laudya bercadang mahu membuat kejutan. Kalau tak disambut mahu dia dibebel oleh Tungku Ladya seratus hari berturut- turut. Boleh bernanah telinga ! Digagah dirinya membeli kek dan menyiapkan hadiah. Mulanya Lara Laudya malas mengambil port dalam pekara ini tetapi bila difikirkan balik apa salahnya dia menyambut ulang tahun kelahiran Haliq Izimer, bukan sesiapa pun suaminya juga kan !

Sementara menunggu cheese cakenya di packing, Lara Laudya meninjau sekitar kafe itu. Tiba-tiba pandangannya jatuh pada seorang lelaki yang amat dikenalinya. Dia memandang lama lelaki itu. Kairish yang perasan dirinya diperhatikan lalu dia mengangkat wajahnya. Pandangan Lara Laudya dan Kairish bersatu. Dua-dua tergamam. Hampir 5 tahun mereka berdua tidak bersemuka.

Lara Laudya terus mengangkat kaki selepas membuat pembayaran. Tidak tega berlama disitu. Hatinya sakit apabila melihat wajah lelaki yang telah menghancurkan hatinya. Kairish terus mengejar Lara Laudya apabila melihat gadis itu sudah beransur pergi. Dia memanggil gadis itu namun panggilannya tak disahut sama sekali.

"Lara ! wait !" Kairish menarik tangan Lara Laudya.

Lara Laudya tersentak. Pantas badannya di pusingkan menghadap ke arah empunya suara. Kelihatan Kairish sedang merenungnya.

"Yes ! ada apa yang boleh saya bantu?" soal Lara Laudya dengan muka masam.

Kairish merenung anak mata Lara Laudya. Sudah lama dia tidak melihat wajah yang selalu memberi kata-kata semangat padanya. Dia sangat merindui gadis dihadapannya itu.

"Look Lara, saya minta maaf atas apa yang berlaku antara kita 5 tahun dahulu. Saya dah lama cari awak."

Lara Laudya ketawa dengan apa yang diperkata lelaki di hadapannya itu. "Wait, apa yang jadi antara kita? saya kenal awak ke?" Soal Lara Laudya sambil buat muka menyampah.

Kairish menarik nafas. Dia tahu bukan mudah gadis itu mahu memaafkannya. " Lara, saya betul- betul minta maaf. Saya tahu awak masih marahkab saya. Tapi saya bukan Kairish yang dulu, saya dah berubah !"

Kata-kata Kairish benar-benar membuat hati Lara Laudya panas. Maaf? hanya dengan kata maaf boleh kembalikan masa silam mereka ke? huh ! semua tu tak akan terjadi. Hati Lara Laudya sudah lama tertutup buat lelaki yang bernama Kairish. Sampai bila-bila pun dia tak akan maafkan lelaki itu.

"Maaf Kairish, antara kita dah tk ada apa-apa. Antara kita dah selesai sejak 5 tahun lalu so awak tak perlu beria untuk minta maaf dengan saya sebab apa? sebab sampai bila-bila pun saya tak kan maafkan awak !"

Lara Laudya mahu mengatur langkah tapi ditahan oleh Kairish. "Lara wait ! saya belum habis cakap dengan awak !"

"Don't touch me Kairish ! i hate u ! antara kita selesai ! awak tak faham bahasa ke?!" Marah Lara Laudya. Dia bengang dengan manusia jenis tak nak dengar cakap orang.

Kairish tergamam dengan amarah gadis itu. Dia hanya memerhati langkah Lara Laudya pergi. Tak terdaya dia untuk memberhentikan gadis itu. Dia tahu di hati Lara Laudya sudah tidak ada dirinya, mungkin sudah ada pengganti. Kairish mengeluh. Susah untuk dia menambat hati Lara Laudya semula. Dia yang bodoh sebab tinggalkan gadis sebaik dan sesetia Lara Laudya dahulu. Alangkah bagus kalau masa itu boleh diputar semula, pasti Kairish orang yang paling bahagia dalam dunia ini. Kairish hanya mengeluh panjang melihat kelibat Lara Laudya hilang dari pandangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience