BAB 36

Romance Series 25713

Sampai saja di resort Haliq Izimer mengambil kunci bilik untuk mereka bertiga. Waktu menempah haritu cuma satu bilik saja buat dia dan Lara Laudya.

Tetapi disebabkan last minute Harith Izimer tergedik- gedik mahu ikut terpaksa la ditempah lagi satu bilik. Adiknya itu memang selalu menyusahkan !

Haliq Izimer berjalan menndapatkan Lara Laudya dan Harith Izimer yang sedang duduk di ruang menunggu.

“Nah, ni kunci bilik Rith." Haliq Izimer menghulur segugus kunci.

Laju tangan Harith Izimer mencapai. “ Okey, thanks !" dia sudah mahu melangkah.

“Kejap, tak menyempat langsung !" Haliq Izimer menarik lengan lelaki itu.

Harith Izimer menjongket kedua keningnya. “Apa lagi ? Rith penat la..."

“Abang belum settle lagi pasal dalam kereta tadi." bisik Haliq Izimer perlahan.

Mahu terhembur ketawa Harith Izimer. Ingat dah settle ! ingatkan abangnya itu tidak peduli akan hal sebegitu, rupanya...

Lara Laudya disebelah hanya memandang pelik kelakuan dua beradik itu. Siap berbisik- bisik bagai, mengumpat dia ke macam mana ?

“Yang korang ni kenapa ?"Lara Laudya mencebik.

Haliq Izimer dan Harith Izimer serentak menggeleng laju. Dua- dua menayang sengihan saja.

“Rith masuk bilik dulu, bye !" laju Harith Izimer meminta diri.

“Rith ! tunggu !"

Haliq Izimer mahu menarik adiknya itu tapi belum sempat Harith Izimer sudah melarikan diri terlebih dahulu. Berdesup bayang dia hilang. Sepantas Hussin Bolt !

Lara Laudya yang melihat sudah terngaga. Lajunya lari ! apa yang nak kejarkan sangat ? Lara Laudya pun tidak faham. Akhirnya dia hanya menggeleng tidak faham.

Muka Haliq Izimer sudah menahan geram. Tak apa, kalau sekarang dia tidak boleh belasah Harith Izimer nanti- nanti masih banyak masa.

Wait and see !

“Dah jom, kita masuk bilik." ajak Haliq Izimer.

Beg roda yang berada disitu dicapai. Lara Laudya hanya mengikut dari belakang sambil matanya tidak lekang melihat sekeliling resort itu.

“Bilik kita kat mana ?" soal Lara Laudya.

“Belah belakang lagi. Kita kena lalu tepi pantai dulu." ujar Haliq Izimer sambil menarik beg.

Mata Lara Laudya masih ralit melihat sekeliling. Ada senyuman pada bibir wanita itu. Tenang dan nyaman saja dia rasakan suasana di situ.

“Cantik !" terluah perkataan itu dari mulut Lara Laudya saat matanya jatuh pada pantai yang kebiruan.

Haliq Izimer yang berjalan di hadapan sudah tersenyum. Langkahnya di berhentikan apabila melihat Lara Laudya seakan terpukau dengan suasana di situ.

“Sebab itu saya ajak awak datang sini. Nyaman je kalau nak tenangkan fikiran." kata Haliq Izimer sambil mengambil udara segar.

“Nasib baik cantik kalau tidak sia-sia i ikut you !" tangan Lara Laudya disilangkan sambil melihat laut yang berada di depan matanya.

Haliq Izimer tergelak. “Mesti la awak ingat taste saya ni teruk sangat ke ? kalau tak mana ada saya kahwin dengan awak."

Terbatuk Lara Laudya bila suaminya berkata seperti itu. Dia sebaik mungkin cuba mengawal muka yang sudah kemerahan. Malu !

“Awak kan cantik." sambung Haliq Izimer lagi.

Kali ini Lara Laudya sudah betul-betul ‘blushing'. Rasa macam bahagia saja bila dipuji macam tu.

Tak sangka Haliq Izimer tidak la seperti yang dia fikirkan, sweet juga lelaki itu rupanya. Lara Laudya sudah tersenyum kecil.

“Baru tahu ke i cantik ?" soal Lara Laudya bangga.

“Saya tahu lama dah. Memang awak cantik tapi saya rasa mak cik cleaner yang ada kat receptions tadi lagi cantik." jawab Haliq Izimer dengan sengihan.

Bulat mata Lara Laudya, cis ! tak guna betul boleh lelaki itu samakan dia dengan mak cik cleaner ? tak cukup cantik ke dia ? tak cukup bergaya ke dia sampai suaminya itu boleh cakap seperti itu ?

Tiba-tiba Lara Laudya rasa seperti mahu ‘smack down' lelaki itu. Nak kena betul Haliq Izimer ! dia menjeling Haliq Izimer disebelah.

“Tapi kalau awak tak cantik pun saya tetap sayang juga. Dah awak sorang je isteri saya, betul tak ?" ujar Haliq Izimer sambil mengenyit mata.

Rasa nak marah tadi tiba-tiba hilang bila Haliq Izimer berkata seperti itu. Kembang hati Lara Laudya dibuatnya. Tak jadi dia nak ‘smack down' lelaki itu.

Mereka berdua mendiamkan diri. Masing- masing sedang menikmati keindahan ciptaan Allah itu. Mata Lara Laudya dan Haliq Izimer tidak lekang dari melihat pantai.

Bunyi tolakan ombak seakan- akan memberi ketenangan kepada mereka berdua. Angin sepoi- sepoi terasa nyaman sekali bila terkena kulit muka Lara Laudya.

Memang sekali- sekala kalau pergi menghabiskan masa di tempat sebegitu pasti akan menenangkan kepala dari segala hiruk- pikuk dan suasana di bandaraya.

Lama Lara Laudya dan Haliq Izimer membisu. Tiba- tiba ingatan Lara Laudya teringat tentang apa yang di cakap oleh Harith Izimer tadi. Tentang Haliq Izimer yang tak pernah bercinta.

“I nak tanya sikit boleh ?" soal Lara Laudya sambil memandang Haliq Izimer.

Haliq Izimer memaling menghadap wanita itu dengan sebuah senyuman. “Apa ?"

“Betul ke you tak pernah bercinta ? tak pernah ada perempuan yang you suka ?"

Tanya Lara Laudya penuh mengharap. Bukan nak busybody tapi dia nak tahu juga tentang lelaki itu. Lagipun dia ada hak apa untuk tanya soalan itu.

Senyuman Haliq Izimer tiba-tiba hilang. Kepalanya ditoleh kehadapan semula. Mulutnya jadi seperti di gam, tak terluah mahu menjawab soalan dari isterinya.

Lara Laudya jadi serba salah dengan pertanyaan yang baru keluar dari mulutnya apabila melihat Haliq Izimer hanya mendiamkan diri.

Rasa macam tak patut pula dia bertanya, mungkin lelaki itu tidak suka kalau ia melibatkan tentang perasaan.

“I minta maaf." Lara Laudya menampar mulut sendiri, celupar betul !

Hanya senyuman hambar yang diberikan Haliq Izimer. “Tak apa, saya rasa awak patut tahu."

“Maksud you ?”

“Memang saya tak pernah bercinta tapi..."

Haliq Izimer memberhentikan kata- katanya dan kemudian menarik nafas dalam- dalam. Ya ! Lara Laudya harus tahu !

“Pernah hadir seorang wanita dalam hidup saya. Sebelum awak hadir." ujarnya perlahan.

Hati Lara Laudya tiba- tiba terasa sedih dengan apa yang baru disampaikan Haliq Izimer. Maksudnya ada perempuan lain yang lelaki itu suka ? tapi kenapa lelaki itu berkahwin dengannya ?!

“Zinnirah." beritahu Haliq Izimer.

Bagai disiat-siat hati Lara Laudya mendengar sepatah nama itu. Dia cemburu ! kenapa dia tidak boleh dengar nama perempuan lain yang keluar dari mulut lelaki itu ?

Seperti dia sudah jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Tidak !!! Lara Laudya menggeleng- geleng kepala mengusir apa yang terlintas di fikirannya.

“Saya kenal dia dari zaman kolej lagi. Mula- mula tu kami asyik gaduh, macam kita sekarang. Tapi lama- lama kami tersuka antara satu sama lain." kata Haliq Izimer lagi.

Lara Laudya hanya memasang telinga saja. Tidak menyampuk sedikit pun dengan apa yang dicerita Haliq Izimer.

“Tapi suatu hari tu dia tiba- tiba hilang. Saya call tak balas, saya chat tak reply sampaikan saya balik kampung dia cari kat sana tapi tetap tak jumpa." Tiba -tiba riak wajah Haliq Izimer bertukar mendung.

Lara Laudya yang melihat sudah buat muka tertanya- tanya. Keningnya di naik sedikit.

“Semenjak tu saya dah tak jumpa dia. Sampai satu hari mak dia call saya suruh saya datang ke kampung dia. Mak dia cakap Zinnirah nak jumpa saya."

“Lepas tu ?" soal Lara Laudya tidak sabar. Nak tahu juga apa yang terjadi. Di mana perempuan yang bernama Zinnirah itu ?

Haliq Izimer tidak menjawab soalan itu sebaliknya dia hanya termenung jauh. Ingatannya jauh melayang mengingati wajah seorang perempuan yang cantik memakai pakain serba hitam.

Lesung pipit pada sebelah kiri pipi menambahkan lagi kecantikkan perempuan itu. Haliq Izimer seperti melihat perempuan itu sedang tersenyum ke arahnya dengan wajah yang cukup ceria.

“Dia kat mana sekarang ?" soal Lara Laudya tidak sabar apabila melihat suaminya itu hanya mendiamkan diri.

“Bagi la tahu. Where she ?" Lara Laudya memegang lengan Haliq Izimer.

Haliq Izimer memusing badan menghadapa Lara Laudya. Dia menarik tangan isterinya itu kemudian di genggam lembut. Tergamam Lara Laudya dibuatnya tetapi dibiar tangan lelaki itu disitu.

“Zinnirah dah tak ada. Dia dah meninggal 3 tahun lepas." ujar Haliq Izimer perlahan.

Terkedu Lara Laudya mendengar apa yang di kata Haliq Izimer. Tiba- tiba rasa bersalah menyelinap masuk ke dalam hatinya. Pasti lelaki itu sedih dengan apa yang berlaku.

“Saya tak sempat jumpa dia. Lepas saya sampai kat kampung dia dah meninggal. Tapi saya redha, mungkin ada hikmah kenapa Allah ambil dia dulu."

“I minta maaf." wajah Lara Laudya ditundukkan sedikit.

Haliq Izimer hanya tersenyum melihat wanita itu. “Tak apa sayang, itu semua dah lepas. Saya tahu Zinnirah pasti gembira tengok saya dengan awak."

Kejap ! dia macam dengar sesuatu tadi. Haliq Izimer panggil dia sayang ? serius la !!! dia tak salah dengar kan ? Lara Laudya pandang tak percaya. Tiba- tiba dia rasa bahagia pula !

“Tak payah nak muka macam tu sangat la, jom !" Haliq Izimer sudah mahu ketawa.

Punya feeling sedih tadi tup- tup tengok muka isterinya terus rasa kelakar. Tangan Lara Laudya yang berada dalam genggamannya di bawa masuk ke dalam poket jaket yang dipakai Haliq Izimer.

Terus ditarik wanita itu mengikutnya. Lara Laudya hanya tersenyum saja. Sekali dia kilas memandang Haliq Izimer. Dia hanya mengikut tarikkan lelaki itu tanpa bantahan.

Dari jauh ada sepasang mata sedang memerhati tingkah laku mereka dari tadi hingga mereka berdua hilang dari balik dinding. Tangannya digenggam geram.

“Tunggu Lara ! saya tak akan bagi awak bahagia dengan dia !"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience