BAB 21

Romance Series 25713

Selepas selesai saja makan tengah hari mereka semua melepak di ruang tamu. Lara Laudya dan Luna Lafia awal-awal sudah mengambil tempat betul-betul di hadapan televisyen untuk menonton drama korea. Haliq Izimer pula duduk bersebelahan dengan isterinya, ralit saja jari bermain telefon bimbit di tangan.

Tungku Ladya yang melihat anak menantunya itu hanya tersenyum bahagia. Bukan senang mereka mahu melekat di rumah, kalau bukan hari minggu jangan harap ! ada saja kerja yang disibukkan. Tapi sayang Raja Latiff tak dapat menyertai mereka kerana urusan kerja di luar negara. Sudah lima hari suaminya itu tidak ada di rumah. Tungku Ladya kembali membaca buku ditangan, itu sudah menjadi rutin hariannya selepas dia mengambil keputusan untuk berehat dari persatuan kebajikan yang dulunya salah satu kerja harian. Maklum saja Tungku Ladya merupakan kerabat diraja mesti selalu turun padang memberi pertolongan bagi yang memerlukan.

"Bonda, mama jemput datang kenduri minggu depan." Ujar Haliq Izimer kepada ibu mertuanya itu.

Tungku Ladya yang sedang membaca terus mengangkat kepala. Kaca mata yang tersarung sudah dicabut dan diletakkan di atas meja.

"Ouhh ada mama kamu call bonda 2 hari lepas, katanya nak buat kenduri arwah sekali dengan kenduri kesyukuran sambut kepulangan adik kamu kan?" Tungku Ladya memberitahu. Memang ada besannya itu menelefon.
Haliq Izimer mengangguk mengiakan. " Tu la Rith sebenarnya dah balik nak dekat sebulan juga tapi baru sekarang dapat buat kenduri. Maklum la mama tu sibuk memanjang dekat syarikat, ni Rith dah balik boleh tolong mama sikit-sikit."

Haliq Izimer tersenyum teringatkan Puan Sri Hasrita. Selepas papanya meninggal semua urusan syarikat diambil oleh wanita itu. Kalau nak harapkan dia memang tak pergi mana H Holding tu, dia bukan tahu bab-bab syarikat ni. Kalau tanya pasal haiwan laju saja dia boleh bagi penerangan dari A sampai Z. Tapi lepas saja adiknya pulang ke Malaysia terus urusan mamanya jatuh pada bahu anak muda itu. Walaupun Harith Izimer baru berusia 23 tahun tetapi otaknya sangat bergeliga.

"Emm... In Shaa Allah kalau tak ada halangan bonda pergi la. Lagipun waktu tu ayahanda kamu dah ada kat sini boleh la bonda pergi dengan dia." Tungku Ladya menyarung kembali kaca mata kemudian bacaannya disambung.

Lara Laudya yang tadi hanya menjadi pendengar bersuara. " Adik u tu study mana sebelum ni?" soal Lara Laudya sambil pandangan tak lekang dari televisyen.

"Korea." jawab Haliq Izimer sepatah. Matanya masih ralit memandang telefon bimbit di tangan.

Luna Lafia yang mendengar perkataan Korea terus laju memandang abang iparnya. "What ! korea ? seriously abang Aliq ?! ada macam retis korea tak ?" gadis itu sudah terjerit kecil.

Bukan main gembira lagi bila dapat tahu adik kepada Haliq Izimer geraduan dari negara itu. Luna Lafia sudah la peminat nombor satu artis korea. Semua yang berkaitan semua dia minat. Lara Laudya juga sama cuma kakaknya tidak terlalu obses sepertinya.

Lara Laudya yang melihat muka excited Luna Lafia mengelengkan kepala. Over betul adiknya sorang ni ! Mesti Luna Lafia membayangkan wajah Harith Izimer seperti Song Jong Ki tidak pun seperti penyanyi kesukaan gadis itu ,Chanyeol. Hadoi la adiknya ni, lelaki tu bukan artis korea la, cuma belajar di korea saja itu pun tak dapat beza ke ?

Haliq Izimer senyum panjang apabila Luna Lafia seperti berminat hendak ambil tahu tentang Harith Izimer. "Ermm... jap abang nak fikir ada tak ehhh" Haliq Izimer meletakkan jarinya di bawah dagu seolah memikir.

"Ada tak ! " soal Luna Lafia tak sabar.

" Tak ada ! langsung tak ada. Memang orangnya berkulit putih tapi lebih kepada melayu. Yang Luna ni excited sangat kenapa?" Haliq Izimer menahan ketawa.

"Ceh ! tak ada pula baru ingat nak ngorat. Tak pa la Luna setia pada Song Jong Ki sorang je." Lara Laudya yang mendengar jawapan Luna Lafia terus menjentik dahi gadis itu. Luna Lafia menjerit kesakitan. Diusap dahinya.

"Jangan bermimpi la adik ku sayang... Song Jong Ki Luna tu dah ada isteri jadi stop dreaming dear." Lara Laudya menjelirkan lidah. Luna Lafia pula sudah menarik muncung panjang. Baru nak berangan sikit dah potong line. Tak sukanya !

"Tapi adik abang tu tetap handsome. Tapi abang handsome lagi la." Haliq Izimer mencelah "Luna nak isi borang ke jadi bakal adik ipar double abang? hurm ?"

Lara Laudya yang dengar kenyataan suaminya itu sudah ketawa. Ada hati tu angkat bakul sendiri. Dia lagi handsome dari adik konon puih ! sudah la, Lara Laudya tak percaya. Baginya semua lelaki dalam dunia ni handsome kecuali Haliq Izimer. Lara Laudya mengeleng kepala. No, no, no jawapan tetap sama macam mana sekali orang lain memuji Haliq Izimer baginya lelaki tu biasa- biasa saja. Cis Lara Laudya ego, pagi tadi waktu dia terhempap suaminya itu pandai pula nak terpukau dengan wajah manis lelaki itu alih-alih sekarang cakap tak handsome pula. Hipokrit betul !

Luna Lafia yang mendengar soalan abang iparnya itu mencebik. Ada ke title adik ipar double? mungkin ada la kot kalau dia memang berkahwin dengan adik lelaki itu. "Tak nak la Luna, nanti bertingkat-tingkat pula title susah je !"

" Apa salahnya kan lagipun title tu tk bawa maksud apa pun." Tungku Ladya menyampuk. Dari tadi dia hanya tersenyum melihat anak menantunya.

"Ishhh ! tak nak la Luna. Biar kak Dya je jadi isteri abang jangan la isteri adik abang pun anak Tungku Ladya juga. Nanti kalau kawan-kawan bonda tanya ingat abang Aliq madukan kami berdua pula. Kan susah tu !"

Haliq Izimer, Lara Laudya dan Tungku Ladya pecah perut dengan percakapan gadis itu. Jauh benar pemikiran Luna Lafia. Tak masuk akal betul. Sedang mereka berempat seronok ketawa tiba- tiba pembantu rumah datang membawa tetamu. Mungkin mereka terlalu banyak bersembang sampaikan ada orang datang pun tidak perasaan.

Semua mata yang ada disitu memandang lelaki yang dibawa Mak Yong tadi. Tungku Ladya sudah tersenyum tipis, Luna Lafia pula menunjukkan muka tak senang hati dan Lara Laudya hanya tergamam. Bibinya terkunci. Apa benar yang dilihat didepannya ini seseorang yang amat dikenalinya. Lain pula Haliq Izimer, dari tadi senyuman lebar diberikan kepada tetamu itu. Walaupun tidak kenal dia harus menghormati tetamu ibu mertuanya.

Lara Laudya yang panas hati dengan kehadiran tetamu yang tak diundang itu segera mengangkat punggung. Laju kakinya mendapatkan tangga untuk naik ke atas. Tidak ditoleh lagi wajahnya. Dia tak peduli kalau bondanya kata dia kurang ajar dengan tetamu. Yang dia tahu tetamu itu memang tak perlu dilayan, tak perlu diundang pun. Menyakitkan hati saja ! Haliq Izimer memandang pelik dengan kelakuan Lara Laudya. Kenapa tak ditegur tetamu itu ?

"Bonda, Luna naik atas dulu." Luna Lafia minta kebenaran. Tungku Ladya hanya mengangguk. Terus dia mengikut kakaknya.

Kairish hanya melihat dua gadis itu menghilang. Ada sedikit riak kecewa di wajahnya. Haliq Izimer yang sedari tadi memerhati perasan akan perubahan wajah Kairish. Siapa lelaki itu pada Lara Laudya? dia bersoal jawab dengan diri sendiri.

"Kairish , jemput duduk. Lama auntie tak jumpa. kamu apa khabar?" Tungku Ladya mempersilakan tetamu itu.

Kairish hanya tersenyum sumbing. Dia terus mendapatkan sofa yang ada di sebelah Tungku Ladya. "Sihat auntie. Mummy kirim salam kat auntie." jawab Kairish sambil matanya melirik kepada Haliq Izimer disebelah.

Tungku Ladya yang perasan dengan pandangan itu sedikit berdehem. "Kenalkan ni menantu auntie. Suami Lara."

Kairish buat-buat senyum. Dia menghulurkan tangan. Haliq Izimer terus menyambut tanpa banyak soal. "Haliq." dia memperkenalkan diri. "Kairish"

"Kamu tunggu kejap auntie buatkan air." Tungku Ladya meminta diri.

Kairish mengangguk sambil bibirnya mengukir senyuman. Hilang saja Tungku Ladya Kairish terus mengalih menghadap Haliq Izimer. Ada senyuman sinis di wajahnya.

" Jadi kau la suami Lara?" Kairish memulakan bicara. Niat dia bertandang ke situ memang untuk memberi amaran kepada lelaki itu. Ada hati nak rampas Lara Laudya daripadanya. Haliq Izimer belum kenal siapa dia, pantang kalau apa yang dia mahu dihalang oleh orang lain.

Haliq Izimer pelik dengan soalan itu. Cara tuan punya badan soal pun macam nak cari gaduh. Sinis saja bunyi. Apahal pula dia disoal begitu.

"Ya saya suami Lara. Encik ni siapa ya? sedara isteri saya ke?" Haliq Izimer berlembut. Walaupun cara tetamu itu seperti mahu melancarkan perang namun Haliq Izimer tak cepat melatah.

"Tak ! aku bekas teman lelaki Lara. Lepas ni akan jadi bakal suami Lara. Jadi aku nak ingatkan kau supaya berhenti berharap dengan hubungan korang. Lagipun Lara masih cintakan aku, jadi aku nak kau lepaskan dia !" Kairish memberi amaran.

Haliq Izimer hanya mendengar. Tiada tanda-tanda mahu membalas percakapan Kairish. Dia seakan berfikir. Jadi ini bekas teman lelaki isterinya. Patut la macam nak telan dia hidup-hidup. Tak thrill langsung amaran lelaki tu. Nak gertak pun bagi la ada feel sikit. Haliq Izimer sudah ketawa dalam hati.

"Macam ni la Kairish, awak cuma bekas dia je saya pula suami dia. Jadi nak tentukan perpisahan kami bukan awak yang pilih. Kalau dah tertulis jodoh kami panjang tak boleh nak buat apa la." Haliq Izimer menyusun kata. Malas mahu berkasar sebab bukan caranya begitu.

Kairish menghentak meja. "Aku nak kau ceraikan Lara !" Kairish terus beredar.

Haliq Izimer menghembus nafas. Dia tersandar kebelakang. Macam dalam drama pula situasi sekarang ni. Ada pula bekas teman lelaki isterinya datang bagi warning. Haishh ! tak masuk akal betul. Tungku Ladya hanya memerhati dari balik dinding. Tak sedap hati dengan kedatangan Kairish, pasti ada yang dirancang anak muda itu. Dia tidak mahu rumah tangga anak menantunya jadi tunggang langgang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience