BAB 28

Romance Series 25713

Selepas selesai saja bacaan doa tetamu- tetamu yang hadir dijemput untuk menikmati hidangan yang telah pun disediakan.

Ruang tamu kediaman Puan Sri Hasrita yang tadi dipenuhi dengan orang ramai kini beransur sepi. Semua tetamu sudah bergerak ke arah khemah yang disediakan di luar rumah.

Lara Laudya yang tadi sibuk menyusun pinggan di dapur terus mendapatkan ruang tamu itu. Diambil bakul yang berisi surah Yassin dan dibawa ke rak bersebelahan tangga, dia mengemas apa yang patut.

Lara Laudya menoleh ke kiri dan ke kanan untuk mencari kelibat suaminya. Tidak ada, mungkin saja lelaki itu sudah berada di luar melayan tetamu. Maklum saja, Puan Sri Hasrita masih sibuk di dapur menguruskan makanan untuk dihidangkan.

Pasti saja Haliq Izimer yang harus melayan tetamu. Nak harapkan Harith Izimer, hampeh ! adik iparnya itu terpaksa berada di pejabat atas urusan kecemasan. Mungkin Harith Izimer akan menyertai mereka lambat sedikit.

Penyapu ditangan di simpan kembali ke dalam stor berdekatan dapur apabila kerja menyapunya sudah selesai. Lara Laudya kembali ke dapur, mahu menolong apa yang patut.

Suasana dapur itu sungguh meriah apabila ada beberapa wanita yang sedang membuat kerja. Lara Laudya menunduk sedikit apabila melintasi seorang wanita yang memakai jubah dan shawl bewarna hitam. Wanita itu tersenyum lebar memandangnya.

“Ini ke menantu sulung kau Rita ?" Soal wanita itu kepada Puan Sri Hasrita sambil matanya tak lekang memandang Lara Laudya.

Lara Laudya yang mendengar soalan itu sudah menjulingkan mata. Luna Lafia yang sedang membasuh cawan sudah memandang kakaknya dengan senyuman jahat.

Dia faham benar apa yang berada dalam fikiran adiknya itu. Rasa mahu bagi smack down saja pada Luna Lafia tetapi wajahnya masih dikawal dengan senyuman yang sangat menawan.

“Yelah kak, ini lah menantu sulung Rita. Cantik kan orangnya ?" Puan Sri Hasrita sudah tersenyum lebar.

“ Cantik ! siapa nama ?" Soal wanita itu lagi.

“Lara Laudya kak.” Jawab Puan Sri Hasrita.

Lara Laudya yang sedang mengelap cawan hanya tersenyum saja. Nak jawab lebih- lebih nanti tk kena pula. Dia pun belum tahu apa hubungan wanita itu dengan keluarga mertuanya.

“Cantik nama dia macam tuan dia juga. Patut la Izim berkenan." ujar wanita itu lagi dengan senyuman lebar.

Kembang hati Puan Sri Hasrita mendengar pujian yang diberikan kepada menantunya itu. Gembira hatinya apabila kebanyakkan sahabatnya yang hadir pada malam itu rata- rata memuji kecantikan Lara Laudya.

“Itu la, macam la akak tak kenal Izim tu, memilih sangat ! nasib la sangkut si Lara ni." Puan Sri Hasrita sudah tergelak.

Lara Laudya yang mendengar kata- kata Puan Sri Hasrita hanya tersenyum sumbing. Nasib dia sanggup sangkutkan dirinya buat si Haliq Izimer itu, kalau tak membujang lelaki itu sampai ke tua ! Hai ni main sangkut- sangkut ingat dia hanger baju ke nak sangkut ?!

Luna Lafia yang berada disebelah sudah tergelak. Laju saja mata Lara Laudya memandang tajam adiknya itu. Nanti tak pasal- pasal gadis itu pula yang di sangkut !

“Pendiam menantu kamu ni Rita. Sopan santun saja aku tengok budak ni." wanita itu menyisip sedikit air kopi yang berada dalam cawan.

Lara Laudya mahu ketawa, ada ke patut dia yang kasar ni dipanggil sopan santun ? apa la mak cik ni merepet. Lara Laudya menahan ketawa. Oh lupa ! ni kan rumah orang, rumah mertua pula tu harus la dia berkepit habis. Ceh ! palsu betul Lara Laudya ni !

Puan Sri Hasrita mengagguk setuju. Selama dia mengenali menantunya itu belum lagi dia melihat Lara Laudya bercakap kasar dengannya, sopan saja bila wanita itu bercakap.

“Ini Cik Mariam, pengasuh Izim. Kiranya Cik Mariam ni dah macam mama kedua suami kamu la." Puan Sri Hasrita memberitahu.

Lara Laudya hanya mengangguk- ngangguk. Baru la dia tahu apa hubungan wanita itu dengan keluarga suaminya. Patut saja dari percakapan Puan Sri Hasrita seperti wanita itu sangat rapat dengan mereka.

“ Cik Mariam jaga Haliq dari umur dia berapa ?" soal Lara Laudya ingin tahu. Saja mahu menambah koleksi maklumat peribadi lelaki itu.

Mariam masih tersenyum. “ Dari umur dia 5 tahun."

“Kalau Lara nak tahu pasal Izim tanya je Cik Mariam. Dia lagi power dari mama tau." Puan Sri Hasrita pula menyampuk.

“Really ?" Lara Laudya sudah tersenyum lebar manakala Puan Sri Hasrita dan Mariam sudah menaikan kening masing- masing.

“Okey kalau macam tu Lara nak tahu macam mana perangai Haliq waktu kecil ?" soal Lara Laudya sambil tersengih. Mana tau dia boleh dapat umpan untuk kenakan Haliq Izimer.

Mariam memandang Puan Sri Hasrita dengan pandangan penuh makna. Wanita itu hanya mengangguk dengan senyuman di bibir. Lara Laudya dan Luna Lafia pula tidak sabar memasang teling.

“Kalau Lara nak tahu Izim tu nampak saja keras dan garang tapi sebenarnya hati dia tu macam agar- agar. Lembik !” Mariam sudah ketawa geli hati. Ingatanya kembali pada kejadian sewaktu Haliq Izimer berumur 8 tahun.

“Maksud Cik Mariam ?” Lara Laudya teruja mahu mendengar kisah lelaki itu. Laju saja dia mengambil tempat bersebelahan Mariam.

“ Maksud Cik Mariam Izim tu lembut, sikit- sikit menangis. Cik Mariam ingat lagi waktu tu dia menangis tak berhenti lepas mama kamu ambil dia dari sekolah. Ingat lagi tak Rita ?" Mariam menyoal Puan Sri Hasrita.

“ Ingat kak, pasal kes tu kan ?" Puan Sri Hasrita sudah mengangguk.

“Aah , pasal kes lipas tu la." Mariam ketawa. “ Dia punya takut dekat lipas tu sampai demam seminggu. Semua sebab kawan sekelas dia letak lipas dalam beg itu sampai trauma tu." sambung Mariam lagi.

Lara Laudya sudah ketawa kuat mendengar cerita dari Mariam. “Laa dia takut lipas ke ? badan sado pun boleh takut lipas ke ?"

“Itu la mama pun tak faham. Tapi tak sangka la sampai seminggu demam sebab lipas je.” Puan Sri Hasrita sama- sama ketawa.

“Cik Mariam pun tak sangka. Tak henti- henti dia menangis kan Rita ?" Mariam pun turut ketawa.

“Lagi satu, Izim tu suka doraemon tau. Sampai sekarang dia suka doraemon." Mariam membuka rahsia lagi. Puan Sri Hasrita disebelah mengangguk mengiakan.

Tiba- tiba Lara Laudya tersentap. Ketawanya tiba- tiba mati. Doraemon ? Haliq Izimer suka doraemon ? betul ke ? Lara Laudya menampar dahi.

Haliq Izimer suka doraemon ! patut la selama ini lelaki itu tidak kisah bila dia kehulu kehilir dengan baju tidur doraemon. Cis ! tak guna ! kalau dia tahu lelaki itu suka doraemon awal- awal lagi dia sudah bakar semua baju tidurnya.

Tapi tak kan dia nak bakar kan ? dia pun suka doraemon ! Lara Laudya mahu menangis, tak sangka mereka menyukai benda yang sama. Tak sangka betul !

Lara Laudya yang tadi seronok ketawakan Haliq Izimer terus hilang mood apabila soal doraemon tiba- tiba menjadi topik bualan mereka. Dia hanya tersenyum sumbing saja. Dia memandang sekeliling mencari Luna Lafia tetapi gadis itu sudah keluar menjamu selera.

“ Ni Lara bila nak bagi mama kamu dengan Cik Mariam cucu ?” soal Mariam bersahaja.

Lara Laudya tersentak mendengar soalan yang tak diduga itu. Erkk ? jawapan apa perlu dia beri ni ? rasa seperti tembakkan tepat mengenai jantungnya. Lemah terus segala urat saraf.

Puan Sri Hasrita yang mendengar soalan itu hanya tersenyum penuh makna. Kalau ada rezeki anak dan menantunya itu pasti dia orang pertama yang paling gembira.

Lara Laudya menggaru kepala. Otaknya berperang mencari jawapan. Tiba- tiba otaknya jadi beku, kosong. Waktu ni juga la kau nak jem otak ! Lara Laudya memarahi diri sendiri.

“Emm....." tergagap- gagap Lara Laudya mahu menjawab apabila pandangannya bertemu dengan pandangan Mariam dan Puan Sri Hasrita.

“Bila ada rezeki la Cik Mariam.” Haliq Izimer tiba- tiba menyampuk. Pandangan mereka bertiga terus terarah pada Haliq Izimer dan Tungku Ladya yang berada di pintu dapur.

Haliq Izimer laju mendapatkan Lara Laudya. Dipeluk bahu isterinya. “Kami nak honeymoon lagi. Laju- laju nak pergi mana ?" Haliq Izimer sudah tersengih.

“Berapa lama kamu berdua nak honeymoon ? awal- awal bagi mama cucu kan best." Puan Sri Hasrita buat muka teruja.

“Betul tu Izim, Cik Mariam pun teringin juga nak main dengan anak kamu.” Mariam pula menambah.

Haliq Izimer dan Lara Laudya bertukar pandangan. Dua- dua terdiam, tak tahu nak kata apa. Speechles ! Bila mak- mak dah bergabung ini la jadi ! terdiam anak- anak. Hebat betul kuasa mak- mak ni !

“Biar la diaorang nak berdua dulu. Nanti kalau dah bertiga susah pula. Kalau ada rezeki kita, dapat la main dengan cucu. Betul tak Rita ?" Tungku Ladya
menyampuk.

Tengok anak dan menantunya sudah diam tak berkutik tahu benar apa yang berada dalam fikiran mereka berdua. Baik awal- awal dia selamatkan keadaan. Macam dia tidak tahu hubungan anak menantunya, lain dari yang lain ! tak macam pasangan yang ada diluar sana.

“Haa betul tu ! apa bonda cakap semua betul ! kalau ada rezeki nanti bukan satu tapi sepuluh sekali cucu Izim bagi kat mama." Haliq Izimer tersengih lagi.

Lara Laudya di sebelah sudah membulatkan mata. Gila ! ingat nak buat group kpop ke sampai sepuluh orang ? nak kena smack down si Haliq Izimer ni !

Puan Sri Hasrita mencebik. “Ikut suka kamu la. Itu keputusan kamu berdua kan ?" Mariam tersenyum saja melihat wanita itu, ada riak kecewa rupanya.

”Ehh sudah la ! jom kita keluar, tetamu pun ada yang dah nak balik tu." ajak Tungku Ladya.

Terus kelibat mereka bertiga hilang. Tinggal Haliq Izimer dan Lara Laudya saja di dapur. Yang lain semua sudah keluar menjamu selera.

“Awak okey tak ?”soal Haliq Izimer apabila melihat wajah mendung Lara Laudya. Rasa bersalah menjenguk hatinya. Ini mesti pasal soalan mamanya tadi.

“Saya minta maaf. Biasa la mama tu dia cuma nak yang terbaik buat kita." sambung Haliq Izimer lagi.

Diam. Suasana sepi antara mereka berdua.

“Tak pa la, i faham." Lara Laudya bersuara.

Haliq Izimer lega, mahu juga isterinya bersuara. “Betul awak okey ? tapi kenapa muka awak macam pucat ? awak tak sihat ke ? awak ada masalah ke?"

Lara Laudya naik geram dengan soalan bertalu- talu dari Haliq Izimer. Dia sudah la tak ada mood nak bergaduh. Nak kena pukul suaminya itu !

“I okey la ! u pernah makan pinggan? nak i suapkan pinggan ni dalam mulut u ke ?!" Lara Laudya sudah mahu melayangkan pinggan yang berada didepannya.

Haliq Izimer sudah ketawa. Yang macam singa ni baru isterinya ! kalau tak gangster bukan Lara Laudya la namanya. Dia lagi suka melihat Lara Laudya yang suka bergaduh berbanding Lara Laudya yang bermuram durja.

“Dah jom ! i lapar nak makan !" Lara Laudya bangun dari duduknya. Ditarik lengan Haliq Izimer mengikut langkanya.

Haliq Izimer tersenyum gembira melihat kelakuan isterinya. “ Ni pahal pegang ni ? tak malu ke pegang orang ?” soal Haliq Izimer sambil menuding jari pada lengan mereka berdua.

Lara Laudya hanya memerhati kosong kemudian dia tersengih. “ Biar la bukan tangan orang lain, tangan suami i juga kan !"

Lara Laudya memperkemaskan lagi pautan lengannya pada lengan Haliq Izimer, terus diheret lelaki itu. Berbunga hati Haliq Izimer, ada kemajuan nampaknya !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience