BAB 35

Romance Series 25713

“Harith pun ikut ?" soal Luna Lafia dari balik telefon.

Mata Lara Laudya jatuh pada dua orang lelaki di hadapannya. Ada riak tidak puas hati apabila melihat Harith Izimer yang sedang tersengih menampakkan ke semua gigi putihnya.

“Aah, tak pasal-pasal akak kena layan dua ikan jerung ni. Kalau satu pun dah annoying ini pula dua !" Lara Laudya menekan sedikit suaranya.

Harith Izimer yang tadi hanya tersengih terus ketawa terkekek-kekek.

Haliq Izimer yang sedang bersandar pada kereta pula terus mengangkat kedua bahu.

“Okey la, kita jumpa lagi 5 bulan tau. Akak gerak dulu. Assalamualikum !" Habis memberi salam dia terus meletak telefon.

Mata Lara Laudya tajam menikam raut tenang Haliq Izimer. Lelaki itu hanya tersenyum saja.

“Tak cakap pun Rith ikut ?" Lara Laudya menyilang kedua belah tangan sambil memeluk tubuh.

“Entah kat dia ni, tergedik- gedik nak ikut." jawab Haliq Izimer kemudian melangkah masuk ke tempat pemandu.

“Alaa ! Rith pun dah lama tak bercuti. Saja nak pergi tenangkan fikiran." ujar Harith Izimer.

Laju dia memboloskan diri ke dalam kereta sebelum sempat kakak iparnya itu bersuara. Lara Laudya yang melihat perangai adik iparnya itu sudah buat muka geram.

Laju kaki Lara Laudya dihayun masuk di tempat penumpang hadapan. Kuat dia menutup pintu kereta. Rasa macam nak tercabut pintu itu !

“Sibuk la Rith ni ! pergi la bercuti dengan kawan- kawan ni tak sibuk nak ikut kami kenapa ?" soal Lara Laudya bengang.

Badannya dipusing menghadap Harith Izimer yang duduk di belakang. Lelaki itu hanya tersengih saja sambil mengeluarkan telefonnya dari poket seluar.

“Rith tak ada kawan. Kak Lara dengan abang la kawan Rith." jawab Harith Izimer selamba.

Lara Laudya mendengus geram. Badannya di pusing menghadap ke depan semula. Sit belt ditarik kasar dan dipakai ke badan. Harith Izimer tergelak melihat wanita itu marah. Mengaku kalah dah la tu !

Kalau dengan kakak iparnya sorang itu memang boleh buat geng sekaligus musuh. Sporting habis Lara Laudya bila dengannya. Nak gaduh pun macam tak kisah, last-last baik juga.

Walau dia baru kenal dengan wanita itu tetapi hubungan mereka sangat rapat. Dia pun sudah anggap Lara Laudya seperti kakaknya sendiri.

Haliq Izimer membulatkan mata. “Cuba tarik elok-elok sikit. Rosak la kereta saya !"

Tegur Haliq Izimer sambil menumpukan perhatian ke atas jalan raya. Kalau dah marah dekat orang lain pun jangan la salahkan sit belt tu !

“Sit belt you ni yang masalah !"

“Pulak ? saya pakai okey je. Awak tu ganas sangat." Haliq Izimer mencebik.

“Ishh ! betul la sit belt ni yang rosak itu i tarik kuat." Lara Laudya mengetap bibir.

“Okey rilek okey, awak menang. Malas nak gaduh." Haliq Izimer sudah tersengih apabila melihat isterinya sudah mula mahu melenting.

“Yang kau tu Rith, cuba jangan nak cari pasal. Macam tak kenal angin tsunami kakak kau ni." ujar Haliq Izimer.

Bulat mata Lara Laudya mendengar apa yang terluah dari mulut Haliq Izimer. “Tak guna ! sempat mengutuk aku !" desis hatinya.

Tangan Lara Laudya yang dari tadi tak sabar mencari mangsanya terus melekat pada bahu Haliq Izimer dengan kuat. Rasakan !

Haliq Izimer mengaduh kesakitan apabila ditampar. Ketawanya meletus melihat sikap Lara Laudya. Suka betul melihat Lara Laudya yang garang seperti itu.

Dah memang jenis suka tampar orang so tak boleh nak buat apa la, hadap saja Haliq Izimer oiiii ! nasib baik dia sayang, opss !

Kepala Haliq Izimer digeleng- geleng. Matanya pula memandang Harith Izimer melalui cermin pandang belakang. Khusyuk saja lelaki itu dengan telefon di tangan.

“Tu yang tersenyum- senyum tu dah kenapa ?” soal Haliq Izimer tiba- tiba.

Tersentak Harith Izimer dengan soalan dari abang kesayangannya itu. Wajah Harith Izimer diangkat dan dia menghadiahkan sengihan saja.

“Tak ada apa-apa." jawab Harith Izimer.

“Chat girlfriend la tu." Lara Laudya menyampuk. Kepalanya dikalih sedikit.

Harith Izimer menggaru kepala yang tidak gatal. “Mana ada la !“

“Boleh percaya ke ?" tanya Haliq Izimer pula.

“Betul la ! Rith mana ada girlfriend." tegas saja jawapannya.

“Tipu la. Tak kan ikan jerung macam Rith ni tak ada girlfriend ? abang Rith yang bapa ikan jerung ni pun laku !" Lara Laudya menjelir lidah.

Terburai ketawa Harith Izimer bila mendengar perkataan ‘ikan jerung'. Macam-macam la kakak ipar dan abangnya, ikan jerung pun boleh !

Haliq Izimer yang sedang memandu sudah buat muka cemberut. Dah banyak kali dia dengar perkataan itu, dah naik muak ! geram betul dengan isterinya sorang ni.

“Okey Rith setuju dengan kak Lara. Memang abang Izim ni bapa jerung tapi bab laku tu memang tak la ! dia ni mana ada perasaan. Bercinta pun tak pernah.

Tak ada perempuan nak kat dia, tak reti mengayat. Lain la Rith ni panjang beratur." Harith Izimer sudah ketawa terbahak- bahak sebab dapat kenakan abangnya itu.

Haliq Izimer sudah tajam menjeling Harith Izimer. Pandai- pandai adiknya itu buka cerita. Nasib baik dia tengah drive kalau tidak muka handsome Harith Izimer itu sudah lama diganyang. Huh !

“Really ? serius la ?" soal Lara Laudya tak percaya.

Tiba- tiba dia seakan berminat dengan apa yang di sampaikan Harith Izimer. Nak kata rupa tak ada elok saja dia tengok suaminya itu. Doktor lagi tu, bukan calang- calang orang !

Betul ke sebelum ni tiada mana- mana perempuan dalam hati lelaki itu ? macam tak percaya pula dia. Diam -diam Lara Laudya mengulum senyuman.

Haliq Izimer yang sedang memandu hanya diam melihat senyuman Lara Laudya. Tiba-tiba wajahnya terasa seperti membahang. Malu bila wanita itu dapat tahu rahsianya.

‘Ini Harith Izimer punya pasal ! jaga kau, tahu la apa aku nak buat !'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience