BAB 25

Romance Series 25713

Suasana di pasar raya itu sangat sesak dengan kehadiran orang ramai yang sedang sibuk memilih barang dapur. Disebabkan hari ni adalah hari minggu, jadi pelanggan yang datang meningkat dua kali ganda dari hari bekerja.

Harith Izimer menolak troli di tangan menyusuri rak- rak barangan kering. Dibelek satu persatu senarai barang yang ada tertulis di kertas. Serbuk kunyit, gula, garam, ayam, kentang, bawang, kordial oren, sayur dan... aiskrim ?

Sejak bila pula mamanya letak aiskrim dalam senarai barang ni. Aduhh la Puan Sri Hasrita ni, tua- tua pun mahu makan aiskrim lagi. Kan makanan itu tak baik untuk kesihatn ! naik juling mata Harith Izimer membaca senarai yang berlambak itu.

Ini semua salah abangnya yang satu tu. Mula- mula bukan main lagi tawar diri untuk pergi beli barang keperluan untuk majlis malam ni, last- last dia juga yang kena cemar duli turun padang beli semuanya disebabkan Haliq Izimer ada hal di klinik.

Mahu mengajak kakak iparnya dia pula yang segan , dia mana pernah jumpa wanita itu lagi semenjak dia pulang ke Malaysia. Hanya wajah wanita itu saja yang terakam di kepala. Nasib badan la kau Harith !

Tiba- tiba langkah Harith Izimer terhenti di tengah rak barang manisan apabila telefon bimbitnya berbunyi. Di lihat nama pemanggil yang tertera di skrin cukup buat mulut Harith Izimer mengherot. Di angkat juga walaupun separuh tak rela.

“Hello..." jawabnya malas. Hanya anggukan saja yang diberikan kepada pemanggil itu. Muka Harith Izimer pula menunjukkan muka kebosanan.

Kedengaran suara wanita di talian seakan- akan memberi arahan. Panjang dan sangat padat ! tiada satu pun yang tertinggal. Harith Izimer menggaru kepala yang tidak gatal.

“Okey ma okey... Rith faham la. Mama ni dari Rith keluar rumah sampai kesini mama asyik cakap hal sama je. Rith tahu la barang- barang tu." Harith Izimer menyambung semula langkahnya.

“Yelah mama takut Rith salah pilih barang tu je. Kan malam ni kan majlis penting." Puan Sri Harita masih membebel.

Harith Izimer sudah menjauhkan telefon bimbit dari telinga. Tahu saja ayat yang dikeluarkan oleh mamanya itu pasti ayat yang sama dari dua jam lepas. Sampai dia dah boleh hafal.

“Mama ni cuba percaya anak mama yang macho lagi handsome ni. Rith tahu la ayam tu macam mana, bawang tu macam mana. Macam la Rith tak pernah beli barang dapur sendiri." lelaki itu sudah mengeluh.

Puan Sri Hasrita selalu tak percaya kebolehannya yang satu ni. Mentang- mentang Haliq Izimer lagi pandai dalam bab ni terus saja mamanya itu tidak harap akan dirinya. Ceh ! tengok kaki la bukan setakat beli barang dapur dia boleh buat masak pun dia pandai tau. Cuma tak sesedap masakan Puan Sri Hasrita saja.

Puan Sri Hasrita yang berada di talian sudah ketawa halus. “Yelah Rith, mama percayakan kamu. Tapi jangan sampai ayam tertukar dengan ikan sudah la. Tidak nanti Rith yang mama masak jadi lauk."

Harith Izimer telan air liur. Sudah ! jangan sampai dia pula jadi lauk malam ni kalau tidak naya tuan badan. “Okey ma, i have to go." lepas saja bagi salam panggilan di matikan.

Tangan Harith Izimer yang baru menyentuh plastik coklat cloud 9 di rak itu terhenti apabila ada tangan lain yang sama- sama bergerak dengan tangannya.

Ehh ni tak boleh jadi ! dia yang pegang dulu jadi dia yang dapat dulu. Dah la itu coklat kesukaannya dari dulu. Dia memaling menghadap tuan punya tangan. Gadis itu juga melakukan hal yang sama.

“ Awak ! lagi !" serentak mereka bersuara. Dua- dua tergamam. Jodoh ke apa ni ? macam mana boleh terjumpa di sini. Dalam banyak- banyak tempat di sini juga mereka ketemu. Siap ambil coklat yang sama pula tu.

Harith Izimer tersenyum lebar. Di lihat wajah yang putih kemerahan itu tidak berkerlip. Gadis di hadapanya itu sudah buat muka tercengang, mungkin tidak sangka dengan pertemuan yang tak disengajakan itu.

Luna Lafia yang hanya memakai seluar jeans putih, kemeja yang dilipat lengannya separuh dan di tambah bahagian hadapan bajunya di masuk ke dalam seluar menambah kan lagi kecantikan gadis itu. Rambutnya yang bewarna hitam keperangan paras punggung itu di sanggul tinggi. Sebiji macam artis korea !

Gembira hati Harith Izimer melihat gadis itu lagi. Ingatkan malam yang mereka di tinggalkan di tengah jalan itu adalah pertemuan terakhir tapi masih ada lagi pertemuan seterusnya. Oh ! indah betul jodoh !

Coklat yang berada di tangan Harith Izimer di beri kepada Luna Lafia. Senyuman dari tadi tidak lekang dari bibir Harith Izimer. Lain pula Luna Lafia, wajahnya biasa- biasa saja.

“ Thanks ! " jawab gadis itu. Coklat yang diberikan tadi sudah dimasukkan ke dalam trolinya.

“ Awak ingat saya lagi ? " soal Harith Izimer laju. Excited sangat sebenarnya. “ Texi-mates awak, ingat ?" sambungnya lagi.

Luna Lafia sudah tersenyum senget. Mahu tak ingat ! lelaki tu penyebab dia kena balik jalan kaki sampai ke depan rumah. Sampai saja di rumah terpaksa minta Mak Yong, pembantu rumah mereka urutkan.

“Ingat... mesti la ingat sebabkan awak la kaki saya hampir tercabut. Kan ?" kata Luna Lafia memerli.

Harith Izimer tersengih panjang. Ya malam tu dia sendiri bukan mahu ke Bukit Antarabangsa tapi sebenarnya dia mahu ke Damansara. Lepas gadis itu selamat sampai ke rumah, Harith Izimer terpaksa pula menyuruh Pak Lan pemandunya mengambil di situ.

Niat dia mengekori Luna Lafia adalah untuk menjaga keselamatan gadis itu. Sewaktu dia menunggu Pak Lan di KLIA dia terperasan gadis itu mahu menaiki teksi yang agak mencurigakan.

Itu cepat- cepat dia menarik gadis itu dari meneruskan niatnya.Terpaksa la berlakon seakan dia mahu cepat tetapi gadis itu degil dan tak mahu mengalah. Jadi untuk mengambil jalan mudah dia terpaksa mengikut gadis itu. Takut apa- apa terjadi jika dibiar gadis itu keseorangan.

Nyata tekaannya benar, Harith Izimer meminta tolong sahabatnya yang bekerja di JPJ untuk memeriksa nombor plat teksi itu, tetapi teksi yang mereka naiki itu tidak ada dalam pendaftaran. Mungkin mereka sindiket yang menggunakan kaedah itu untuk memerangkap mangsa.

“Laa awak ingat sebab tu je ? ingatkan sebabkan saya ni handsome ke apa.” Harith Izimer menarik muka cemberut.

Luna Lafia pula buat muka tak percaya. Ceh ! laki ni angkat bakul sendiri ke macam mana ? “ Dari saya nak ingat awak baik saya ingat Song Jong Ki saya !" Luna Lafia menolak troli ke kaunter bayaran.

Harith Izimer yang mendengar nama pelakon korea itu tersengih. Peminat kpop rupanya minah korea celup ni ! “Awak minat dia buat apa ? dia dah kahwin pun. Kalau Lee Min Ho tak pa, dia pun ada iras-iras saya.”

Luna Lafia membulatkan mata. Tak sangka lelaki tu kenal artis kegemarannya itu. “ Kpop fan ?" soal Luna Lafia meminta jawapan.

“No, not interested !" di saing langkahnya supaya bergandingan jalan dengan gadis itu.

Luna Lafia laju mencebik. Ingatkan peminat kpop juga baru nak buat geng. “ Habis macam mana kenal pelakon- pelakon kesukaan saya tu?" tanya Luna Lafia lagi.

“Of course la saya kenal, dulu saya belajar sana. Semua gadis- gadis tergilakan mereka kan ? kawan- kawan sekelas saya tu gila sangat dengan mereka. Nonsense ! padahal semua tu plastik je." Harith Izimer sempat mengutuk.

Luna Lafia panas hati mendengar kutukan itu. Satu jelingan maut diberikan. “ Awak jangan suka- suka ehh kutuk hero saya ! penampar nak ?!" marah Luna Lafia.

Harith Izimer ketawa besar. Garang betul minah korea celup ni. Tapi makin garang makin dia suka. Baru la orang kata ada thrill nak mengorat tu.

“Jom coffee jom, boleh saya cerita pasal pengalaman saya kat sana. Mesti awak teringin nak dengar kan ?" ajak Harith Izimer.

Luna Lafia memikir mahu menerim pelawaan itu ke tidak. Tapi apa salahnya, pemuda didepannya itu nampak seperti orang baik- baik saja. “ Why not ? but kawan saya kena ikut sekali sebab saya datang dengan dia."

“Okey bisa aja." Harith Izimer menaikkan ibu jari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience