BAB 30

Romance Series 25713

“Apa yang seronok sangat ?" laju Aqib bertanya.

Dari jauh tadi dia sudah melihat mereka berdua asyik ketawa saja. Cawan minuman yang berada di tangan dihulurkan kepada Iman.

“Tanya la kawan baik awak ni." Iman menjawab sambil tangannya menyambut huluran Aqib itu.

Aqib buat muka tak puas hati. Dah tanya di suruh tanya lagi. “Pahal Bro ? bukan main kau gelak dengan bini aku."

Haliq Izimer pula hanya tersengih. “Tak ada apa la, saja borak dengan Iman. Kenapa ? kau jeles ke ?”

Mahu tergelak Haliq Izimer apabila melihat muka mencuka Aqib. Bukan main takut lagi lelaki itu bila isterinya seronok bergelak ketawa dengan lelaki lain.

“ Mesti la jeles bini aku ni !" ujar Aqib bersungguh.

Iman disebelah sudah menjeling tajam suaminya itu. Ada-ada saja perangai mengada lelaki itu. Macam mana la dia boleh berkahwin dengan si Aqib , dia sendiri tak tahu.

Haliq Izimer pula mencebik. “Alah kedekut betul, bukan aku nak pun kat Iman ni. Isteri aku cantik lagi."

“Entah awak ni ! Lara tu lagi cantik. Tak ada makna si Aliq ni nak kat saya. Kalau dia nak pun saya tak hinggin la." Iman mencelah. Dia sudah buat muka tak sudi.

Haliq Izimer dan Aqib sudah tergelak. Memang tak la Iman nakkan Haliq Izimer. Kata wanita itu Haliq Izimer bukan tastenya , jauh panggang dari api !

“Apa la awak ni dengan kawan baik sendiri pun nak jeles ?" sambung Iman lagi.

“Tak ada la saya gurau je. Mama buyung ni makin lama makin garang tau !" Aqib tersengih. Suka nak kacau Iman.

Iman yang mendengar Aqib memanggilnya mama buyung terus menjegilkan mata. Haliq Izimer di disebelah sudah ketawa mengekek- ngekek.

“Iman, kau bagi smack down je si Aqib ni. Mulut dia dari dulu memang tak ada insuran.” Haliq Izimer gelak lagi.

Aqib dan Iman adalah kawan baiknya dari zaman sekolah rendah lagi. Dari dulu mereka bertiga memang tak pernah berpisah, sampai sambung belajar pun mereka mendapat tempat pengajian yang sama.

Nak dikatakan Aqib memang betul- betul sukakan Iman dari dulu lagi. Jadi dia la yang menjadi mastermind untuk menyatukan mereka berdua. Entah macam mana sangkut pula si Iman tu pada Aqib.

Habis saja belajar dia dan Aqib terus menjadi rakan kongsi dalam pembukaan klinik haiwan mereka manakala Iman pula menyambung Phd di Jepun.

Walaupun Iman jauh di negara orang tetapi Aqib tetap setia kepada wanita itu. Sudah dikatakan jodoh akhirnya Aqib dan Iman selamat menjadi suami isteri setahun yang lepas. Kini Iman sudah mengandung dua bulan. Indah betul perancangan Tuhan !

Gembira Haliq Izimer melihat dua sahabat baiknya bergurau manja. Kalau dia la nak bergurau manja dengan Lara Laudya awal- awal lagi dah dapat warning sekaligus padangan yang menusuk jiwa.

“Kalau tak sayang dah lama aku bagi dia smack down. Nasib baik sayang !” ketawa Iman terletus.

Haliq Izimer dan Aqib juga turut ketawa. Rasa macam lama pula mereka bertiga tidak melepak sekali seperti ini.

Maklum la Iman sekarang ni banyak terbang ke luar negara atas urusan bisnes yang diusahanya. Aqib dan dia pula sibuk bergilir menjaga klinik mereka, bila masa pula nak ada masa untuk melepak.

Itu sebab malam ni bukan main dia buka meja bulat dengan Iman. Banyak betul yang mereka gosipkan termasuk la tentang perkahwinan dia dan Lara Laudya.

Dengar saja masalah mereka berdua terus Iman membebel panjang sampai bernanah telinga Haliq Izimer di buatnya. Orang cakap ibu mengandung memang lain sikit. Lain macam mana ? macam Iman ni la ! membebel tak berhenti naik rimas dia kena basuh.

“Sudah la aku dengan Iman nak gerak dah ni." Aqib
bersuara.

“Laa...awal lagi. Nak gerak dah ?" Haliq Izimer melihat jam ditangan.

“Awal apanya Aqib cakap baby tak boleh keluar rumah lebih dari pukul 10. Sekarang dah pukul 9.45 so faham- faham je la." Iman pula menyampuk sambil tangannya mengusap perut.

Aqib sudah mengangguk-angguk dan tersengih. Haliq Izimer sudah mencebik. Menyampah pula dengan kawannya sorang tu. Acah jadi ayah yang baik pula !

“Okey la. Jumpa kau esok Qib. Dan.... Iman jaga kandungan. Tak payah termakan dengan acah- acah si Aqib ni."

Aqib menunjukkan penumbuknya. Haliq Izimer terus ketawa dengan riaksi Aqib.

Iman tersenyum sambil menunjukkan tanda 'okey'. Haliq Izimer dan Aqib pula bersalaman dan berpeluk antara satu sama lain.

“Ingat apa aku pesan tadi. Ego jangan nak tinggi sangat !" sempat Iman berpesan sebelum dia dan Aqib meninggalkan Haliq Izimer disitu.

Haliq Izimer hanya menggaru kepala. Sempat lagi tu Iman nak membebel. Terus dia menapak mahu masuk kedalam rumah apabila bayangan pasangan itu sudah hilang.

Dia mahu melihat Lara Laudya. Dari tadi dia risau akan isterinya apabila melihat wajah pucat wanita itu. Seperti Lara Laudya sedang menahan sakit.

Tadi pun dia saja nak buat Lara Laudya cemburu itu sebab dia tidak mengikut Lara Laudya ke dalam rumah padahal dia sendiri risau. Pasti ada yang tidak kena.

Haliq Izimer melintasi kawasan taman tetapi belum beberapa langkah dia sudah mengundur perlahan- perlahan. Matanya terus jatuh pada Harith Izimer dan Luna Lafia yang berada tidak jauh dari situ.

Sepertinya mereka berdua sedang berbincang pekara serius. Haliq Izimer tertanya-tanya, sejak bila adik- adiknya itu rapat. Setahu dia ini kali pertama mereka berjumpa.

Malas dia mahu mengambil pusing, pantas dia menyambung langkahnya semula. Terus Haliq Izimer memanjat tangga untuk ke bilik tidur yang berada di hujung sekali.

Tombol pintu dipulas perlahan. Dilihat Lara Laudya sudah terbaring di atas katil sambil badannya mengiring ke arah bertentangan. Haliq Izimer tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience