BAB 4

Romance Series 25713

Ayura membuka pintu butik rakannya.Butik yang tertera dengan nama 'LARA COLLECTION' itu sunyi sahaja.Dia mencari-cari kelibat Lara Laudya disebalik rak-rak baju.Kelihatan Nani pembantu Lara Laudya berada di situ sambil menyusung baju-baju yang baru sampai.

“Nani,mana bos awak?”Soal Ayura sambil mata meliar mencari rakannya itu.

Nani terkejut sedikit.“Puan Lara ada dalam pejabat dia.”Nani memberitahu.

Ayura tersenyum kepada gadis muda itu.“Thank you Nani.”Kakinya segera dihayun ke arah pejabat yang terletak di bahagian belakang butik itu.Dia membuka pintu pejabat lalu menyergah Lara Laudya yang berada di dalam. Lara Laudya yang sedang menulis sesuatu terkejut lalu pen yang berada di tangan terpelanting.

“Yura!kau tak reti bagi salam ke?!”Marah Lara Laudya sambil mengurut dada akibat terkejut tadi.

Ayura tersengih.“Maaf la Dya...kau tu tekun sangat buat kerja sampai aku masuk pun tak perasan.Tu aku sergah tu bagi kau terkejut sikit.Kalau tak aku yang cantik jelita ni pun kau tak nampak sebab kerja kau tu lagi cantik kan?” Perli Ayura.Bukan dia tidak tahu yang Lara Laudya itu macam mana orangnya.Kalau sudah buat kerja memang tak tengok kiri kanan dah!

Pada mulanya Lara Laudya mahu marah,tetapi ditahan perasaan itu.Dia faham apa yang baru diperkata Ayura sebentar tadi.Kalau sahabat baiknya tidak menyergah begitu sudah pasti dia masih tekun menghadap fail dihadapannya.

“Yalah mak cik...kau ni tak kerja ke?asyik nak sibuk je kat butik aku ni.Pergi la dating ke makan ke ni tak, sibuk datang kacau aku kat sini.”Dia menggeleng-geleng dan terus mendapatkan Ayura yang sudah tersandar di sofa.

Ayura menarik muka.“Ni la member. Ouh mentang-mentang dah ada suami kita ni dilupakan begitu saja kan?sampai hati kau buat aku macam ni Dya.”Suaranya seakan-akan jauh hati.

Lara Laudya menampar lembut bahu Ayura. “Gedik eh kau!nak merajuk-merajuk pulak. Ingat aku nak pujuk ke?”Lara Laudya sudah tergelak melihat wajah cemberut gadis itu.

Ayura ketawa menyindir dan kemudian mencebik.“Yalah tu...orang dah ada suami mana nak lepak dah dengan kita.”Ayura masih dengan muka merajuk itu.

“Dah,dah tak payah nak merajuk sangat la. Nanti aku bagi koleksi terbaru baju aku.”Lara Laudya mengangkat-ngangkat keningnya tanda pelawaan.Wajah Ayura yang tadinya muram terus bertukar ceria.Senyumannya sampai ke telinga.“Elehh aku dah agak dah.Kau ni memang datang nak barang free kan?drama sangat kan merajuk kau tu”Sambung Lara Laudya lalu memukul Ayura.

Ayura terjerit sikit bila dipukul kemudian dia terus ketawa.“Drama-drama aku pun kau termakan jugak.Dapat jugak aku baju free.” Mereka berdua sama-sama ketawa.

Tiba-tiba senyuman diwajah Ayura hilang.Dia memandang tepat sahabat baiknya itu.Lara Laudya yang perasan perubahan Ayura memandang pelik.

“Kau ni kenapa?aku tengok lain macam je.”

Ayura mengeluh.“Aku nak cakap sikit dengan kau ni.Kau sayang si Haliq tu tak?”Soal gadis itu tiba-tiba.Wajahnya mengharapkan jawapan.

Senyuman yang dikuntum tadi hilang.Lara Laudya menggaru-garu kepala.“Apahal tiba-tiba tanya soalan macam tu?mesti la aku sayang sebab Haliq tu laki aku.”

Ayura seolah-olah sedang memikir."Betul la apa kau cakap ekk.Haliq tu laki kau mestilah kau
kena sayang dia kan?”Ayura ketawa dengan soalannya.Lara Laudya pun buat-buat ketawa juga.

“Tapi aku ada berita gempak ni.”Sambung Ayura.“Kau tahu tak si Kairish tu dah bercerai dengan isteri dia.Aku dah agak dah diorang akan bercerai.Tu la sapa suruh buat kau macam tu.”Bersungguh-sungguh Ayura bercerita.

Lara Laudya tersenyum sumbing.Tiba-tiba wajahnya muram.Kenapa nama lelaki itu masih muncul dalam hidupnya selepas bertahun-tahun nama itu diluputkan dari ingatannya? dulu lelaki itulah yang selalu membuat hari-harinya bahagia.Mereka bercinta dari zaman sekolah sehingga habis diploma namun hubungan mereka terputus disebabkan Kairish menyambung pengajian ijazahnya di Australia dan dia jauh di Hungary.Selepas menamatkan pelajaran Lara pulang ke Malaysia dan mendapati yang lelaki itu sudah berkahwin dengan rakan sekelasnya di sana.Luka di hatinya parah,hancur berkecai.

Ayura memandang Lara Laudya.Dia rasa bersalah dengan berita yang disampaikan kepada gadis itu.“Kau okey tak ni?aku minta maaf la sebab cerita kat kau ni.Aku sakit hati sebenarnya bila terfikir apa yang dia dah buat kat kau.”

“Tak payah risau la Yura,aku okey.Lagipun aku tak kisah dah pasal dia.Aku kan dah kahwin so buat apa nak fikir pasal Kairish tu kan?”Lara Laudya hanya tersenyum.Padahal hatinya sedih bila hal itu diungkit kembali.

Ayura tersenyum.“Bagus la kau dah move on. Laki kau lagi penting sekarang ni.Pasal si Kairish tu buat bodoh je.Itu mesti balasan untuk dia seban pernah kecewakan kau dulu.” Kata Ayura sambil mengusap lembut tangan sahabat baiknya itu.

Lara Laudya hanya terdiam.Tiba-tiba ingatannya terlayang kepada Haliq Izimer. Adakah hubungan mereka berdua akan berakhir dengan tragis seperti kisah cintanya dahulu. Sekali pun perkahwinaan itu atas dasar paksaan namun hatinya terlalu menginginkan rumah tangga itu dipenuhi kebahagiaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience